Sunday, March 27, 2016

EHH ABANG AKU KE TUH?

Cer teka mana satu abang aku? kami kembar tau haha


Kemain abg den skrg. Berjinak masuk dunia seni ke apa? 

Level2 artis ni haha. Opss lupa plak penaja aje sebenarnya. 

Company abg aku keje tu sponsor 5 motor 

keluaran syarikat demak motor corporation sdn bhd.

Untung lah siapa dapat Motor tu kan.
aku kalau dpt pun kena plak pegi test JPJ
dgn kaki tak mungkin sampai ni lagi.
Hahah.

Abang aku dapat jugak 2 tiket free ABPBH
dengarnya nak pegi dengan peminat dato ct??
betul ekk??
siapa lagi kalau x dgn bini tersayang ko kan!!!
Aku mampu tgk depan tv dengan anak korang aje lah.
tu pun kalau aku tak tertido depan tv hahaha...

Aku sejak dah xde list name nama 
Tomok, Newboyz, Kristal, aaron aziz, johan jozan, jalaludin hassan...
ehh jalaludin hassan?? ape-ape aje lah..
memang malas nak layan..
sbb pendatang baru skrg lakonan semua Stereotypical
almaklum lak skrg semua drama asyik suami ku begini begitu..
isteri ku gengster begini begitu.
Arghhhh kestressan.
lakonan kaku pun boleh UP maybe lawa kot.
(jgn kecam aku, pendapat lain lain).

Berusaha aku google nak cari motor demak tu.
cun pun cun.
meh aku share..

Hah tu dia! seksi kan motor motor demak ni

Model paling di dambakan. aku mention motor tu ye!

Abang aku paling kaku kat situ. macam bergambar majalah sekolah aje.


Saturday, March 12, 2016

BOAT NOODLES & DPULZE MALL

Lepas selesai urusan di KLIA 2 td.
kami ke sini.
Kami melencong ke sini.
pukul 11.15 pagi dah sampai sini.
DPULZE Cyberjaya.
Mall baru tu.
Aku selalu datang area sini dengan Family
sama ada makan di Old town coffee.
santai dan nyaman aje

DPULZE mall ni hanya kedepan sikit dari 
tempat biasa aku lepak.
kira dari Nilai ke sini dalam 30 minit mcm tu la.
kecik aje mall ni. dlm 3 tingkat je.
byk restaurant berbanding utk shopping.

1st time masuk mall ni paling cuak PARKING dia
kahkahkah
3kali utk 360 darjah punya pusingan baru sampai parking.
kus semangat!
masa naik orait aje.
masa turun memerlukan break yg makan ye.



kami antara pelangan yg terawal lah Boat Noodles ni.
lebih selesa dari IOI putrajaya.
ruangan pun boleh tahan besar,
pilihan aku mcm biasa.
Green Tea tu Wajib.
dan wajib bwk balik for collection glass cup.
walaupun ade ckp aku mcm "Perangai budak"
yang nak sgt bwk gelas tu balik.
i don`t care!


aku makan 4 mangkuk hidangan 
"Ayutthaya"-  Beef thai rice noodle
Di sini org makan bermangkuk-mangkuk pun xde hal
xde siapa nak mengata,
sbb konsep restaurant ni mmg konsep lebih mangkuk dari orang 
haha
rasa noodles tu lain dari yang lain.
mcm kenyal sikit
ala ala kenyal mcm putu mayam pun ade.
mmg sedap. sup dia pun pekat.



Green tea RM 8.90
"Ayutthaya"-  Beef thai rice noodle RM 1.90 (1 mangkuk)
utk kenyang kan the lovely tummy korang.
 wajib amik 4 mangkuk. :)



p/S: if korang nak tau apa lagi ade kat Dpulze mall ni sila KLIK SINI

TRIP ZACK KE SABAH :)


Pekeliling


Lama betul tak pegi ke sini.
Dulu time study kat Kuantan.
mmg akan turun kat sini lah.
Kalau dari 
KL-Kuantan @ Kuantan-KL 
memang cepat kalau turun sini.
Kuantan-Kl pun cuma 3 jam 30 minit je.
berbanding Kuantan-Seremban 6 jam.
Kematu punggong.

Tapi kedatangan aku kesini bukan nak naik bas.
Nak tggu org. Orang dari PEKAN, Pahang
alaahai zack..hang tak bagi detail perjalanan hang.
aku sampai 2 jam lebih awal rupanya kat sini.
Tak tahu nak kemana dah rasanya.

