Thursday, March 26, 2015

Lama Dah Tak Memetik.

Lama sangat dah aku tak main gitar.
Jangankan main.
Pegang pun jarang.
Tersadai aje gitar celah Almari.
Sampai Spiderman dah bermastautin lah dalam lubang gitar tu
Kehkehkehkeh..
Hari ni mood macam nak main balik.
Konon nak buat lagu.
Buat lagu apa kebenda.
Lama sangat tinggalnya togeh2 note tu.
Lupa lah semuanya.
Tererkan aku punya kelupaan ni.
Sejak keje ni.
No time tu santai-santai petik gitar macam dulu dulu.

Lepas tgk drama Angin Syurga kat RTM2 td
Fefeeling down pulak.
Semua lagu aku main.
Tapi makk aii lenguh lenguh jari jemari aku.
Kematu terus.
Solo pun dah slow skrg ni.
Jari ni macam batu beratnya.
Jadi cukuplah aku rekod satu lagu pendek utk ini hari.
Nanti aku buat sambungan lagu ni.
Aku selalu karaoke lagu ni dgn diyana.
Lagu ni memerlukan feeling yg mendalam.
Bila dah kena memetik pluccking sambil menyanyi.
memang kebiasaan bagi aku akan "KELAUT"
jadi..kepada nak kelaut tu jom tgk ni hah.
HAHHAAHA


Kord seterusnya agak susah.
agak cramp jugak nak kepit haha.
so nak sambungan tu kemudian lah hahah

Sunday, March 22, 2015

Encik Kucing Dan Jersi

Hasil tangkapan aku semalam kat IOI MALL CITY PUTRAJAYA
Aku bila sampai HINT sengal ni.
Macam ni lah jadinya.
Sabar aje ENCIK KITCAT melayan karenah tuan nya,
Muat muat aje pulak tu.
Reti pulak aku agak saiz nya.
Saiz L utk kucing yang Lebar macam KITCAT yg Gebu Gebas!


Cute kan baju ni. 
Pade siapa berminat. 
tapi segan nak tanya kat aku. 
Aku beli kat mana. 
Korang boleh beli kat mana-mana outlet Daiso.
Yang aku Confirm jumpa semalam kat Daiso IOI Putrajaya.
Tapi memang tak banyak Pattern. ini aje.
 tapi ada banyak saiz.
Dari saiz S-XL.
Harga RM 5 Sehelai.


Muka redha sekor kucing yang comel!



Terbahak bahak parents aku tgk kitcat berbaju ni.
Muka bengang aje.
senyum pun tak nak.
Skrg ni Anti aje dgn aku.
Takut lah tu haha.

Lagi lawak.
Pakai kan baju ni pada kucing aku yang lagi sekor.
asyik berundur aje dia berjalan.
tak berjalan ke depan.
terkihkihkih lah semua org gelak.
Macam-macam!



Terhibur plak.
Kucing paling penyabar. Cute Kan? 

“Acik acik…Hakak hakak…
cantik tak jersi titew?
 titew tak suka pun pakai jersi ni. 
Tapi hakak titew tu kemaruk senget apetah harini pakaikan titew jersi ni. 
Katanya titew shomel. 
Hilang ke”Macho”an titew..
Malu nak ngorat cik kitty sebelah ghumah. 
Tapi hakak titew sakap muka titew ensem macam “Fernando Torres”

Saturday, March 21, 2015

Hang Out & Dip & Dip

Hari ini aku ronda ronda IOI Mall Putrajaya.
Sape lagi nak temankan aku kalau tak Amira Diyana.
Dia aje yg sudi nak temankan Kakak yg senget macam aku ni hah.
Selain peneman dia jugak lah pemandu arah aku.
sebab yana dah 3 kali dia pegi sana.
Aku aje yg BATAK ni belum pernah.
Lalu aje tu penah lah.

Gerak dari Nilai punyalah canggih guna GPS bagai.
Tapi Guna pun sesat.
Pehal tah.
Elok aje aku ikut jalan Dengkil-Putrajaya highway tu.
Boleh plak Gps suruh ikut jalan dengkil lama.
Bodoh punya pasal Follow aje lah.
Sesekali bodoh tak pe.
Last last keluar kat Jalan yg sama jugak.
Lebuh raya Dengkil-Putrajaya.
Bengong GPS.
Ko bawak we all pusing pusing pekan dengkil ek..
Hampehh...

