Friday, July 17, 2015

Salam Satu Syawal



1st Syawal:


Morning! raya pertama kali ni jatuh pada hari Jumaat. 
Mesti rasa harini terlalu singkat. 
Singkat lah sebab aku belum ready nak berenggang
 dengan bantal busuk aku lagi. 
Sister Inlaw aku kat bilik sebelah dah banyak kali 
send Whatsapp tanya bila nak ke dapur.
Canggihkan sebelah bilik aje..tp pakai wasap..
Segan dengan kak eyqa la tu nak 
jd tarzan panggil aku macam biasa hahaha..
Tapi pagi ni rasa lain.
Sebab semangat gila abg aku pagi raya ni.
datang bilik aku ketuk pintu macam 
nak roboh suruh bangun.
Kalau tahun sebelum2 ni. 
aku yg kena gegar katil dia suruh bangun.
Aku faham ada perkembangan positif 
lepas ko kawen dan bakal jadi bapa ni kan.


Pagi ni, Parents dengan abang aku pun dah sampai Masjid. 
Raya tahun ni aku tak pegi Masjid. Off Day ;).
Jadi Aku lah kena head of house. 
Prepare apa saja berkaitan dengan juadah raya.

Biasa pagi raya ni kalau tak
 aku sorang yang siapkan juadah.
memang tak makan.
Akak aku biasa over time tido sampai org 
balik solat aidilfitri.
Kakak sape lah tu kan.
Katanya semua dah siap. ko lah hidang.
yelah..yg malam raya punya keje yg dah siap tu..
95% aku dgn mak yg buat..
5% aje kakak aku buat. hehe.
Takpe lah beralah..aku kan adik..
Tapi tahun ni different sikit. Bukan different pada kakak aku...
kakak aku still dgn over sleepy dia tu.
Tahun ni aku dah ada assistant.
Sister Inlaw aku. Raya ni dia raya di Negeri Sembilan dulu.
Almaklumlah org baru kawen. ;)

Sister In-Law aku ni rajin orgnya.
Cantik pun cantik,
Baik pun baik,
Kain baju raya dengan tudung raya dia sponsor.
Kau hado? aku skrg dah macam segan plak kalau dia bagi aku apa-apa.
sebab aku tak ada apa-apa nak bagi dia. sigh!

Juadah pagi ni. siap!
Terima kasih kak ipar bantu aku.
Siap bawak Juadah "Lodeh & Ketupat Palas" lagi dari muar.
Terima kasih acik illah bekal kan bakul yg ada macam-macam tu.
nyumm nyumm.

Bila ready semua. Time for tggu dorang balik masjid.
Lapo dah ni.
Best woo makan ramai-ramai.
Sedap plak ketupat palas tu makan dengan lodeh dan kuah kacang.
glurpp...nyumm nyumm..
Aku selesai makan aje. Turn aku utk mandi.
buruk perangai kan..makan dulu sebelum mandi hehe.

Before kami nak ziarah tanah perkuburan kampung jijan.
Sempat lah bergambar satu family.
Setiap tahun bila bergambar family aje.
muka aku dengan possing aku tetap huduh 
sebab kena klik button camera utk set timer.


Tahun ni kami beraya berenam.
Tahun depan kami beraya bertujuh dan mungkin berlapan ;)
Tahun ni kak ipar aku kena beralah dgn abg aku utk beraya di NILAI.
Nasib bini kau okey tau! 
Thanks lyn ;P

After berfamily potret ni.
Kami gerak balik kampung Mak,
kampung Jijan, Nilai Negeri Sembilan.
1st place kami sampai biasalah macam raya2 sebelum ni.
Ziarah kubur Arwah Atuk dan nenek 
yang semasa hayat arwah aku Xpernah jumpa.
Kali ni masing2 siap bawak bangku, 
Hehe xmampu dah nak mencangkung atau lepak sipi sipi kubur org kan.
Ade alternatif la kali ni.

Selesai baca yassin utk kedua makam ibu dan ayah mak aku,
Now start for hari raya,
Kunjung mengunjung rumah saudara.
Tahun ni mula di Rumah Maklong sarah di Felda LBJ.
dulu ade kwn aku ckp LBJ kawasan jin 
bertandang sebab xde public transport.
Sorry ekk..org LBJ xnaik public transport..
Rumah gedabakkk aje semua xkan naik bas..
opkos naik kete,
Saya sgt terasa anda berkata begitu.
Haha.

Suasana Rumah Maklong Di hari raya

Ni cousin aku paling cun. Dulu lagi cun weh..ramping.
Skrg anak dah 3..No wonder lah like that. hehe.

