Sunday, July 31, 2016

BERKACIMPUNG DIKAMPUNG

Patutnya harini geng2 teletubies aku dtg beraya kat rumah.
tapi tetiba urgent plak.
Makcik aku mintak tolong angkat dan agihkan
 pinggan mangkuk arwah uwan (nenek) aku kepada yg berhak.

Tak sampai hati nak biarkan warga emas angkat mengangkat.
Aku turun lah bg pertolongan.
Abang aku pun ada.
Memula tgk stor kecik je.
Sekali tgk barang2nya
Aduhaii.
Banyak dan mestilah berat.
Pinggan semua kaca baiii.

Dengan team work yg diberikan.
rasa seronok lak.
walaupun penat dia tahap gaban,
penat2 tu terubat jugak bila dpt berkumpul
sedara mara sepupu sepapat seanak buah sedara.
yang penting kita enjoy.
yg ada masa tu.
Mak usu, pak enal, tuan rumah (maklang,paklang & alip)
Pak ngah, mak ngah, kak nurul & askarnya.
tenaga kerja yang bagus.

Dah angkat bawak luar.
susun ikut kaum pinggan tu.
Kecik besar kecik besar
susun ikut giliran berhak
ada 6 baris dan 6 set bg setiap kaum pinggan.
Proses Pertama 
Proses ke 2

Proses ke 3

Proses ke 4 & 5
 bungkus membungkus setiap sekeping pinggan..
erkk yg ni sampai ke malam terngiang2 membungkusnya.
lepas tu masuk bakul.
kaum adam angkat masuk lori.
Proses delivery diberi task pada pak enal hehe.

lepas settle dah boleh makan.
makan itu perlu haha.
sodap maklang masak.
hehe.

terima kasih di atas Khidmat yg anda berikan,
dari 10 pagi-4ptg susun+asing+angkat masuk lori.
Esoknya iaitu arini tegang je tulang belakang aku,
Seharian tido tk boleh bangun..adoii..
berurut kuikuikui. nasib la harini (ahad) tak bisnes kat pasar pagi,
kalau tak melepet. JV aku ckp CUTI hehe. 
JV? apa tu? Join venture hehe.

Saturday, July 9, 2016

RAYA KE KE-4


Happy Sabtu day.
Hah. semalam Off raya. Hari ini sambung semula.
Memandangkan abang aku dah habis beraya di Kampung Wife dia di Muar.
Turn balik Nilai pulak.
Plan adik beradik nak beraya rumah pakcik makcik sebelah Ayah pulak.
Kat Beranang, Selangor.

Memandangkan Pakngah tinggal kat Pedas, Rembau. Negeri Sembilan
Kami bermula dari sana.
Abang aku dan family dia pun dari Muar terus ke Rembau.

Aku suggest kat abang aku jumpa kat somewhere area.
bukan apa takut dorang tak jumpa simpang je.
korang kan selalu lupa hehe.

Tapi kata kakak ipar aku, "Abang kata dia ingat"
okes. Kami jalan dulu, Jumpa kat rumah pakngah.
Punya lah baik punya anak buah.
no fon pak ngah pun aku Xsave.
nasib no anak-anak dia ada.
kalau tak kitaprg dtg memang orang takde kat rumahlah.
Mak ngah pak ngah pergi kenduri.
eksaited betul ek raya ke 4 dah buat kenduri kendara.
Kami sampai sana pun around 12.15 tgh ari,
padehal janji 12.30 tu.
Advance timing hehe.

Sampai2 je memang takde org kat rumah.
sambil-sambil menunggu tu.
usha orang keliling.
line clear je
aku dengan kakak aku apa lagi
"Selfie"
Virus selfie yang melanda bagi semua org dihari raya.
Nak bergambar ala ala suasana kampung je.
budak bandar kan.
Aku belanje gambar possing di raya ke 4 ni untuk korang haha.





Sementara tunggu pak ngah, makgah dan family abg aku.
Kita borak sambil selfie.
syoknya suasana kampung wey.
nyaman je. terasa macam aku duduk kampung dulu.

Abg aku sesat? adoii kata tau jalan.
Nasib Line Maxis kuat send Location kat Whatsapp.
Kalau tak korang pusing2 lah cari lorong kampung mincing lama tu haha.

