Saturday, July 25, 2015

9 Syawal

Open House!
Setiap tahun aku akan dapat jemputan
 open house dari Ex-kawan sekolah aku ni, Nadia
Antara aku pegi dengan tak aje.
Parents Nadia ni penah jadi Majikan aku dulu.

Setiap tahun pakcik isa hussin ni tak miss buat open house.
Sentiasa jamu saudara-mara dan kenalan ke Jamuan hari raya keluarga dia.
Lagi lagi lak tahun ni makin bertambah meriah.
Dah dapat menantu hehe.

Aku sampai aje aku nampak
Tan Sri Khalid Abu bakar dan isteri nak gerak balik.
Mak si nadia ni merupakan adik kepada Tan Sri Khalid.
Serius aje muka ehh.. takut eden haha.
Tapi dia nice man aje.

Okey jom makan.
Sodap sodap makanan open house ni.
Bakso kak lang memang Superb! haha
Makan lak panas2..

Sate pun sedap.
Candu buffet nadia pun sodap.
memang berkg-kg naik weh berat aku,

Shaking plak gambar aku bersama tuan rumah ni.
Dari sekolah rendah sampai skrg aku kenal dia ni.
18 tahun kenal weh. 

Sempat ko snap aku makan bakso sodap 
kak lang ni ye "Asnurain"

Mereka ni pun rakan sekolah menengah aku dulu.
Kenal since form 4.
Zalilah dan asnurain.

As ni kawan aku susah,senang,aku jatuh, 
aku terbaring dia sentiasa ada dgn aku.
Hug sikit As hehe







Saturday, July 18, 2015

2 Syawal

Good morning Everbody!
Macam biasa aku bangun lewat jugak hari ni.
Macam tak percaya jugak lagi.
Abg aku awal gila bangun.
Padehal malam td lewat dia tido.

Hari ini destinasi Kampung Ayah plak,
Kg, Sesapan Kelubi, Beranang, Selangor.
Macam biasa. Setiap raya ayah aku memang Xkan 
Follow Trip Kunjung Mengunjung ni.
Katanya Lutut sakit.
Huft!

Sebelum Beraya ke rumah Makcik dan Pakcik aku,
Yang berada di kampung tu.
Kami Ziarah Kubur Arwah Uwan & Atok dulu.
Iaitu Ibu dan Ayah kepada bapak aku.
di tanah perkuburan kampung bukit kepong, beranang.
Belakang Sekolah Kebangsaan Beranang.

Aku dulu memang rapat dengan Arwah Uwan (nenek).
Arwah atuk lebih dulu meninggalkan kami pada tahun 1985. 
Memang aku tak sempat jumpa lagi masa tu. 
Sebab aku adalah baby comel yg lahir pada tahun 1986
Dengan uwan aku ni, apa aku nak semua dapat 
so no wonder lah Rapatkan.

Aku rasa Arwah lah uwan yang paling the best in the world.
Tapi tu semua Tinggal Sejarah aje. 
Arwah tinggalkan Aku selama-lamanya pada tahun 2006.
Alfatihah utk semua yg telah kembali ke Rahmahtullah.

Selesai baca yassin utk mereka2 yang telah mendahului meninggalkan kita.
Now menziarahi yang masih hidup plak..
Kunjung mengunjung di rumah pertama.
Raya tahun ni Maklang takde.
Dia balik kampung suami.
Jadi hanya dapat 2 buah rumah aje lah.
Rumah Maklong Norma (Sepupu Ayah) 
dan Rumah Pak itam aje (Adik Ayah)

Malam semalam dapat Call dari Mak Usu (Adik Ayah)
yang pak enal (Abang ayah) Masuk Hospital Serdang.
Jadi hari ini kami beraya kat Hospital lah.
Dari beranang terus menuju ke Hospital Serdang.
Walaupun ade Gps. Kami tetap terlepas simpang.
Kahkahkahkah.

Dapat masuk ke wad tu hanya 2 org pelawat.
so abg dan kak ipar sila tggu giliran anda.
Kesian plak tgk pak enal.
Lesu aje muka.
Muka org lama katanya.
Semoga Di panjangkan Umur dan di murahkan rezeki.
Ingat Plan kita nak naik pelamin serentak bertiga.
Pak Enal, Mak su dan Adik..
Hahaha

Masa giliran abg aku dan wife dia masuk melawat.
Boleh plak org sakit tu mencekik nasi impit dengan rendang.
Kemain pak enal.
Macam tak sakit aje. haha

Balik hospital. Bukan main aku ngadu kat mak.
Siap cakap..sape lah yg bawak makanan tu bg org sakit makan.
Mak aku senyum2 aje.
Okey aku faham.
Mak aku ckp, Mak bagi mak usu ko aje.
Kesian sebab raya dia xdpt makan semua tu.
Mak tak la bagi pak enal ko.
Tapi kalau nak merasa sikit apa salahnya.
Raya kan.
Pressure org tu raya kat hospital. 
Lps tu keinginan nak menjamah raya takde pulak.
Macam itu pun boleh.

Aku tanya pakcik aku bila keluar wad?
Doktor yg jwb : Kalau degil tahun depan baru keluar wad
Kihkihkihkih.
so please jgn degil ye pakcik ku.

last year raya rumah pakcik aku ni
we all makan durian. ko hade haha.
Kalau tahun lepas pakcik aku bagi duit raya.
Tahun ni kami yg bagi duit raya.
Tong tong adik beradik kata akak den. 
Hahaha.

Balik dari Hospital,
Kami berempat sempat solat di Masjid putra, Putrajaya.
Ronggeng-ronggeng jugak.
Solat jangan buat buat lupa.
Masjid ni wuduknya tempat lain..ruangan solat tempat lain.
Lenguh berjalan.

Sempat Berpossing depan masjid putra.
Masa ni laki sapetah sibuk cari bini dia haha.
Tak sabar-sabar nak balik,

Terima kasih pelancong dari india.
Take this photo for us. Very Appreciate your help :)

Jam dah pukul 5pm.
Mak aku pun asyik call tanya bila nak sampai rumah.
Risau lah tu sebab kakak dia nak bwk konvoi ramai ramai dtg rumah.
Masak la aku malam ni,
Abg dgn kak ipar aku balik muar,
Raya kat nilai dah habis Bro.

Malam ni ramai jugak yang dtg.
Keluarga Mak teh
Kak ngah & Family
Kak ita & Family
tu aje pun dah cukup mengamatkan suasana.
Belum lama lagi Mak teh sampai.

masa ni kat luar ramai lagi.
haha. penuh rumah ko!


Maklong beranang pulak sampai satu family.
rasa macam buat kenduri kendara plak kat rumah.
Sampai aku rasa tak cukup cawan pun ada.
Sekali harung 25 org sampai rumah haha,
Seronok pun ada ramai dtg rumah aku ni.
Meriah hari raya la katakan.








Friday, July 17, 2015

Salam Satu Syawal



1st Syawal:


Morning! raya pertama kali ni jatuh pada hari Jumaat. 
Mesti rasa harini terlalu singkat. 
Singkat lah sebab aku belum ready nak berenggang
 dengan bantal busuk aku lagi. 
Sister Inlaw aku kat bilik sebelah dah banyak kali 
send Whatsapp tanya bila nak ke dapur.
Canggihkan sebelah bilik aje..tp pakai wasap..
Segan dengan kak eyqa la tu nak 
jd tarzan panggil aku macam biasa hahaha..
Tapi pagi ni rasa lain.
Sebab semangat gila abg aku pagi raya ni.
datang bilik aku ketuk pintu macam 
nak roboh suruh bangun.
Kalau tahun sebelum2 ni. 
aku yg kena gegar katil dia suruh bangun.
Aku faham ada perkembangan positif 
lepas ko kawen dan bakal jadi bapa ni kan.