Memandangkan aku masih di Lrt.
saje saje je patah balik ke sogo.
boleh lepak food court.
perut pun lapaq dah ni.
lapaq baq ang!


sogo SALE baiiii!
sebelum lepak food court
den lepak tgk abam abam busker.
dah ala ala boring baru mengelift ke food court.
after lunch ni senang sikit nak membeli.
ramai hakak hakak mak cik makcik borong kat sogo.
nak kata murah dah less 70% pun harga still lebih dari RM200 .
agak berapa lah harga sebenar?

Food court macam2 pilihan ade.
tapi cendol jugak menjadi pilihan hati.
round2 sejam dlm Sogo.
Zack dah call.
dah sampai katanya.

Sila tggu aku 10 minit.
Walaupun after 7 tahun tak jumpa.
Masih boleh kenal lagi lah zack tu hehe.
takde perubahan muka.
cuma lebih ladies dari biasa.
kehkehkeh.


Melepak berburger ramli dulu kat BTS 
zack nak makan nasi campur.
tapi nk buek camno 
sepanjang perjalanan ini aje yang ade.
malam nanti aku blanje makan ye.

Zack ni bukan saje saje je nak dtg rumah aku ni
dia nak Holiday ke SABAH esok.
menyinggah dulu ke rumah aku.
Nilai-Klia pun xjauh.
bole lah hantar dia.

Dah sampai rumah

Rehat dulu.
mandi, solat, lepak
Aku bawak dia keluar cari makan
Mak aku tak masak :)
malam kami jarang makan malam.


Kami makan nasi goreng usa+nasi goreng daging merah.
aku berpuas hati dengan green tea aku.
sian zack. laichi kang serve macam ******** haha.
bawak lah bertabah ye zack. terima aje rezeki yg ko ade :)

Lepas makan dia nak "KOOKAY" plak.
Bawak lah pegi Kompleks Sukan Airport .
Part ni takde dlm senarai budget list aku utk belanje ko.
Tong tong okay. Malam mmg mahal. 
biasa siang RM10 sejam. malam sejam RM20
nmpak macam mmg tak cukup 
zack nak KOOKAY nnti dtg siang ye.
kita bantai 3jam sampai pitam.

10mlm-11mlm habis "Kookay"
balik rumah sambung borak.
borak memori 
masa di Ikip International College.
Campus Kubang buaya tahun 2004.
Around 12 semua mata kuyu dah.

Zack ni dia yg start citer hantu time 
kat dorm dulu. dia plak yg takut lebih.
nak tido dengan aku..mmg tak boleh.
Zack tido kat bilik tetamu.
tetamu mesti tido di bilik tetamu :P

6 pagi aku dah start bangun.
siap-siap untuk solat subuh.
kejutkan Zack sekali kang terlopeh subuh.
dlm 7.30 pagi gerak keluar.
otw ke epot singgah Desa Jati bekfest.
adik angkat aku yg nk follow sama pun dah sampai dulu.
8pagi gerak ke epot. 8.20pagi sampai.
Parking full derrr!!!
pagi kot..tak sangka aku..
3x pusing baru dapat parking.

Aku dah macam travel agency.
haha. bwk zack ke Station Erl.
bgtau dia cara nak beli tiket bagai.
nanti dia nak balik senang.
Aku xpayah nak ambik dah.
dia boleh terus ke Bandar tasik Selatan.
Ambik bas dan terus ke Kuantan.

Settel Erl.
pegi ke kaunter Malindo plak utk dptkan boarding pass.
Aku xpernah naik malindo ni.
berulang kali aku masukkan no diminta kat web check in tetap Error.
Kami bagi pada yg pakar yg buat. Iaitu di kaunter.
Seolah2 mcm aku yang nak ke Sabah.
Zack muka gugup gila haha.
kena tggu 3 jam sebelum fly baru boleh dptkan boarding pass ni.
terpaksa lah menunggu,

zack ni nak pegi KLIA2 kemain awal.
pukul 8 sbb nk jumpa kawan dia.
kawan dia time fly tak sama.
aku dh ckp jumpa kat sabah aje.
nak jugak...
Nahh ko!!! 8.20 sampai...
kau fly 11.55pg..
3jam setengah nk kena tunggu.
kalau membuta pun puas haha.
Aku hanya mampu tggu sampai 10.45 je zack.


lepak klia je kitaorg xtau mana nak pegi dah
semua mall pasti tak bukak lagi
termasuk KLIA2 ni haha.
bwk zack ke Anjung tinjau. 
tgk kapal terbang berlepas.
muka gugup gila dia. 
1st time naik flight katanya,




kami lepak minum di MCD Coffee house.
Thanks diana belanje akak. 