Anak sulung pak ngah dan wife dia rupanya pegi
kedai beli something nak masak utk kami,
buat susah-susah je korang kan.
15 minit kemudian family abang aku pun sampai.

Yeayy ajiq! Rindu ajiq! Ensem der dgn baju melayu dia tu.
Songkok ada tapi ntah tercampak mana ntah.
Ajiq dpt geng dgn abg putra. Cucu pakngah.
rasa masa dah besar je kawan dengan abang abang.
comel haha. dedua comel.

Pakngah dgn makngah balik je.
 Kami makan makan,
borak borak then balik.
Eh X balik lagi.
Singgah kg Seperi, Pedas ada open house kawan sekolah abang aku.
Masa pegi tu nampak orait je tak sesat abg aku tu.
So kami balik dari open house tu tak konvoi. Asing2 

sempat singgah kedai runcit beli listerin utk kakak aku.
Raya raya sakit gigi memang tak syok.
lama jugak berhenti.
abang aku dah jalan dulu.
tapi pelik. ntah bila tetiba ada kat belakang kereta kami.
Aikk...Macam mana pulak tu. Magik! haha
Rupanya dia salah simpang.
Konvoi jugak lah nampaknya ke highway.
Aku dh biasa dah rembau tu.
selalu ikut parents balik sana.
Eh balik sana? kampung sana? eh tak lah.
Cousin aku ramai kat rembau. hehe.

Otw nak balik ke arah Nilai.
Kakak aku sakit gigit berdenyut2.
katanya suruh Wasap abg aku berhenti kat RNR
 suruh aku naik kete dia beraya kat beranang..
Akak aku nak balik rumah. Sekali tu boleh pulak jem seremban ke KL.
Masuk simpang seremban ikut jalan Labu.
Acaner nak tukar ketenya. kalau tak sampai RNR lagi.
tanya tu pun boleh marah marah.
Org sakit gigi kan semua org nak dimarah eh..
adehhh...

Mesej abg aku suruh amik kat Nilai.
Balik rumah dulu.
Aku agak dah kalau balik rumah dulu memang takdenya lah nak pegi cepat.
sempat memasing membuta dulu.
kehkehkehkehkeh,
dalam pukul 4pm gerak ke Beranang.
ajiq nak collect duit raya. :)
Sampai beranang around 5pm.
Rumah Maklang+Maklong+Pak itam.
3 rumah wajib bil hari raya.
Senja2 baru balik. nasib sempat solat kat rumah.
Fuhhh penat beraya.

Thursday, July 7, 2016

RAYA KEDUA 2016

Raya raya!

Kami join tahlil dan bacaan Yassin di Tanah perkuburan di kampung Jijan, Nilai.
sebelum ke kubur kami singgah MAMAK`s dulu. Breakfast katanya.
Terima Kasih Makteh belanja kami Roti Canai & teh Tarik. :)

Kali ni kami buat lain sikit.
Selalu 1st day pegi ziarah kubur. Tapi kali ini raya ke 2 pulak.



Meriah jugak buat bacaan yassin dan tahlil di tanah perkuburan. 
ramai jugak yang datang memeriahkan majlis tahlil.

Selesai tahlil.
otw ke rumah Maklong kat Felda Lbj pulak.
Rumah wajib yg aku pegi setiap tahun.
aku dah 30 tahun. bermakna dah 30x raya aku wajib ke sini. hehe
Maklong hidangkan menu peberet aku. PECAL.
Nyumm2..tapi bukan maklong buat pun. tempah kat anak makteh je rupanya hehe.


(Gigih den nak masukkan muka semua orang.
 ni kalau aku kedepan lagi ni. Tergolek kat tangga jawabnya ni.)


Aktiviti aku dengan kakak aku setiap raya adalah berpossing di rumah org.
Maklong aku pun dah terbiasa hehe.
Redha la dpt anak buah suka selpie ni hah.


Sesekali possing ala ala datin datin hah.
Datin Aimi



Puas pose nak nampak kurus..
Oppss camera tak pandai menipu wey.
dah gemuk lagi nak nampak kurus. payah tu.


Jam ni WAJIB bergambar :)
Rumah seterusnya. 
Rumah Makngah
(okey memang takde gambar..sebab masalah yang sama. Smartfon memang cepat bateri kong bila ko on data..)