Pagi ni, Parents dengan abang aku pun dah sampai Masjid. 
Raya tahun ni aku tak pegi Masjid. Off Day ;).
Jadi Aku lah kena head of house. 
Prepare apa saja berkaitan dengan juadah raya.

Biasa pagi raya ni kalau tak
 aku sorang yang siapkan juadah.
memang tak makan.
Akak aku biasa over time tido sampai org 
balik solat aidilfitri.
Kakak sape lah tu kan.
Katanya semua dah siap. ko lah hidang.
yelah..yg malam raya punya keje yg dah siap tu..
95% aku dgn mak yg buat..
5% aje kakak aku buat. hehe.
Takpe lah beralah..aku kan adik..
Tapi tahun ni different sikit. Bukan different pada kakak aku...
kakak aku still dgn over sleepy dia tu.
Tahun ni aku dah ada assistant.
Sister Inlaw aku. Raya ni dia raya di Negeri Sembilan dulu.
Almaklumlah org baru kawen. ;)

Sister In-Law aku ni rajin orgnya.
Cantik pun cantik,
Baik pun baik,
Kain baju raya dengan tudung raya dia sponsor.
Kau hado? aku skrg dah macam segan plak kalau dia bagi aku apa-apa.
sebab aku tak ada apa-apa nak bagi dia. sigh!

Juadah pagi ni. siap!
Terima kasih kak ipar bantu aku.
Siap bawak Juadah "Lodeh & Ketupat Palas" lagi dari muar.
Terima kasih acik illah bekal kan bakul yg ada macam-macam tu.
nyumm nyumm.

Bila ready semua. Time for tggu dorang balik masjid.
Lapo dah ni.
Best woo makan ramai-ramai.
Sedap plak ketupat palas tu makan dengan lodeh dan kuah kacang.
glurpp...nyumm nyumm..
Aku selesai makan aje. Turn aku utk mandi.
buruk perangai kan..makan dulu sebelum mandi hehe.

Before kami nak ziarah tanah perkuburan kampung jijan.
Sempat lah bergambar satu family.
Setiap tahun bila bergambar family aje.
muka aku dengan possing aku tetap huduh 
sebab kena klik button camera utk set timer.


Tahun ni kami beraya berenam.
Tahun depan kami beraya bertujuh dan mungkin berlapan ;)
Tahun ni kak ipar aku kena beralah dgn abg aku utk beraya di NILAI.
Nasib bini kau okey tau! 
Thanks lyn ;P

After berfamily potret ni.
Kami gerak balik kampung Mak,
kampung Jijan, Nilai Negeri Sembilan.
1st place kami sampai biasalah macam raya2 sebelum ni.
Ziarah kubur Arwah Atuk dan nenek 
yang semasa hayat arwah aku Xpernah jumpa.
Kali ni masing2 siap bawak bangku, 
Hehe xmampu dah nak mencangkung atau lepak sipi sipi kubur org kan.
Ade alternatif la kali ni.

Selesai baca yassin utk kedua makam ibu dan ayah mak aku,
Now start for hari raya,
Kunjung mengunjung rumah saudara.
Tahun ni mula di Rumah Maklong sarah di Felda LBJ.
dulu ade kwn aku ckp LBJ kawasan jin 
bertandang sebab xde public transport.
Sorry ekk..org LBJ xnaik public transport..
Rumah gedabakkk aje semua xkan naik bas..
opkos naik kete,
Saya sgt terasa anda berkata begitu.
Haha.

Suasana Rumah Maklong Di hari raya

Ni cousin aku paling cun. Dulu lagi cun weh..ramping.
Skrg anak dah 3..No wonder lah like that. hehe.

Kemain sodap lagi abang akak & mak aku menjamah.
Lapar sangat nampaknya tu. Sampai lupa kat bini dia. haha


Para Cousin-cousin dan anak anak buah aku. 
Sepupu sebelah mak aku ni semua lagi tua dari aku.
Bcoz my mom anak bongsu. 
so tak heran lah aku dah ada cucu sedara

Ini dia, My mak long. Rumah dia berdekatan Masjid LBJ aje.
Arwah husband dia abg pada mak aku.
Chinese look tak mak long ni?
tak payah nk look sgt sebab dia mmg CINA.
Tapi tu dulu la. hehe.