"Coklat freeze RM10.90" 
berbaloi jugak dia punya coklat siap ade eskerim dan krim putar lagi.
xboleh di tandingi dengan mana2 air seperti lemon tea diana RM7 tu.
hahaha....
teo limau ais semata RM7 kot...


10.30 pegi balik kaunter utk dptkan boarding pass.
staff kat kaunter beriya membantu ingat nak pegi bertiga,
Biasa memang macam tu. 
peginya sorang..yg hantar 2 kereta hahaha...


After dah ade boarding pass di tangan.
zack kata dia nak masuk terus lah.
kesian kat aku kena tggu lama.
sebelum dia fly kami bergambar bersama buat kali terakhir.


Xpayah nak poyo sangat.
Xpayah nak Perlepasan Antarabangsa sangat.
Zack masuk gate Perlepasan dalam negeri aje,
nak ke SABAH je bah.
Happy holiday Zack!
semoga kau gembira di sana.
dan semoga kita berjumpa lagi.
Bubbye Zack!


Pssttt: To korang. Start 15 Mac 2016 semua penerbangan MALINDO di Pindahkan di KLIA1. Bukan lagi di KLIA 2
Bermakna kau Zack akan landing di KLIA1 nanti. Pandai pandai lah ko cari ERL kat sana nanti. Sila byk kan bertanya. kalau tak bertanya mungkit sesat jalan :)









Thursday, March 10, 2016

RESEPI KIMBAB (KOREAN CUISINE)

Punyalah terpengaruh aku dengan tekak adik adik aku, 
Diyana dan Eleena. pakat makan korea food bagai.
itu hari makan di food court ioi mall Putrajaya
satu bekas RM 11.90 tak silap.
ade dalam 10 ketul jugak
siap garnishing bagai. kobis dengan mayonaise

sekarang ni sampai aku berminat nak buat sendiri.
sebenarnya sewaktu bekerja sebagai pembantu chef 
di salah sebuah hotel terkemuka 
suatu ketika dahulu. 
Pernah lah belajar cara-cara nak buat sanak saudara Sushi ni.
Atau yang ni Gimbab Aka Kimbab (Korean food).
lebih kurang Japanese food jugak.

Modal buat Gimbab ni dalam RM6 je tau.
selagi ko boleh berjimat.
sila lah berjimat.
jom nak ajar korang semua berjimat sambil mengketedarah.
sesekali korang kena ade skill buat sendiri okey.
puas hati dan harga pun berbaloi.




KIMBAB (KOREAN CUISINE)





NASI
2 Senduk Nasi putih (saya guna Beras Wangi Naga Mutiara)
1 Sudu besar Cuka
1 Sudu kecil Minyak bijan
1 Sudu besar rata Gula


SAYUR
Lobak merah di potong julienne
Timun di potong julienne


TELUR DADAR
1 biji telur
Sedikit minyak bijan
Sedikit lada hitam
Sedikit garam


FILLING
Crab meat di potong julienne
Telur dadar di potong julienne

Seaweed (layukan sekejap)
Sushi mat (Tikar)

Cara:

1. Lobak,timun  (saute sekejap dengan minyak bijan+garam+lada hitam).

2. Crab meat di panaskan sekejap.

3. Gaulkan nasi bersama cuka, minyak bijan dan gula.

4. letakkan  seaweed di atas permukaan  sushi mat. ratakan nasi putih dan tekan utk 
    padatkan sedikit.

5. Susun lobak merah , timun di atas nasi yg telah diratakan di ikuti dengan crab meat
    dan  telur dadar yg telah di potong julienne tadi.

6. Gulung dan padat padatkan sehingga menjadi seperti bentuk Silinder.

7. Untuk mengelakkan gimbab pecah. Gunakan pisau yang tajam untuk memotongnya.

8. Sedia di hidangkan.


filling tu sebenarnya korang boleh letak " sausage,lobak jeruk,daging,bayam" dan apa2 korang rasa korang suka..boleh letak...tapi Makesure korang letak 4 jenis je dlm bungkusan nasi tu. kalau byk2 sgt nanti mudah pecah. payah nak bentukkan. nanti akan jadi punah ranah. cara potong biar memanjang. senang nak susun. Gimbab korang akan kemas je bila di potong potong nanti.

