Sunday, March 5, 2017

SHOPPING & KARAOKE 






                                      Thanks skandal teman hakak mu ke sini .
Alkisahnya aku dah lama idam idam nak beli Jubah kat butik ni .

Tapi masalah saiz pulak .

saiz kat sini paling besar XL je .
aku pulak masa datang sini saiz XXXL .
Tak tertunailah hayat murni aku tu .




Dulu Mak aku temankan .
last last yang dapat baju mak aku .
macam aku cakap tadi punca saiz lah .
tapi since 6 bulan berdiet ni rasa macam dah boleh beli .
sebelum aku pegi sini . siap dah try jubah mak aku saiz XL tu .
yang best tu muat pulak aku saiz jubah mak aku .
means datang sini tak payah nak test kat fitting room .
aku memang malas dengar perkataan fitting ni .
lagi lagi ko pakai tudung lilit lilit terbelit .


Dah tau saiz . dah senang hatilah kan .
grab je lah kaler apa ko rasa sesuai .
tapi kaler yang aku suka dah takde stok .
sales girls butik ni pandai pulak dia cari kan kaler yang sesuai dengan aku .
tetiba terjatuh hati dengan kaler dia bagi tu .
terima kasih adik manis AKMA .
xsure dia CIK atau PUAN .


sebabkan kaler dah terhad .
aku datang pun dah last sale .
grab sehelai je lah . sebab kaler tu je yang aku suka .
next time datang lagi cari pattern baru pulak .
Aku beli Jubah Delaila kaler maroon




Sejak badan dah makin susut ni . Saiz baju dah mesra dengan aku .
so akan banyak koleksi baju dalam wardrobe nanti .
peninglah mak aku dengan wardrobe aku nanti . Hahaha .




tengah sibuk sibuk pilih baju . tetiba lan kristal keluar dari rest room .
uishh . segan plak rasa haha . kebiasaan apa apa hal mesti jumpa wife dia .
dia dah ade pinjam kejap untuk bergambar .
bukti yang aku turun bagi support haha .
masa ni kak sheila tak sihat . abang lan kata akak lepas makan ubat .
tak per biarkan kak sheila berehat .


lepas shopping kami nak pegi round round butik yang lain .
memandangkan parking sekitar situ adalah payah nak dapat .
kami jalan kaki je .
tapi harini aku betul betul dapat park depan Building Butik lan kristal .
itu namanya rezeki anak anak . anak apa ? anak tekak adalah .




tak semua shop lot kami pegi . kami jalan kaki ke Street Food Karnival .
konon nak usha Booth Lan kristal kat sana lah . Kot kot ada kaler yang aku berkenan dengan saiz XL . tapi hampa . Takpe itu bukan rezeki aku .




Pusing pusing karnival dalam suasana 
ketika hujan renyai adalah sangat romantik .
aku dengan diyana ni pegi pasar malam hujan . 
pegi karnival hujan . small matters lah bab hujan ni . 
sebab kami memang romantik ala ala memori daun pisang .




Kat sana kami beli pebret kami iaitu Otak Otak . 


sedapnya . tekak dia dengan aku sama kali ni . 

biasa dia tekak korea aku tekak malay . kali ni kami sehati sejiwa .
10pcs otak otak RM 8 . Rasa dia memang sodap . nyum nyum .
Aku sempat beli Pasembor lagi . not bad boleh tahan .
diyana makan anak ketam goreng .
anak ketam tu belum ahkil baligh lagi dah kena goreng . haha .


kami makan kat Food Court PKNS . 
semua settle situ je dengan jayanya .
perut lapar bagaikan lepas berenang di lautan . walaupun ko sekadar berpanas hujan berembun di Karnival tu je .


otw nak ke food court tadi . ade pulak sorang sales girls ni main tarik je aku .

dia test produk dia kat tangan aku .

tak sampai hati nak elak sebab dia mengandung .
dah sapu sapu . lepas tu paksa beli . kepantangan betulah .
dah lah sebelum tu dia tanya diyana tu anak aku .
bingai plak . tak kan dia nampak muka aku 45 tahun pulak .
aku muda belia lagi tau . baru 30 nak masuk 31 tahun .
rasa nak speechless pulak aku masa tu ,
diana tahun ni 20 . tak kan lah aku dpt anak umur 11 . 
huduh sepang betul permainan hakak tu .


memula aku sentap jugak . lama lama pikir macam kelakar pun ada ,
agaknya dia cakap macam tu sebab aku tak beli produk dia .
kalau aku beli agaknya dia cakap aku ni anak diyana pulak kot . haha .
aku paling tak suka cara marketing main tarik tarik orang ni . terus main sapu je .
kot lah kulit orang tu jenis sensitive ke . kang dah aniaya orang je .
jangan kaut untung tapi memudaratkan kesihatan oarang lain . 
kat akhirat nak cakap apa ? ko jangan ingat ada talian hayat .