Next House Rumah Makteh.
Rumah kakak mak aku pulak.
Rumah ni sebenarnya rumah arwah atok dan nenek aku.
Jadi ini lah kampung aku.
Tapi raya aku tak lah se"Fun" yg masih ada atok dan nenek tu.
Biasa-biasa saje,



Mak aku dengan kakaknya

Semua tu anak anak sedara aku. 
kecuali yg tudung kuning tu, Sepupu aku.

Kunjung mengunjung terhenti sejam di rumah makteh. 
Sebab kaum adam yg dalam group kami pegi solat jumaat.
No ngelat ngelat ye. abang ku!

After solat jumaat dan selepas dua rumah ni.
Beraya rumah keTiga
Ke rumah nenek Esah,
Nenek ni org kedah. Slank kedah dia masih ada.
Husband dia org Jijan. Nenek ni mana2 rumah ada buat kenduri mesti turun bagi bantuan, Salute.

Ni kali ke 2 aku dtg rumah nenek esah ni.
1st aku dtg dengan suasana yang agak sedih.
Kematian Anakda lelaki nenek ni, 
Kali ke2 aku dtg time berhari raya.
Antara rumah2 aku beraya harini.
Hanya rumah ni aku rasa Juadah yang Rare okey.
Makan durian. Peberet wehh..
Sebakul pun aku mampu tarah.
Satu lagi ada ketupat palas.
Masing-masing sembang pasal cara buat ketupat palas.
Sebelum sembang cara. Sembang Camne bentuk daun palas tu.
Rasa harini macam beraya sambil berlajar plak.
Nenek esah pegi dapur bwk keluar daun.
29 tahun aku hidup aku baru tau rupa daun palas ;)

Dah tahu rupa daun,
Nak tau cara anyam plak ye idak?
Kakak ipar aku terer lipat ketupat ni.
Setiap raya dia memang jadikan hidangan WAJIB.
So Mari kita belajar.
Aku 5 minit aje dah pandai.
Tapi kalau buat skrg tak tau la jadi ke tak.
Nenek ni punya lipatan memang STYLE waklue.
Tak tau macam mana nak Explain. 
Memang style hehe

Mak aku org paling last dapat buat haha.
Takpe mak slow slow buat.
Katanya dia nak blaja style nenek esah.
Bukan Style kak ipar aku.
Alah mak bentuknya tetap sama.
Beriya dua beradik ni study ketupat palas hari ni,
Atuk tu tgk aje telatah kitaorg.
Hahaha

Seterusnya kami ke rumah Ke-Empat dan KeLima.
Plan nak masuk rumah ke-Enam tapi kak ipar aku plak dah penat.
Actually bukan ko aje yg penat.
Aku pun penat sebenarnya.
Bygkan lah..5 rumah berhenti aje makan..
Makan makan dan makan..
Padehal menu juadah sama aje kat rumah.
Cuma rumah Makcik acum aje makan sate.
Glurp lapar sate plak aku menulis blog ni.
hehe.

Sampai aje rumah masing-masing ambik tempat.
Tempat tido hokay.
Penat gila beraya ni.
Rasa mcm penat panjat Broga hill ;P
Dapat lah melelapkan mata sejam dua.

Malam raya 1st ni kami banyak berehat aje.
Si kak ipar aku plak kongker TV dah.
Nk tgk Konsert Dato Siti tu.
Lupa kat laki dia sebab CT.
Setiap insan kan ada kegemaran.
Macam den minat KRISTAL hehe.
Vokalis kristal Peminat CT tau. 
xde kena mengena dgn story aku plak haha

Aku tak tahu bila habisnya konsert tu.
Sebab aku dah berkonsert dalam mimpi.
penat woo..
Asyik makan lemang mata asyik ngantuk aje.
Jadi kita beralih lah pada ke-esok kan cerita.
Sebab time ni semua family dah tdo.










Search