Aku memang tak tau sgt la lokasi IOI Putrajaya tu.
Yg aku kata lalu tu, Biasa bapak yg drive.
Haha.
Aku duduk seat belakang berangan-rangan aje.
Ini lah jadinya.
sesat barat.


Masuk aje putrajaya.
banyak pulak jalan tutup.
Aku ni lari aje sikit dari laluan asal mula lah keliru.
Jalan tutup sebab ada Le Tour De` Langkawi.
Anti betul aku dgn Lumba Beskal ni.
Ok sesat2 kejap dalam putrajaya tu,
Yana dan tak confident.
dia ckp kawan dia ikut jalan lain.
Aduii jalan mana pulak.
Terpaksa reset balik GPS.
Adalah banggang 30 minit kat putrajaya tu kejap.

Rupanya IOI tu dekat denga presint 12.
Tak silap aku Presint 12 dkt dengan Alamanda.
Jalan punya jalan. memang lalu belakang Alamanda Shopping Mall tu.
dalam 7 minit macam tu nampak dah IOI Putrajaya.
Hokayy lepas ni set GPS arah Alamanda ye.
Kalau GPS anda bengong macam GPS saya.
Sila pijak pijak sambil lompat lompat pada GPS anda dan
 berkata "Guna Pun Sesat woiiii"

sejam jugak lah nak jumpa Shopping Mall baru ni.
Padehal Nilai-Putrajaya setengah jam aje kot.
GamPunk!

Tak sabar nak melangkah masuk IOI CITY MALL PUTRAJAYA.
Dari luar nampak besar gila.
Mesti sakit kaki nak jalan satu shopping Mall kan.
Aku memang dah set reminder nak makan DIP&DIP yang glamour gila tu.
Majoriti kengkawan cakap sedap. 
siap Upload kat Instagram bagai yg dorang makan kat DIP&DIP.

Tapi masalah problemnya.
Tak jumpa pun aku restaurant tu.
Tanya org kat sana.
mereka cakap ada.
dalam ioi tu.
hokay try cari lagi.
Tapi perut dah "Kiukk!! Kiukk!!" Lapar sangat.
sebab bekfest tadi minum HORLICK aje.
Jadi, Yana nak makan Korean food.
Aku??
Aku tetap malay food la.
Tak boleh telan aku makanan Asing ni.
tapi aku telan jugak la 2 biji sushi zanmai tu hah.
yg ala ala lemang lepas kena slice tu haha.
Nak muntah pun hade,
Biasa la aku tekak sambal belacan.

Ini dia sempat snap gambar Korean food & Japanese Food ni.


Yang dalam lesung tu, korean food.
Yana cakap, itu sayur.
yulkk....Sayur? Anti hokay!!
Ko makan lah yana.
Tekak akak ni nak nasi goreng Ikan masin jugak.
Nak order nasi goreng ni.
macam nak gaduh jugak.
Aku lupa plak yg amik order tu INDONESIA
aku pulak Speaking LONDON.
ternganga dia. Salted Fish Fried Rice
Yg aku pelik tu.
Kat menu pun tulis English Language tapi pesal tah dia Blur semacam.
Apa apa aje lah kakak kaunter.
yang penting.
nasi goreng ikan masin aku sedap gila baru RM7..
banyak jugak nasi dia.
Jenuh aku nak makan.

Sambil-sambil makan sempat lagi "Whatsapp" Amy Rasha.
Dia memang penah makan DIP & DIP kat IOI tu.
Hope pertolongan dari dia akan membuahkan hasil lah.
Penat dah kitaorg pusing-pusing satu IOI tak jumpa.



Ice skating dah jumpa.
Tapi pehal ramai sangat mahluk tuhan yg main?
macam semut menghurung gula aku tgk.
Bersesak sesak.


Hokay.
Amy pun cakap ada tp sebelah luar.
Lepas makan.
We all jalan jalan dulu pusing sana sini 
cuci mata. 
Yana nak cari kedai Daiso.
Dia nak beli alat make up pulak.
Aku masuk aje.
satu kedai Daiso tu aku pusing,
Hanya satu barang ni aje yg menarik hati.
"Pet Uniform"
Yana kata tu just for Anjing?
Kat situ takde pun tulis just For anjing.
Bila Belek-belek detail pasal baju tu.
memang tak ada mengWas-waskan.
Kira kena samak ke hape!
Aku pun beli haha.
Untuk Kitcat aku.
Sebab kucing aku tu sangat penyabar hehe.
Buat lah apa saja janji jgn sakitkan dia.
Aku ingat mahal sangat..
Rupanya RM5 aje,
Tapi tulah tak banyak kaler.
Biru aje yg ade.
satu lagi macam jacket hujan tu.
Aku tak beli.
sebab tak cantik haha.

nak tgk baju tu?
Mehh aku tepekk sekeping.