Nasi putih. yang ni pun makesure gunakan beras wangi. Kalau resepi asal. pakai beras sushi "Sumo, Sushi rice dan sebagainya" tapi kita nak follow tekak rakyat malaysia terutama Melayu ni. Korang gunakan beras Wangi. Memang sedap...tak kisah beras wangi cap apa pun. Jenama jasmine, Sakura, faiza dan apa2 aje beras wangi memang sesuai, sebab beras wangi ni jenis lebih berkanji. Saya gunakan beras yg biasa parents saya masak lah. "Beras Wangi Naga Mutiara" cedok aje dari periuk nasi mak tu haha...

last nak pesan. masa menggulung tu PASTIKAN seaweed korang jangan basah. kalau tak memang payah nak gulung. korang just layukan sikit seaweed tu..jangan pandai2 pegi goreng plak. tujuan layu tu untuk lembutkan sikit seaweed tu. kalau tak korang makan rasa mcm gigit kertas carbon typewriter tu je. :P

Kepada yang sudah mencuba resepi ni. korang share lah gambar Gimbab korang nanti ye. nak tau jugak menjadi ke tidak korang buat. sekiranya gimbab korang pecah. itu perkara biasa bila pertama kali mencuba. 



Tuesday, March 1, 2016

TRIP TO JOHOR BAHARU

Salam 1 Malaysia
Nk mula berceloteh kat blog sendiri ni.
2 Hari lepas aku kena follow trip warga emas ke JB
Aku bukan WARGA EMAS tau!
Usia aku masih Intan belian haha

Mak aku lah ni beriya suruh Follow.
Ambik masa jugak aku nk buat keputusan utk ikut ni tau.
Sabtu ahad tu aku dpt mcm2 jemputan.
Jemputan Kahwin
Jemputan besday anak kawan setahun
Member ajak lepak.
Jadi mmg susah nak buat keputusan kihkihkih
So keputusan nya 
ONN aje lah.
Kesian plak kat omak tu kang kot poning ko.
Gastrik ko sape nak tolong?

Tempat perkumpulan depan Masjid Nilai.
Aku sampai2 aje.
7.30 pagi


Ramai dah acik acik, Uwan Uwan
Semua dah get ready dah.
Just tunggu bas dtg aje.
Bas pun janji melayu dtgnya kata 7.30pg.
Sampai 8 pagi.
Xpe faham-faham


Now heading to Johor Baharu
Actually, half of members join this trip ni 
xtau nak kemana sebenarnya
mereka just tau nk pegi jalan jalan.
Hoho.
2 hari sebelum trip baru mak aku ckp pegi Mahkota Dewa,
ok faham2. 
ini bukan  trip sebarangan.
sebab aku dah google..
Uwaaaaa....
Aku tak suka marketing planing!!!

Nilai ke Jb ni mengambil masa 4 jam.
dalam 4 jam tu 2x jugak berhenti kat RNR
tank penung bro! haha
Berhenti kat RNR BEMBAN dan TOL SKUDAI

Sekitar 12tgh hari jugak sampai 
HQ Mahkota dewa.
Katanya ade seminar kat HQ 
semua acik acik uwan uwan tu dah turun bas
 boleh plak suruh naik bas semula
Ayooo....
Rupanya seminar tu bukan kat situ kat tempat lain.
Sebelum pegi seminar bwk ke Kilang dulu.

Kilang ni memproses produk baru.
Buat kopi kesihatan
berasaskan herba
ade 14 jenis herba beb 
14 in 1
no sugar
guna stevia
katanyalah.

Keluaran produk terbaru plak
Collagen dari Epal hijau :P
Ade lah sikit penerangan dari staff kat sana




tak byk yg boleh lihat mengenai produk yg di hasilkan
sebab kat situ lebih kepada pembungkusan.
Hasil industri kecil je.
kata pengerusi syarikat baru2 ni Ahmad maslan dtg kilang tu
beruntung lah menteri tu dpt melihat penghasilan produk dari awal sampai akhir.
kami hanya dpt tgk pembungkusan aje,
bosan!


Acik tshirt cekelat yg mcm beriya berminat tulah
Omak den,

Apa yg staff tu terangkan aku pun xtau haha,
layankan aje lah labu.