Kemain sodap lagi abang akak & mak aku menjamah.
Lapar sangat nampaknya tu. Sampai lupa kat bini dia. haha


Para Cousin-cousin dan anak anak buah aku. 
Sepupu sebelah mak aku ni semua lagi tua dari aku.
Bcoz my mom anak bongsu. 
so tak heran lah aku dah ada cucu sedara

Ini dia, My mak long. Rumah dia berdekatan Masjid LBJ aje.
Arwah husband dia abg pada mak aku.
Chinese look tak mak long ni?
tak payah nk look sgt sebab dia mmg CINA.
Tapi tu dulu la. hehe.


Next House Rumah Makteh.
Rumah kakak mak aku pulak.
Rumah ni sebenarnya rumah arwah atok dan nenek aku.
Jadi ini lah kampung aku.
Tapi raya aku tak lah se"Fun" yg masih ada atok dan nenek tu.
Biasa-biasa saje,



Mak aku dengan kakaknya

Semua tu anak anak sedara aku. 
kecuali yg tudung kuning tu, Sepupu aku.

Kunjung mengunjung terhenti sejam di rumah makteh. 
Sebab kaum adam yg dalam group kami pegi solat jumaat.
No ngelat ngelat ye. abang ku!

After solat jumaat dan selepas dua rumah ni.
Beraya rumah keTiga
Ke rumah nenek Esah,
Nenek ni org kedah. Slank kedah dia masih ada.
Husband dia org Jijan. Nenek ni mana2 rumah ada buat kenduri mesti turun bagi bantuan, Salute.

Ni kali ke 2 aku dtg rumah nenek esah ni.
1st aku dtg dengan suasana yang agak sedih.
Kematian Anakda lelaki nenek ni, 
Kali ke2 aku dtg time berhari raya.
Antara rumah2 aku beraya harini.
Hanya rumah ni aku rasa Juadah yang Rare okey.
Makan durian. Peberet wehh..
Sebakul pun aku mampu tarah.
Satu lagi ada ketupat palas.
Masing-masing sembang pasal cara buat ketupat palas.
Sebelum sembang cara. Sembang Camne bentuk daun palas tu.
Rasa harini macam beraya sambil berlajar plak.
Nenek esah pegi dapur bwk keluar daun.
29 tahun aku hidup aku baru tau rupa daun palas ;)

Dah tahu rupa daun,
Nak tau cara anyam plak ye idak?
Kakak ipar aku terer lipat ketupat ni.
Setiap raya dia memang jadikan hidangan WAJIB.
So Mari kita belajar.
Aku 5 minit aje dah pandai.
Tapi kalau buat skrg tak tau la jadi ke tak.
Nenek ni punya lipatan memang STYLE waklue.
Tak tau macam mana nak Explain. 
Memang style hehe

Mak aku org paling last dapat buat haha.
Takpe mak slow slow buat.
Katanya dia nak blaja style nenek esah.
Bukan Style kak ipar aku.
Alah mak bentuknya tetap sama.
Beriya dua beradik ni study ketupat palas hari ni,
Atuk tu tgk aje telatah kitaorg.
Hahaha

Seterusnya kami ke rumah Ke-Empat dan KeLima.
Plan nak masuk rumah ke-Enam tapi kak ipar aku plak dah penat.
Actually bukan ko aje yg penat.
Aku pun penat sebenarnya.
Bygkan lah..5 rumah berhenti aje makan..
Makan makan dan makan..
Padehal menu juadah sama aje kat rumah.
Cuma rumah Makcik acum aje makan sate.
Glurp lapar sate plak aku menulis blog ni.
hehe.

Sampai aje rumah masing-masing ambik tempat.
Tempat tido hokay.
Penat gila beraya ni.
Rasa mcm penat panjat Broga hill ;P
Dapat lah melelapkan mata sejam dua.

Malam raya 1st ni kami banyak berehat aje.
Si kak ipar aku plak kongker TV dah.
Nk tgk Konsert Dato Siti tu.
Lupa kat laki dia sebab CT.
Setiap insan kan ada kegemaran.
Macam den minat KRISTAL hehe.
Vokalis kristal Peminat CT tau. 
xde kena mengena dgn story aku plak haha

Aku tak tahu bila habisnya konsert tu.
Sebab aku dah berkonsert dalam mimpi.
penat woo..
Asyik makan lemang mata asyik ngantuk aje.
Jadi kita beralih lah pada ke-esok kan cerita.
Sebab time ni semua family dah tdo.










No comments: