Wednesday, September 30, 2015

Anugerah Terindah

Hampir sebulan lebih kecerian keluarga aku di warnai dengan kehadiran seorang bayi yg comel. Anak sulung kepada abang aku dan cucu sulung kepada Cikgu pencen En. Kaharuddin Bin Jamrus dan Pn. Samsiah Ahmad.

Dari hari 1st sampai lah nak hampir genap 1 bulan umur anak buah aku. Aku dapat rasa kan satu pengalaman atau satu perubahan dalam diri abg aku, mak aku, ayah aku dan kakak aku. Perubahan ke arah yg Positif. 
Aku nampak NUR kebahagian di dalam KELUARGA abang aku. Tahniah abang dengan kakak iparku.

Disebabkan cucu sulung ni. Keadaan serba kelam kabut. sepatutnya lahir 27 september 2015. tapi terpaksa di lahirkan secara pembedahan utk menyelamatkan ibu dan bayi. Pada awalnya hendak ke Johor hari ahad. Sebab di sini bertindih tindih jemputan perkahwinan dari saudara mara terdekat. Tapi tetiba perancangan terpaksa di ubah. Mendapat tahu keadaan kakak ipar aku membimbangkan. 22 ogos pukul 3 petang ayah dengan mak sibuk sibuk suruh packing baju. Aikkk bukan nak pegi esok ke? Aku terpaksa Cancel kan segala urusan bisnes kat sini. Packing baju pun main capai capai aje. Hati sentiasa berdebar debar dan buat pertama kalinya perjalanan dari NILAI-MUAR tanpa berhenti di mana mana RNR. Sampai muar Check in Hotel tanpa sempat memindahkan beg ke bilik hotel dan terus bergegas ke KPJ Muar. Kami orang luar memang tak mahir jalan jalan dan simpang simpang di sana. Masa tu lah WAZE sangat berjasa pada kami. Sampai ke pintu KPJ di hantarnya. :P

Setiap minit perjalan aku dari Nilai - Muar Handfon X lekang di genggaman utk bertanyakan keadaan Kakak ipar dan keadaan Anaknya. Adakalanya ada sedikit gusar apabila abang aku terlepas pandang atau terlepas dari menjawab panggilan panggilan kami utk bertanyakan perkembangan Kakak ipar aku dan anaknya. 

Aku tak putus berdoa agar segala urusan pembedahan dan kelahiran berjalan dengan baik. Aku dah anggap kakak ipar aku sebagai kakak aku walaupun usianya muda setahun dari aku. Hampir semua kawan kawan rapat aku mesej. Mintak sama sama doakan kakak ipar aku bersama anak nya. Terima kasih kawan kawan. 

Pertama kali menyentuh Bayi comel yg berusia 1 hari. Sedikit air mata aku menitis di pipi. Aku kesatkan. Aku sangat terharu dengan kurnianmu Ya Allah swt pada Keluarga kami.
Aku tak pasti adakah aku sendiri akan melalui pengalaman manis ini satu hari nanti atau pun tidak. Aku tetap percaya Jodoh pertemuan, hidup dan mati di tangan Tuhan.


Terasa bersyukur sangat. Allah memberikan cahaya kegembiraan tu. Pengalaman pertama melihat dan menyentuh tubuh kecil di dalam sebuah katil kecil berbentuk kotak kaca tu membuatkan aku rasa terharu. Tak tahu nak gambarkan bagaimana. Memang aku rasa bertuah sangat, Ya allah besarnya kekuasaan mu. Aku masih tak percaya Bayi yang comel, handsome, sihat walaupun tak cukup bulan tu adalah anak buah aku.

Sejak hadirnya si kecil. Hati selalu gelisah. asyik nak tahu perkembangan Muhammad Ammar Haziq Bin Ruzael Amir Afendi. Terpaksa si ibu merakamkan keletah anak bujangnya melalui Aplikasi Whatsapp buat tatapan Kami di NILAI. Kalau ikut jiwa dan hati aku nak aje aku Drive terus Ke johor jumpa dengan si kenit tu. Tapi apakan dia. Kereta kembara aku tu kalau jalan jauh pasti semput. Dah merasai pengalaman tersadai di tepi lebuh raya ni. Nak tak nak aku terpaksa tggu lagi. Sama ada aku ke johor bersama ayah dan mak aku menziarahi mereka atau semasa mereka pulang ke sini.  

