Wednesday, November 30, 2016

UJIAN DAN TAKDIR

Kakak aku Admitted warded.
genap 14 hari kena jaga dia kat hospital.
memang asyik ulang alik hospital je lah keje aku.

4 hari pertama kena ulang alik Nilai-Seremban.
lepas tu tak mampu dah.
walaupun dekat tapi selalu sangat ulang alik jadi extra penat.
jadi kitaorg sewa hotel budget sekitar hospital.
 Walaupun budget Hotel. Syukur Alhamdulilah masih selesa.

Dari pengesahan Doktor kakak aku sah
menghidap penyakit Buah Pinggang yang kronik.
Buah pinggang dia rosak teruk. kedua-duanya mengecut.
Kami agak terkejut dengan pengesahan dari doktor.
sebab sebelum ni tiada apa tanda-tanda atau simptom dari penyakit ni.
sentiasa sihat. tapi dah takdir akak aku kot nak kena.

Dalam keluarga dan salasilah keluarga kami
memang tiada penyakit berkaitan buah pinggang. kami redha.
Walaupun pada mulanya susah nak terima hakikat ini.
terutama kakak aku lah.
Dia terpaksa berdepan dengan penyakit ini seumur hidup dia.
Air mata menitis tak dapat dibendung.
Aku masih terfikirkan kehidupan dia masa hadapan.
Aku akan membantu sedaya kudrat aku.

macam-macam terjadi pada dia kat hospital.
aku terpaksa hide. Aku anggap ini satu pengajaran pada aku jugak.
Pengajaran untuk menjaga kesihatan diri.

Tak boleh ambil ringan bab kesihatan diri.

Punca utama doktor mengesahkan akak aku
 kerap mengambil Ubat gaout dan ubat tahan sakit "PainKiller".
Dari penjelasan doktor,
Ubat ini memang mampu merosakkan
buah pinggang dalam tempoh sepanjang pengambilan ubat yang kerap.
Pembunuh senyap-senyap.

Punca lain. Suplement-suplement yang di ambil.
Kepada korang jadikan ini sebagai Iktibar.
Kita kena bijak memilih untuk diri dan nyawa kita.
Jangan ambil mudah.

Jangan percaya kalau tidak ada Testimoni yang sah.
Penyakit macam ini lambat menunjukkan kesan,
Tapi kalau dah tau agak terlambat untuk mengubati.
Aku tak memperlekehkan produk2 org. tapi kita ada akal dan fikiran.

Boleh membuat pilihan untuk diri sendiri.
Jadi cuba elakkan.

Kakak aku memang sah "Dialisis Seumur Hidup"
Ya Allah sengsaranya tengok keadaan pesakit-pesakit buah pinggang.
Dialisis ini ada dua cara. satu Hemodalisis (cuci darah) dan satu lagi 
 Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (Cuci Air)
Kedua-dua itu tak mudah.



Hemodalisis 3 bulan pertama masukkan tiub di Leher
(Allahuakbar).
Selepas 3 bulan kena buat fistular (Masukkan tiub di Pelipat lenggan).
Kena buat pembedahan.
After 1 bulan baru boleh guna.
Cuci darah 3 kali seminggu selama 4 jam.


Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis pulak cuci guna air.
(Masukkan tiub di perut) Cuci 4 kali setiap hari. 
setiap kali selama 20 minit). 

Memang azab melihatnya.
Semoga kita semua di jauhkan dengan penyakit ini.
Tidak mampu berkata apa-apa.

Bagi keluarga yang mempunyai penyakit sebegini.
Adalah satu tanggungjawab sentiasa memberikan
 sokongan kepada pesakit supaya tidak
 merasa "Down" sentiasa memberi semangat.
 Insyallah pesakit akan dapat menerima kenyataan.

Semoga kakak aku dan pesakit-pesakit Buah pinggang
dipanjangkan umur dan tabah mengharungi kehidupan.

Sunday, November 6, 2016

Pengalaman jaga budak.
Bagi aku jaga baby lagi senang dari budak atas setahun ni.
aku yang sememangnya takde basic apa2 pun.
almaklumlah anak bongsu.
Bagi aku anak buah aku paling tercomel kat dunia,
walaupun sebenarnya mcm budak PENAN haha.
suka aku tgk telatah dia,
mencuit hati. terapi JIWA.
Anak buah aku ni jenis yang lasak,
dia nak explore semua yang ade kat sekeliling dia,
Jadi kita yang dewasa ni haruslah awasi dia.
kena awasi 24 jam.
kanak-kanak mana kenal lagi erti bahaya.
2 weeks dpt jaga anak buah sendiri,
boleh dikatakan agak SERONOK jugak.
tapi boleh dikatakan agak PENAT.
aku respek kat member2 yang dah ada anak ramai tu.

Agaknya budak kecik kategori kanak-kanak ni
memang susah nak tgk dia duduk senyap 2 minit kot.
melainkan dia tidur. tak kan tidur berjalan pulak kan.haha

time makan, salin pampers, bagi susu, time mandi.
memang berkejar aje lah. itu belum masuk
wrestling nak bukak baju atau pakai baju,
kahkahkahkah.
Anak siapalah tu.

Satu hal lagi,
bila dah dapat kaki,
jenuh acik nak kojarr.
lari laju giler, risau tersadung jatuh tersembam.
muka nak pakai lama bro!.
Jatuh pun dia orait je.
kita yang tak orait. Risau kat dia je.
Kat rumah aku tu,
anak anak bulus aku lari bertempiaran bila dia ada.
rasa macam tak umur panjang kucing2 tu.
di tariknya ekor, di tariknya misai kucing tu.
jadi terpaksalah kurung dalam sangkar atau lepaskan ke luar.
bertabah lah wahai anak anak bulus,
"Uncontrolled"

Bila ajiq takde,
kucing2 aku bersantai macam kat tepi pantai
kat setiap pelusuk dalam rumah.
itu je time yang boleh di nikmati dengan selesa.