Friday, November 13, 2015

HAPPY BIRTHDAY MOM


Utk menjadikan plan seprise makan mlm utk besday mak ni.
Aku dengan tak cukup rehatnya.
bertabah jugak utk merealisasikan semua ni.
Aku sibuk uruskan bisnes dan beberapa lagi 
urusan Di sekitar Nilai dan akhir di Putrajaya.
Dah tak mampu nk drive. 
Nasib lah kakak aku drive.

 Otw balik nak amik mak. 
Singgah Kedai kek. 
Beli kek lah apa lagi kan. 
kakak aku kejap nk kek ni,
kejap nak kek tu.
Adeyy kita dah lambat ni.
Sejam aje lagi..

We all dah janji dengan family abg aku dari banting.
Kena make sure We all sampai dulu sbb nk chop tempat.
xsempat nk book2 ni.
Last sekali pemilihan dia Kek Cappuccino. 


"62"
 Sebenarnya. Saje bagi lagi muda. :")


Balik ambik mak. 
kami singgah solat mahgrib dan tggu isyak dulu.
Nanti balik dh boleh terus membuta.
Punyalah bertabah aku nak pegang kek dari jatuh.
dan nak sembunyikan dari pengetuan mak.
Kata seprise kan..
kakak aku pun park kete tpt yg boleh aku sorok2 kan kek.
aduii penatnya keje sorok kek..

kek sorok kat bwh kerusi.
Hah kau ade?
we all dah dpt seat utk 2 table 9 org..
tapi kami ber6 aje.
oklah 3 seat kosong for beg hehe

Makan sate!
Tempat pilihan kali ni Sate willy
Siap order utk 80 cucuk.
sikit je tu sebenarnya haha.
aku je boleh tarah 15 cucuk.
tapi time dah ngantuk gila ni.
10 cucuk belum tentu lepas.

abg aku dgn family dia pun sampai.
Parking payah nk dpt.
almaklumlah org ramai.
hidangan sampai je.
Aku keluarkan kek.
haha.
mak aku dah senyum senyum
dia siap kata " Kita makan sate sini..kek makan kat rumah"
Malu katanya org ramai tgk kehkehkeh.
Aku ckp tak dpt lah Amir,lyn dan haziq nak makan kek ni kalau kat rumah.
lepas ni dorang nk balik banting.

Maka terpaksalah potong kek,
No nyanyi2 terus potong hehe.
baby Ammar haziq tu time uwan potong kek kemain lagi dia.
nak rasa chikit ler tu.
boleh plak ayah dia bg rasa haha.
nampak mcm sedap aje.
macam mintak lagi..
No haziq no..just once okey..
baby ammar haziq dah besar nanti acu lanje kek ye..



Hepy Besday Uwan.
Ajiq antuk angat lah.
Ajiq penat drive dari Banting ke Nilai. 
Uwan makan lah ayah Ajiq blanje. 
Nanti ajiq dah bercha ajiq lanje uwan lah. 
now ajiq lanje muka omel time tido.

Uwan nak selfie dengan budak kuat ngamuk+Kuat tido ni. 
Tapi tgk lah tu. Dah Continue hobi dia. 
tido itu lebih penting dari makan. 

kami makan makan+talking talking+laughing laughing

dari pukul 9mlm-10.30 mlm jugak lah bertempek kat restaurant tu.
Mesti korang tertanya mana Ayah aku kan?
Ayah tak join. Ade urusan lain.
Alkisahnya ini semua last minit seprise so ayah xtau pun pasal hal ni.
Dah send SMS maybe tak baca or bateri habis.
Tu pasal lah tak ade.
Kalau tau silap2 100 cucuk sate langsam hari ni.




Happy Birthday mom.
today 62th.
May god bless you.
we always love you mom.








Maklong dengan ammar haziq


Saturday, November 7, 2015

MAJLIS AQIQAH "NURHANA HUMAIRA"

Majlis aqiqah anak member Setaman.
Aku skrg menimbang anak kawan kawan aje.
Aku ni ntah kawen ntah tak.
So timbang lah anak org dulu
hehe.
Harini Majlis Putri "Nurhana Humaira"
Sedapnya nama dia.
Montel hokay anak dia.
Kalah anak buah aku kemontelan nya.
Aku ingat anak buah aku paling membulat.
Ade lagi bulat.
Tadaaa....








Sunday, November 1, 2015

Kenduri Kendara

Assalamualikum.
Semalam dah penat berkenduri kendara di Rembau.
Penat??
Macam lah kau yang bertungkuslumus sama. 
Ha-Ha-ha
Padehal kau bertungkuslumus makan aje.
Mencekik tak sudah.
;)

Today!. 
Mencekik lagi.
Murah rezeki bulan bulan ni.
Kenduri Cukur Jambul anak buah Kimy.
Serba salah aku kalah tau pegi ni.
Mau ade yg terkecil hati nanti.