Satu pkns aku tawaf dengan diyana . takda apa sangat pun . 
tak ubah macam KM plaza seremban je . 
Kami gerak balik . jalan kaki ke depan butik lan kristal semula . 
harini aku dengan yana berjalan kaki hampir 6000 langkah haha , 
terbakar apa yang kami dah telan tadi . 


Okey now dah balik . nilai dengan bangi 20 minit je , dokek yo . 

tu sebab aku mampu drive haha . 

kesesakan bangi masih aku dapat lenjan dari KL . 

glurp . tak tau jalan sebenarnya . 

kalau tau silap silap klcc aku lenjan hahaha .


tapi kami belum balik rumah . 
kami balik negeri kami je dulu . balik daerah kami .
singgah kompleks sukan airport pulak . 


training tekak . tadi kaki , mata , perut semua dah training . 

kita training tekak kat dreamtel karaoke . kehkehkeh , 
sejam cukup . dah karok balik lah apa lagi nak . 
hantar diyana then menuju ke rumah ku syurgaku .
Habisss .

Saturday, March 4, 2017

Aku dapat jemputan Majlis Perkahwinan Haizun dan Pasangan,

yang mana majlis berlangsung di Klang .
untuk ke klang ni , aku tumpang kereta Eleena .
eleena mahir jalan jalan yang sesak sekitar situ .
agaknya kalau aku mati kutu dengan jumlah kenderaan yang banyak .
orang bandar tak sama macam orang kampung macam aku yang lebih gemarkan ketenangan dari bersesak sesak .

Aku dari Nilai ke Puchong
Dari stesen komuter stop di Stesen Komuter
Bandar tasik selatan dan naik lrt ke arah puchong .
tunggu eleena amik aku pulak .

sebelum kami gerak ke klang sehingga rumah eleena sekejap .
Mak elena pada awalnya nak follow jugak ke klang .
tapi memandangkan baru balik dari kenduri yang sebelum tu .
rasa dah malas . jadi decide tak follow kami .
kami pergi berdua je .


WEDDING & SKYPARK






sebelum pegi tu biasalah .
mak abah dia pesan macam macam kat anak dia tu .
bawak kete elok elok . kete banyak kawasan tu .
jangan bawak laju .haha .
Mak ayah mana tak risaukan anak kan .

Jarak antara puchong dengan klang tak sejauh Nilai - Klang .
dekat je pun . cuma ....
hahaha . kejap lagi sambung nak citer bab aku kenal haizun ni dulu .

Haizun ni aku kenal sejak 10 tahun lepas ,
kenal zaman myspace kata kau .
Haizun pun salah seorang peminat EWAL 
peserta yang mendapat tempat ke 3 dalam AF11 tu .
Tapi masa tu lebih di kenali dengan nama IQWAL HAFIZ .

Ini photo 8 tahun yang lalu .
Haizun sebelah kiri sekali tu . Ewal tengah dan aku paling kanan.

Ikutkan lama dah tak jumpa .
lebih kurang 6 tahun jugak tak jumpa .
Masing masing sibuk dengan urusan masing masing .
dia pun tinggal di Klang . Aku di Nilai .
Hari ini hari bersejarah bagi dia ,
Aku pun bahagia tengok dia menyarung sepasang gaun pengantin .
Nampak cantik sangat .


Sambung balik yang CUMA tadi .
Cuma pada mulanya dah patah semangat nak sampai ke kediaman pengantin .
Boleh plak aku dengan eleena sesat lebih kurang sejam .
Nasib lah eleena ni seorang yang penyabar orang nya .
Sehabis boleh dia drive jugak cari sampai jumpa .

Guna GPS pun sesat .
Apa lagi nak kata ? haha . 
Lagi lagi line internet masa tu mintak maki .
Masa kami need sangat gps tu pulak internet tak kuat .
plan diberikan melalui kad jemputan tak membantu kami .
sebab kami tak familiar sekitar sana .
Alhamdulilah sampai jam 3.30 pm .
inilah 1st time aku sampai kenduri orang dah Ala usai .