Now time utk makan plak
lepas lawat kilang
dpt makan pulak.
Aku nampak dah kebosanan di muka 
acik acik uwan uwan yg mengikuti trip ni.
kito layan kan jo lah yo..


lepas makan tengah hari
heading ke paragon hotel
sampai sana pukul 1.15pm
taklimat seminar bermula lebih kurang 2.15
sejam woii den tunggu,
mesti managemnet AJGM ingatkan kami
 beriya nak dgr taklimat tu kan?
sebenarnya kami xtahu menahu pun pasal semua ni,
beriya mentor2 beri kata-kata semangat utk bisnes marketing ni.
sasaran yg kurang tepat
sebab yg dtg tu warga emas kot
dorang xpikir lagi pasal dunia
semua pikir pasal akhirat.
tak pikir pasal nak jd kaya dah.



Anak muda dan belia kat situ pun hanya 3-5 orang aje kot.
aku ckp awal2 aku mmg xminat marketing plan mcm ni.
atau jualan langsung ni.
pada yg berminat silakan aku xpernah halang.
yes aku mmg minat bisnes tapi bukan bisnes mcm ni,
dari pukul 2.15 sampai lah 6pm baru abis.
pukul 4.20 aku dh cabut pegi surau.
solat zuhur
bisnes bisnes jugak bro.
solat tu tiang agama tu.
kalau roboh tiang agama tu
robohlah bisnes tu 
haha.

terkejut aku dgn seseorg ni.
dia bagi feed back pasal testimoni produk
boleh dia ckp yang dia hanya solat 3 waktu aje..
lagi 2 waktu dia dah biasa tinggal. 
masyallah..why like hah???
dia ckp depan makcik2 tok aji tok aji mak aji mak aji
tak malu ek?
kasi simpan sikit bengap tu utk esok.

habis taklimat membosankan ni.
time utk ke hotel plak.
urmm...dari 6.45pm sampai la 8mlm baru jumpa hotel.
walaweiihhh....padehal bukan jauh mana...sesat nokks!!
sesat punya pasal dengan rela hati staff hotel
 dtg cari kami dan eskot sampai hotel
thanks kepada staff tu,
sampai hotel.

urmm.
budget sangat ni.
1st time dlm sejarah aku.
dok hotel paling budget di abad ini.
tandas kat luar wey.
aku lagi kesian tgk acik2 yg bertongkat kena plak
jalan jauh sikit nk ke toilet.
toilet dah lah 3 aje.
setiap tingkat ade 10 bilik.
setiap bilik ade 3 orang.
xke jadi 30 org? utk 3 bilik air?

lagi sadis setiap bilik hanya ade 1 je bed queen.
means utk 2 org aje tdo.
kena order extra tilam.
satu bilik ni aje kot ade 5 org dlm satu bilik.
kesian punya pasal kat adik2 tu.
mana nak muat 5 org satu katil queen size.
aku transfer lah tilam aku kat dorang.

tilam sold out wey.
aku tido ler beralaskan selimut kat atas lantai tu.
dah rasa gelandangan pun ade wakakaka..
pengalaman mengajar kita lebih 
peka pada yg lebih memerlukan.
tak lena langsung aku tido malam tu. 
sejuk bangat dehhh...
aku nak try jugak tdo atas katil.
tapi mak aku dgn kwn dia je muat2 katil.
masing2 berselubung dah mcm ulat 
beluncas otw nak jd rama-rama dah.

kehulu kehilir aku nak tunggu pagi.
aku lepak kat bucu katil pandang luar
tgk kete yg lalu lalang pagi tu.
sambil menghitung bila lah nak pagi.
sejuk baq ang dlm bilik tu.
remote pun ade.
tp yg bole puji.
tv dia ade channel astro wey.
malam tu sempat aku layan 
telemovie "Dendam Manisa"
Hotel besar2 aku pegi pun 
belum tentu ade Astro.

Aku pukul 4.00 pagi dah siap mandi.
mak aku dgn kwn dia sedap membuta lagi
yela sedap dan empuk kan.
hahahaha.
subuh dtg je. terus solat dan kemas2.
planning nak kena ade
 kat bwh & check out pukul 8pagi.
last info kena ade pukul 9 pagi pulak
aku siap check out dah.

jalan jalan cari makan 
sekitar Larkin sentral.
order roti canai kosong tapi tokey kata lambat.
roti canai telur cepat
acaner tu?
nak kata dah siap aku tgk 
dia masak jugak atas hot plate tu.
hohoho.
nak tak nak terpaksa lah makan roti telur.
taktik tu nk kena makan mahal sikit.
utk 3 org makan
nescafe panas+tea panas+tea ais Rm11.50

lepas makan cepat ke hotel balik.
bas dah tunggu