TRIP ZACK KE SABAH :)


Pekeliling


Lama betul tak pegi ke sini.
Dulu time study kat Kuantan.
mmg akan turun kat sini lah.
Kalau dari 
KL-Kuantan @ Kuantan-KL 
memang cepat kalau turun sini.
Kuantan-Kl pun cuma 3 jam 30 minit je.
berbanding Kuantan-Seremban 6 jam.
Kematu punggong.

Tapi kedatangan aku kesini bukan nak naik bas.
Nak tggu org. Orang dari PEKAN, Pahang
alaahai zack..hang tak bagi detail perjalanan hang.
aku sampai 2 jam lebih awal rupanya kat sini.
Tak tahu nak kemana dah rasanya.

Memandangkan aku masih di Lrt.
saje saje je patah balik ke sogo.
boleh lepak food court.
perut pun lapaq dah ni.
lapaq baq ang!


sogo SALE baiiii!
sebelum lepak food court
den lepak tgk abam abam busker.
dah ala ala boring baru mengelift ke food court.
after lunch ni senang sikit nak membeli.
ramai hakak hakak mak cik makcik borong kat sogo.
nak kata murah dah less 70% pun harga still lebih dari RM200 .
agak berapa lah harga sebenar?

Food court macam2 pilihan ade.
tapi cendol jugak menjadi pilihan hati.
round2 sejam dlm Sogo.
Zack dah call.
dah sampai katanya.

Sila tggu aku 10 minit.
Walaupun after 7 tahun tak jumpa.
Masih boleh kenal lagi lah zack tu hehe.
takde perubahan muka.
cuma lebih ladies dari biasa.
kehkehkeh.


Melepak berburger ramli dulu kat BTS 
zack nak makan nasi campur.
tapi nk buek camno 
sepanjang perjalanan ini aje yang ade.
malam nanti aku blanje makan ye.

Zack ni bukan saje saje je nak dtg rumah aku ni
dia nak Holiday ke SABAH esok.
menyinggah dulu ke rumah aku.
Nilai-Klia pun xjauh.
bole lah hantar dia.

Dah sampai rumah

Rehat dulu.
mandi, solat, lepak
Aku bawak dia keluar cari makan
Mak aku tak masak :)
malam kami jarang makan malam.


Kami makan nasi goreng usa+nasi goreng daging merah.
aku berpuas hati dengan green tea aku.
sian zack. laichi kang serve macam ******** haha.
bawak lah bertabah ye zack. terima aje rezeki yg ko ade :)

Lepas makan dia nak "KOOKAY" plak.
Bawak lah pegi Kompleks Sukan Airport .
Part ni takde dlm senarai budget list aku utk belanje ko.
Tong tong okay. Malam mmg mahal. 
biasa siang RM10 sejam. malam sejam RM20
nmpak macam mmg tak cukup 
zack nak KOOKAY nnti dtg siang ye.
kita bantai 3jam sampai pitam.

10mlm-11mlm habis "Kookay"
balik rumah sambung borak.
borak memori 
masa di Ikip International College.
Campus Kubang buaya tahun 2004.
Around 12 semua mata kuyu dah.

Zack ni dia yg start citer hantu time 
kat dorm dulu. dia plak yg takut lebih.
nak tido dengan aku..mmg tak boleh.
Zack tido kat bilik tetamu.
tetamu mesti tido di bilik tetamu :P

6 pagi aku dah start bangun.
siap-siap untuk solat subuh.
kejutkan Zack sekali kang terlopeh subuh.
dlm 7.30 pagi gerak keluar.
otw ke epot singgah Desa Jati bekfest.
adik angkat aku yg nk follow sama pun dah sampai dulu.
8pagi gerak ke epot. 8.20pagi sampai.
Parking full derrr!!!
pagi kot..tak sangka aku..
3x pusing baru dapat parking.

Aku dah macam travel agency.
haha. bwk zack ke Station Erl.
bgtau dia cara nak beli tiket bagai.
nanti dia nak balik senang.
Aku xpayah nak ambik dah.
dia boleh terus ke Bandar tasik Selatan.
Ambik bas dan terus ke Kuantan.

Settel Erl.
pegi ke kaunter Malindo plak utk dptkan boarding pass.
Aku xpernah naik malindo ni.
berulang kali aku masukkan no diminta kat web check in tetap Error.
Kami bagi pada yg pakar yg buat. Iaitu di kaunter.
Seolah2 mcm aku yang nak ke Sabah.
Zack muka gugup gila haha.
kena tggu 3 jam sebelum fly baru boleh dptkan boarding pass ni.
terpaksa lah menunggu,

zack ni nak pegi KLIA2 kemain awal.
pukul 8 sbb nk jumpa kawan dia.
kawan dia time fly tak sama.
aku dh ckp jumpa kat sabah aje.
nak jugak...
Nahh ko!!! 8.20 sampai...
kau fly 11.55pg..
3jam setengah nk kena tunggu.
kalau membuta pun puas haha.
Aku hanya mampu tggu sampai 10.45 je zack.


lepak klia je kitaorg xtau mana nak pegi dah
semua mall pasti tak bukak lagi
termasuk KLIA2 ni haha.
bwk zack ke Anjung tinjau. 
tgk kapal terbang berlepas.
muka gugup gila dia. 
1st time naik flight katanya,




kami lepak minum di MCD Coffee house.
Thanks diana belanje akak. 


"Coklat freeze RM10.90" 
berbaloi jugak dia punya coklat siap ade eskerim dan krim putar lagi.
xboleh di tandingi dengan mana2 air seperti lemon tea diana RM7 tu.
hahaha....
teo limau ais semata RM7 kot...


10.30 pegi balik kaunter utk dptkan boarding pass.
staff kat kaunter beriya membantu ingat nak pegi bertiga,
Biasa memang macam tu. 
peginya sorang..yg hantar 2 kereta hahaha...


After dah ade boarding pass di tangan.
zack kata dia nak masuk terus lah.
kesian kat aku kena tggu lama.
sebelum dia fly kami bergambar bersama buat kali terakhir.


Xpayah nak poyo sangat.
Xpayah nak Perlepasan Antarabangsa sangat.
Zack masuk gate Perlepasan dalam negeri aje,
nak ke SABAH je bah.
Happy holiday Zack!
semoga kau gembira di sana.
dan semoga kita berjumpa lagi.
Bubbye Zack!


Pssttt: To korang. Start 15 Mac 2016 semua penerbangan MALINDO di Pindahkan di KLIA1. Bukan lagi di KLIA 2
Bermakna kau Zack akan landing di KLIA1 nanti. Pandai pandai lah ko cari ERL kat sana nanti. Sila byk kan bertanya. kalau tak bertanya mungkit sesat jalan :)









Comments