Rumah terakhir buat hari ini,
Rumah Makteh.
memandangkan mak teh follow kami haruslah
 dropkan makteh dan beraya sekali lah hehe


Alamak terlebih tinggi pulak. 

Tudung pink tu my lovely mom.
tudung hitam my auntie ( Makteh).
Pokok bunga ni prop wajib kitaorg bergambar.

Dari 5 org skrg tggl 4 org (termasuk jurugambar).
tapi yg sorang lg takde tu dia tambah lg 2.
(jgn nak teka teki plak) tambah lagi 2 tu.

Isteri dan anak abang aku lah.
"Mak,makteh,akak aku,abang aku,kak ipar,aku & ajiq "Hah kan 7 org tu.
salah faham ni dah ada kat IG aku,Jenuh nak bgtau.
yg tambah tu bkn ehem ehem tapi kak ipar dan anak buah ye.


Aku jd mangsa keadaan.
Beriya mak teh suruh aku possing kat pokok2 bunga dia lain.
Aku bukan minah bunga ye.
sila baca atas tu.
Aku mangsa keadaan.


Teruk naw naw dengan buah mangga pun
makteh suruh aku possing.
Ikutkan ajelah..
Pemes lah buah mangga tu lepas ni.



Kat sini paling sesuai sorok lemak. :P


Tamat sudah untuk pusing beraya hari ini.
dah kenyangkan? kita dah boleh balik membuta.
Macam mana ko tak membulat aimi oii..
makan je membuta...membuta je makan,
kehkehkeh
Kami tggu tetamu je lah malam ni dtg beraya...
Oh yeeahhhh


Wednesday, July 6, 2016

RAYA PERTAMA 2016

Assalamualaikum, Selamat Hari raya.
1st day raya biasa hari paling malas nak bangun pagi. SEBAB??
Sebab kau dah habiskan seluruh tenaga utk malam raya iaitu semalam...
adik beradik aku ni ade 3 org 
(2 perempuan sorang lelaki)
 tapi bila time buat kerja. 
aku tetap rasa seperti anak tunggal.

Aku faham abang aku dah berkahwin dan ada tanggungjwb pada keluarga..
aku Xfaham akak aku. hidup sorang. rumah dekat tp balik lambat. curi tulang ler tu. 
takpe lah redha hahaha....
biasa si bongsu memang lebih baik dari yang lain (bangga kejap) haha.

Macam raya tahun lepas.
1st day raya aku pegi solat Aidilfitri, pergi kubur, balik kampung mak dan berkunjung mengunjung rumah sanak saudara. Tapi raya kali ini sgt berbeza. sebab aku demam.
Dengan selsemanya+demam panas+sakit kepala. Jadi aku lupakanlah pasal hari raya sekejap. Cukup sekadar lepak kat rumah tunggu tetamu dtg.

tetamu pertama yg tiba ke rumah..
Maklang & family dari Beranang.
Terima kasih korang.
selalu tak pernah jumpa time raya
sebab balik kampung paklang kat PERAK.
orang perok yeop!!


Bila orang pertama biasa dpt lah makan yg 
best best sebab juadah masih banyak lagi.
kata maklang, "Rumah kami rumah terakhir".
Seronoknya dpt beraya sana sini, Raya pertama.

2nd tetamu kami.
Family Pakngah dari Pedas, Rembau pulak.
yang ni memang dtg konvoi.
Pakngah, makngah bersama anak, menantu dan cucu.
Meriah babe.
Terima kasih pak ngah sekeluarga.



Mak buyung dengan Mak yong berborak. 
Ini candid hehe


Riuh dengan telatah anak anak buah sedara aku.
Meriah.



Sebelah malam pulak.
keluarga Makteh dari jijan datang satu family.
Terima kasih datang.
baru perasan kali ni takde gambar
sebab hp bateri burst. 
pengunaan bateri yg agak byk time raya ni.
semua nak borak kat Whatsapp.
apekah takde lIve beraya ke Mereka itu?
setiap detik dari pagi ke ptg nak di share dalam group. (sigh)

nanti aku sambung utk raya ke 2 pulak ye.
sebab raya ke 2 tu bagi aku raya pertama.
kehkehkeh...