Macam biasalah..Kakak ipar aku menghantar rakaman video telatah anaknya pada aku. Aku siap siap format ke mp4 dan aku save dalam laptop. Sebabnya setiap kali kakak ipar aku menghantarkan video mak aku mesti tanya. Ada tak lin send video haziq? Haziq sihat? Haziq bla bla bla bla. Hah..rimas okey..

Jadi aku kumpulkan semua Video dalam satu Folder. Bila masa yg sesuai aku bwk laptop ke ruang tamu. Aku landaskan laptop aku atas meja kopi depan TV. Tersenyum simpul Ayah dan emak aku melihat keletah cucu dorang tu. Sampai ulang setiap satu video dua ke tiga kali. Sebak plak aku tgk. Mereka rindu cucu. Kudrat ayah aku utk ke Johor agak terhad. Nampak luaran sihat tapi dalaman hnya kami yg tahu. Jadi hanya video video tu lah jadi jambatan antara mereka. Rasa seperti haziq betul betul berada di depan kami. paling best mak aku boleh menegur manja haziq sedangkan itu hanya rakaman video. Hahaha.

Hari bersilih ganti. Aku dengar abang aku nak bawak anak bini dia pulang ke Banting. Makk aii seronoknya. Mak ayah aku paling suka dengar menantu dengan cucu nak balik ke sini. Habis semua shopping Mall kat nilai sampai seremban ni dorang terjah nak cari baju dan kelengkapan baby. haha. Macam nak tergelak pun ada. Tingkah laku atuk dan nenek untuk cucu sulung. Kekadang aku terpikir dan tertanya tanya adakah begini jugak akan mereka lakukan jikalau aku ada anak nanti??

Setiap Outlet baby dorang terjah. Mahal atau murah bukan pengukur dah bagi mereka. Janji dapat memberikan sesuatu pada cucunya. Tapi biasalah, Perancangan yang kita buat kalau tak dapat izin dari Allah pun kita tak dapat nak melawan takdir. Tetiba Malaysia bahagia ni di duga dengan jerebu yang kuat. IPU di banting mencecah 200. Atas perbincangan di buat maka kedatangan mereka ke sini di tangguhkan.

IPU pretasi udara masih tak mengizinkan walaupun dah 2 minggu berlalu. Urmm...Bila nk jumpa haziq ni. Barang yg dibeli utk haziq dah selamat sampai ke Muar. Kami kirimkan melalui abang yang pulang ke sana. Boleh dikatakan hari hari kakak ipar aku menghantarkan gambar dan video anaknya melalui aplikasi whatsapp. Terima kasih lin. Ko tak putuskan hubungan antara kami dengan anak kau. Ko hidupkan dan kau bahagiakan hati kami dengan video video Haziq.

Tak lama lepas tu kami di kejutkan dengan berita Haziq masuk hospital. sebab suhu badan hampir mencecah 39 darjah. Risaunya kami kat sini. Malam tu. lepas solat aku menolak daun pintu bilik mak aku. Lama mak berdoa. aku tanya, lamo ehh mak berdoa..omakk doa apo? Mak aku cakap "Mak doakan haziq cepat sembuh" lepas tu mak siap mengaji dan baca yassin utk cucu sulung dia. Aku tergamam dan masuk ke bilik utk buat seperti mak aku buat. Aku doakan semoga Haziq cepat sembuh.


Mesti ramai tertanya tanya. kenapa ya aku dengan family aku tak terus ke Johor? reason nya. Kenderaan yg baik utk jalan jauh kami tak ada. Kenderaan yg mak aku sambung bayar kempunyaan abg aku tu pun ade problem dari segi Electrical automatik. Maka kami hanya menunggu segala perkembangan dari abang aku.

Alhamdulilah haziq bakal discaj. Tapi dapat tahu kakak ipar plak admitted wad. Ya allah pelbagai dugaan yang kau berikan pada kami. Sampai timbulnya Miss Understanding  ni. Aku faham. Biasa dalam keadaan ni pasti ada timbul masalah sebegini . Manusia bukan nya sempurna. 
Alhamdulilah Haziq dan ibunya dah kembali pulih.



Search