Ada best jugak bila sampai kenduri dihujung hujung waktu ni .
dapat borak dengan pengantin . Bergambar tanpa ada gangguan .
kalau pergi time ramai orang memang tak dapat peluang ni ,
Pengantin ibarat artis popular . semua nak rebut rebut bergambar ,
ini relaks je . bergambar atas pelamin siap borak borak lagi .

Thanks pada makcik pengantin dan keluarga pengantin yang lain .
membekalkan kami berdua bekalan di pertengah jalan .
biasa orang pangkal je dapat . terima kasih banyak banyak .
tak sia sia kami mencari rumah awak sampai sejam sesat .

Akak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada Haizun dan Suami , 
semoga bahagia sehingga ke anak cucu .

Lepas gerak balik meninggalkan kediaman pengantin .
travel guide kita iaitu nur eleena ahmad isa bawak aku jalan ke Skypark .
Mall apa tu ? taman angkasa ?
Aku pernah dengar Skypark tapi tak tau apa kebendanya skypark tu .

Pada asalnya nak singgah dia nak melepaskan hajat haha .
tapi alang alang sampai . singgah kat satu lot kedai yang jual barang barang Pre-love .
Korang tau tak pre-love tu apa ?
barang barang terpakai . Tapi masih elok dan masih boleh digunakan .
kira second hand item lah .

Macam macam jenis barang ada .
Dari pakaian , Mainan kanak kanak . peralatan sukan ,
peralatan rumah . Alat alat muzik dan lain lain
.
Minat aku dengan eleena adalah sama . iaitu MUZIK . mana mana kami pegi oulet berkaitan Muzik kami akan singgah walaupun tak membeli ,

Dia bukan acah acah pandai je tu . tapi YES dia memang pandai main gitar .
tak percaya mintak lah dia goreng selagu dua .

Aku pun tak ketinggalan . aku jugak boleh bermain gitar sikit sikit ,
tak percaya jugak ? boleh cari youtube aku AIMIKAHAR .

Puas tawaf satu kedai . macam biasalah memang tak akan membeli .
satu lagi persamaan aku dengan eleena ni .
kami tak gemar membazir . lebih kepada penjimatan tapi bukan kedekut .
kami akan beli bila perlu . bagi kami semua kehendak tu nafsu semata . kami lebih fokus kepada keperluan . tak perlu tak payah beli . contoh gitar ni aku dah ada 3 biji kat rumah . so jangan gatai nak beli lagi . semak rumah tau tak , bilik aku dah macam studio dah . apa lagi nak ?



sebelum balik . eleena bagitau nak bawak aku ke suatu tempat ,
kira tempat tu kekuatan nama SKYPARK tu ,
aku ni orang kampung memang tak tau apa apa pun .
Tapi aku dah lama perasaan . eleena ni dia asyik gelak gelak je .
bila tanya apa yang best . dia cakap best . tapi dia senyum senyum je .
terpikir jugak aku , takkan dia nak troll aku pulak dalam mall ni .
masuk lift dia tekan button tingkat 9 .
seram doe lift dia . lift cermin macam kat klia tu .
nampak lah ketinggian kiri kanan .
meremang bulu roma den .



Sampai atas ada taman terbuka .
mula dah rasa . eleh biasa je ada taman . skypark lah sangat .
sekali gerak sikit kedepan nampak lantai tu macam lut sinar . lantai apa lut sinar .
bila tengok dekat dekat . mak aiii . tingginya . aku duduk atas atap mall skypark tu rupanya . Korang bayangkanlah aku dengan baju kurung je duduk atas tu . aku harap orang bawah tak pandang atas . aku terpaksa kepit kepit kain kat atas atap kaca tu . kot la ada yang memandang dari bawah . free free je ehh dah lah jangan difikirkan .





Aku memang jenis phobia ketinggian .
sedangkan balkoni kondo tingkat 9 pun aku dah gigil .
apatah lagi yang ni nampak bawah terus . terasa mau tumbang haha .
tapi saje tak buat muka cuak pun .

Muka aku macam tak ade apa nak takut .
 sebenarnya saje dekat dekat dengan eleena tu .
kalau aku jatuh dia pun aku tarik sama .
kira i jump u jump lah . haha . nasib tak terkucil .

ajet ajet berani . walaupun sebenarnya aku TAKUT !
lepak bergambar kejap je sebab hari nak hujan .
kang kena sambar petir tetiba jadi power rangers atau superman ke kang dah jadi tak normal plak hahaa