Dari Nilai aku gerak pukul 10.45am.
Boleh plak kena tinggal train.
Jam aku yang salah ke atau jam KTM tu yang salah?
Aishh...Nasib lah.
Aku dapat Train pukul 11.15am.
Aku sampai Bandar Tasik Selatan pukul 12 tgh hari.
Aku keluar gate Komuter.
Bertanya dengan pakcik pakai Uniform Rapid.
Nk tanya pasal Lrt baru tu nak amik macam mana?
Dia kata kena Amik dari Klsentral.
Aikkk...
Pelik plak...
Aku siap tanya lagi. Betul ke pakcik?
Apa nama lrt tu?
Dia tak ingat.
Aku tanya Lrt pegi Kinrara tu kan?
dia kata iya. kena amik kat Klsentral.
Urmm...
Dalam hati aku berdolak dalih nk stuju dgn kata2 pakcik tu.
Sebab apa! sebab aku tau lrt baru tu lrt berbeza. 
tak plak aku penah nampak lane lrt baru tu kat klsentral sblm ni.
Nk cepat punya pasal.
Call eleena mintak dia amik aku kat Lrt Bukit Jalil.
Aku siap pesan lagi.
Dtg amik aku sorang!.
Aku segan lah dengan Parents dia haha.
SHY gila.
 Sekali dia dtg dengan Parents dia jugak.
Adoii malunya..rasa menyusahkan mereka plak.
Kalau menyusahkan Eleena tak pe.
Kihkihkihkih.

Terima kasih Pak Cik Isa.
Amik Aimi kat Lrt ;)
Pak cik isa ni Adik "Dato Jalaludin Hassan." 
;)
Muka mereka lebih kurang sama hokay!
(Aku tau lah korang mesti nak kata "Dah adik beradikan")
Singgah rumah Eleena dulu,
Dia nak balik urgent.
elena busuk!
Hahaha.

Lepas Zuhur gerak pegi rumah Kimy.
Segan plak dia tu. adeyyy
katanya takde lagi org yg dia kenal.
hah...jom balik katanya hahaha...
Nasib den dah nampak Kak Mas.
ade geng :)

Kak mas dtg dgn hubby dia.
1st time tgk Hubby kak Mas.
Nampak serius.
Sogan den.
Macam biasa 2 org anak dia :
"Adik dgn abg" 
Wajib ada.

Dah siap makan baru nampak Kimy.
Dia keluar pegi beli barang.
Org berkenduri opkos sibuk.
Makan makan+Talking talking+Laughing Laughing

Eleena, Kimy & Aku


Aku, Kak Mas, Rashid, Eleena & Kimy

Aku & Kimy <3

Adlin & Eleena

Eleena dan Mia ;)


Hari dah nak masuk asar.
Langit pun dah gelap.
Mak aku pun dah SMS tanya "Adik kat mana?"
Biasa kalau mak aku tanya macam
tu bermakna aku dah kena balik skrg!

Kimy+Eleena 
Ajak pegi putrajaya.
Malam2 skrg ni hujan tak kan dapat nak melepak sana.
Melainkan melepak dalam kereta di sirami hujan je.
Aku balik.
kan aku dh ckp mak aku kalau
dah tanya macam tu
bermakna aku kena balik skrg!

Aku balik mintak tolong eleena hantar ke Lrt bandar kinrara yg baru tu.
Lrt tu jarak 2 block je dari rumah dia.
Tapi dia sendiri tak tahu mana Pintu masuk Lrt tu.
Apa kejadah..haha
Kena pusing pusing uturn bagai.
last last aku kata turunkan akak kat tepi jalan pun ok.
akak jalan kaki.
Ngam ngam aku turun hujan turun jugak
dengan lebatnya,
Basah kuyup kau!
Rasa macam belakon dlm
 video klip "Kembalikan Semula" plak mandi hujan.

Naik ke Lrt baru ni. 
Siap tanya kaunter. kaunter sana tak sesibuk tpt lain.
Ramah aje staff situ.
Katanya train ni kena tukar kat Sri petaling.
Korang mesti memahami hati aku
 masa bertanya pada pakcik Rapid td kan?
Jilake!. 
Kalau tak wrong information pakcik rapid td 
mesti aku tak susahkan Pakcik isa amik aku...Grrrrr....Geram siakk!

Lrt kinrara Bk5-Sri Petaling Tiket adalah PERCUMA
Padan lah PERCUMA.
Bergerak pun slow macam nak MATI.
Aku jalan kaki lagi laju kot.
Agaknya dah berbayar nanti Laju lagi lah kot.
Selaju kenaikan harga Petrol dan barang.
20 minit jugak baru sampai Lrt Sri Petaling.
Makan masa betul!

Sampai Lrt Sri Petaling.
Aku lepak tepi tembok kjap.
tgh blur blur.
Almaklumlah 1st time sampai.
Dtg lak 2 org budak muda
perkenalkan diri sbgai Wartawan Metro.
Nak Temuramah katanya mengenai Servis Lrt baru tu.
Aku menolak dengan mengatakan "Tak nak"

Sebab 1st time naik.
kena naik 3rd time baru tau okey ke tidak.
Tapi jika sama aje naik 1st n 2nd mmg aku berani bg pendapat lah.
Kemungkinan besar Lrt tu tak laju sbb hujan yg lebat.
atau memang sebab PERCUMA
Kalau tak lama dah aku tepek kat Blog muka aku masuk Paper.
Ingat senang Wartawan nak interbiu aku?

Pukul 5pm sampai lrt Tasik Selatan.
10 minit tggu KTM.
pukul 6pm sampai nilai.
Aku call semua tak angkat.
Tak kan nak naik teksi.
takpe aku lepak Mydin.
Time nk melangkah masuk Mydin.
Semua call balik.
Tanya kat mana.
iskk macam tau tau je kita nak menabung kat Mydin.
Akak aku amik aku.
Lega dah sampai rumah weyy...


Search