Ni baju jersi kucing.
Jersi JAPAN.
sebab daiso kan ORIGINAL Jepun.
Aku yang tak mencari apa sangat ni.
Tapi yang lebih beli barangan mengarut aje, Yang pelik yana satu apa pun dia tak beli. Grrrr....
tapi kemain lama lagi dia dalam kedai tu.
Tak jumpa katanya.
Otak aku time ni sampai dah kat DIP & DIP.

Misi time mencari restaurant DIP & DIP.
Aku ajak yana keluar terus. 
Usha kedai tu dari luar.
Padan lah susah sangat nak jumpa.
Rupanya DIP & DIP ni bawah food court yg kitaorg makan tadi.
Hampeh aje.
Yeayy dah jumpa. Bestnya.
Tapi Pehal Full House??
Ok Faham! Food glamerkan..
Pastilah ramai org..
Kena beratur ko!!
Kena bersabar walaupun tak sabar.
dah pukul 5 lebih pun ramai jugak lagi org.
Last-last dpt jugak table setelah 10 minit beratur.
Macam rebut kerusi aku dengan yana.


Aku order Lemon tea & Brownise Crepe
Yg pames tu.
tak sabar gila.
disebabkan ramai sgt org.
memang lama la kena tunggu.
Akhirnya sampai jugak hidangan kami.


Aku belek belek crepe ni.
nampak macam roti canai atau lempeng je. 
tapi dalam crepe ade kek brownies.
Permukaan atas dicurahkan coklat dark campur susu.
rasa macam coklat kinder bueno  
pun ada.
 atas nya di corakkan dgn dark coklat dan white coklat.
harga dia RM28.50 kalau tak silap....
ni lah menu paling mahal aku penah makan.
takpe sekali sekala. juice aku tu RM 7.90 tak silap. ko hade???
terasa datin datin plak aku.
yg bisnes juta-juta tu.

DIP & DIP ni aku rasa sedap jugak.
Tapi lama-lama jadi muak pulak.
Memandangkan Yana tak suka makan coklat.
ehh sejak bila dia tak suka coklat?
Mual aku nak habiskan sepinggan DIP & DIP tu hah.
Minum pulak dengan air lemon.
Masa jalan nak balik.
Rasa nak muntah pun ada.
Kahkahkah. 
Bila org kampung jadi org bandar. 
Dalam pukul 6.30pm
Gerak balik..
Kaki aku cramp gila pusing pusing IOI yg gedabakkk besar tu.
Nak drive pun macam malas.
Tapi tu kan kete aku.
Terpaksa la kan haha.
Masa balik aku set kan gps destinasi arah masjid besi putrajaya tu.
Sebab aku terer area situ utk balik rumah.
banyak kete ptg tu.
paling jem kat trafic loght dengkil-putrajaya. 
Bercinta punya jem
singgah giant nilai hantar yana kat kereta dia. 
lepas tu balik rumah.
sampai rumah 7.30 malam.
Parents pun tak sampai-sampai lagi dari muar.
sakan parents aku!






Tuesday, March 3, 2015

‪#‎Malampenghargaankristalovers‬


MALAM PENGHARGAAN KRISTALOVERS..
Serius rugi besar kalau korang x join!
Kali ni sgt special sbb ada EX-KRISTAL akan join..
Mmg sgt berbaloi.. RM 120 je..
BOLEH BAYAR 2 KALI..

Dpt naik menara KL, makan2.. minum2.. tgk view menarik.. 

Dpt berkenalan dgn ahli yg lama & baru..
Dan paling best...hadiah best2 woo.. worth to RM 1000..!!
Oh yeee.. KANAK-KANAK 6 TAHUN KEBAWAH - PERCUMA..
JOM..!
Juz WA / SMS num kat poster tu..
Klo x nmpk.. haaa.. ambik num nie..
Sheila - 0172332243
Farina - 0123770579
Yana - 0174240535