Saturday, April 15, 2017

HANG OUT WITH ♡

Happy Sabtuday . Kami Bosan Harini . 
Kami Nak Dating . Korang Mana Dah Ada Bf 
Suami Atau Keluarga Syoklah Dating . Kami Dating Cara Kami . 
Kami Single . Haha .

Kami Menambah Kemeriahan Putrajaya Harini . 😎
Konon Nak Berbasikal Kat Taman Botani . 
Sekali Hujan Lebat Baq Ang ! . 
Sebelum Hujan Tu Sempatlah Berposing Sakan . 
Sejak Dah Slim Ni Kami Dah Rasa Kecik .
 Kira Muat Lah Angle Frame Camera . Haha . Shut Up 😅

  TAMAN BOTANI , PUTRAJAYA ,









Kami Jalan Lenggang Kangkung Je Kat Taman Botani Harini . 
Sebab Tahu Akan Hujan . 
Sebab Langit Dah Gelap Semacam . 
Snap Photo Sana Sini . 
Otw Nak Balik Hujan Memang Lebat Betul .
 Dan Dan Dedua Tak Pulak Bawak Payung .
 Berteduhlah Kat Mana Yang Boleh . 
1st Time Kot Datang Sini Hujan Lebat Macam Tak Nak Berhenti .

Kami Redah Jugak Hujan . 
Nak Tunggu Sampai Reda Takut Tak Reda Sampai Malam Pulak . 
Dalam Hujan Kami Berlari Lari . 
Memori Daun Pisang Betul Haha . 
Alhamdulilah Sampai Jugak Kat Kereta .🚗

AYER 8 , PRESINT 8 PUTRAJAYA


Kami Lapar Kami Nak Makan . 
Dah Berhujan Sure Lapar .
🍽 Sebelum Balik Kami Singgah AYER 8 Putrajaya . 
Makan Asam Laksa 🍲 Yang Jadi Igauan Tu .
 Alhamdulilah Rezeki Kami . Haritu Pegi Dah Habis . 
Kali Ni Betul Betul Langkah Kanan . 
Yes . Ada . Sedapnya Lahai . Puas Hati . Dah Makan Dah Minum . 
Kami Nak Naik Beca Plak .





Saje Excercise Keluarkan Peluh Lepas Makan Asam Laksa Tadi . 
Memang Betul Betul Keluar Peluh Oiii . 
Penat Dia Lain Macaiammm . 
Itu Nasib Sewa 15 Minit . 
Kalau Setengah Jam Aku Tak Tau Lah Kami 
Balik Kengkang Macam Mana . Hahahaa . Cramp Peha Aku .




Thursday, April 13, 2017

ALHAMDULILAH . AKU UCAPAKAN SELAMAT HARI LAHIR PADA DIRI AKU . 😁.







Alhamdulilah . Aku ucapakan selamat hari lahir pada diri aku . 😁. 
Terima Kasih Allah swt . Panjangkan umur aku sehingga hari ini .

■ 1986  -  2017 .
■ 31 tahun .

■ Terima kasih pada mak dan ayah . 
Membesarkan anakmu ini tanpa rasa jemu 
dan sentiasa sabar dengan karenah anak bongsu dia ni ♡ .

■ Bersyukur sangat ya allah .
■ Semoga tahun ni tahun yang 
lebih gembira buat aku dan parents aku . 
Semoga allah kurniakan
 aku jodoh yang terbaik buat aku . 😎.

■ Terima kasih pada semua sahabat
 yang jauh dan dekat ucap happy birthday . 
Dan sentiasa mendoakan aku . Aku sayang korang . ♡


MEH SAJE NAK SHARE UCAPAN UCAPAN DARI PARA SAHABAT AKU DI MEDIA SOSIAL . 💕

FACEBOOK ⌨

□ MAKCIK MAKCIK KU .



□ KAZEN


□ KENGKAWAN FACEBOOK












□ WHATSAPP GROUP 



□ WHATSAPP GROUP ( CHEF )



□ BFF





(SEBENARNYA RAMAI LAGI YANG WISH DALAM GROUP INI . TAPI INI JE SEMPAT SNAP )

SPECIAL WISH VIDEO 


Special Lagi . Hah Tadaa . Terima Kasih Ewal .
 😀 . Wahh Aku Sedang Melting . 
Sila  Beku Balik . Haha . 
Terima Kasih Ingat Persahabatan Yang Dibina Hampir 10 Tahun . 
Hahaaaa . Korang Ade ? Lalalalal 😎



Ehh dapat video wish lagi . Dari adik ARA 😄 . 
Encik tunang dia panggil ARA . 😁 .
 Nama dia fara ain . Haha . Terima kasih adek . 
Terharu dah ni . 
Makin melting plak rasanya . 
Terima kasih curi masa buat video sweet ni untuk akak 😍


Okes Yang Ini Paling Special . Padan Lah Dia Whatsapp Yang Mencurigakan . 
Rupanya Nak Seprise Kan Kita . 
Dia Hantar Tengah Malam Sebelum 13 April . 
Whatsapp Aku Tanya Kat Mana . Bila Balik Dari Event . 
Rupanya Ada Udang Disebalik Mee 😂

Terima Kasih Adikku Diana . 
Cantik . Dia Bagi Aku Monopod . 
Shawl ❌Tudung . Serta Perfume . 
Terima Kasih Banyak Banyak Sayangku . 
Nak Ternangis Terharu . 
Masih Ada Yang Baik Hati Nak Bagi 
Hadiah Pada Orang Tua Macam Aku Ni . 🤓

TERIMA KASIH KORANG ATAS UCAPAN SERTA DOA YANG DIBERIKAN . SUNGGUH TERHARU . WALAUPUN HANYA UCAPAN . TERIMA KASIH SEKALI LAGI . 😂

Sunday, April 2, 2017

WEDDING DAN WALKING WALKING

Jalan jalan wedding ,
Cousin aku ni orang KL .
majlis pun pasti kat KL lah .
orang nori sembilan turun KL.
agak celaru sikit sosak napehh den haha.

Parents tak pergi . Kami wakilkan je lah .
parents aku sibuk dengan urusan bisnes .
Wakilkan Aku , Family abg aku lah .
Ajiq? pastilah ada . Mana boleh tinggal .

Sape drive ? pasti jugaklah abang aku .
Maleh den nak drive masuk KL ni .
den nak berangan dalam kete sambil membuto je .
Nilai - ulu klang 45 minit je . Quality time untuk membuta .
tapi ada ajiq . wujud ke peluang membuta ?
memang tidak .




lokasi wedding disini . 
wahh kelas majlis dia . gilang gemilang . 
selesa cantik dan mewah gitu .


Ajiq dengan uwan alang , tok ngah dan paklong alip 

Budak pemes memang macam inilah .
selalu kena serbu .
lepas tu buat muka kerek .
ko ingat ko Fattah amin ke ajiq ?

Hah , tengok . orang nak bergambar sibuk nak pandang tempat lain pulak dia . 


Mana pengantin ? tak sampai lagi masa ni .
so kita tumpang possing kejap .
tampak susut aku disitu .
Sebenarnya aku pakai baju mak aku tu . haha .
kalau dah  muat baju mak aku bermakna dah susutlah kan kan .
kihkihkih .

Tak dapat nak belanja photo pengantin .
sebab pengantin belum datang kami dah gerak balik .
tahniah cousin .
Kami gerak pulang . tapi sebelum pulang ke ganggang .
kami singgah ke sunway piramid mall. abang aku kata lama tak pegi sana .
last dia pegi dengan ex aweks dia , cehh .
dia cakap depan bini . berani kau ye mengulangi sejarah silam . 
tapi hakak ipar aku okey je sporting . 
barang yang lepas jangan dikenang . hahaha

sementara mak dia kat toilet .
kita berselpie dulu ye . kehkehkeh . ensem pulak boyfriend aku nih .

Sunway piramid ni punyalah gedabak besar , 
parking sure lah banyak sepatutnya . 
maybe salah time kot pegi ni . sepetak pun payah nak cari . 
dari level LG sampai level atas sekali baru lah jumpa sepetak .
 kalau aku ni cabut balik dah . 

Dari naik kete . aku rela naik transport awam pegi sini .
haha . susah bebenor dapat parking .

satu lagi selpie dari kami . pandai sikecik ni possingkan . tgklah makcu dia haha


Kita Bawa si kecik berseronok-ronok . 

All`s game ni semua untuk ajiq aka KANAK KANAK ,
tapi aku tengok mak dia pun sama naik jugak ni . 
sambil nyelam minum abc . ahakz .

Muka macho ajiq :P

Confident kena ada . walaupun hakikatnya penakut :P

Ehh anak mak ni . kemain bergantung kehkehkeh . so cute .


Mak angan aju aju eh . haha .
Ini steady je .

Peace .

Syok pulak tengok bebudak main . mak budak pun terpengaruh .
ini belum makchu budak , nenek budak . ayah budak . ehh jup . mana ayah ajiq ek . ?
aku jumpa ayah dia sedap bersantapan lagi .
 makan je keje eh . kata aritu nak diet . apedaaa .