Sunday, January 29, 2017

AQIQAH AJIQ


Muhammad Amar Haziq big day.
Pertama kali dalam sejarah keluarga aku Kenduri Aqiqah untuk The K`s family
Almaklumlah cucu sulung kepada En. Kaharuddin dan Pn. Shamsiah Ahmad.
Venue kat Kampung Uwan Ajiq,
Kampung mak aku.
Tumbang sekor kambing je.

Kenduri ni bukan Katering ye, Harap maklum.
Orang orang kampung masih mengekalkan budaya Rewang.



Rewang
Bekerjasama melakukan semua persiapan sebelum dan sesudah masak.
makna yg bergotong royong masak memasak



Seronok rewang ni.
ramai saudara mara dtg membantu.



sambil borak2 kembalikan nostalgia perhubungan yang mungkin dah lama berjauhan.
Rewang ni biasanya makan masa 2 hari jugak tu. contoh ahad kenduri, sabtu dah start rewang.



Majlis Aqiqah bermula pada jam 9.30 pagi.
Dimulakan dengan bacaan Yassin dan bermarhabban (Berzanji)

Cuit cuit menunggu majlis cukur jambul.
Ajiq memang macam biasalah dengan Peel dia.
Budak ni ramah sgt. Semua org dia tegurnya.
kekadang aku pulak yg rasa segan haha.
Maksu ko ni pemalu orgnya.
Haha,



Majlis cukur jambul bermula.



Korang cukur jambul biasa anak umur 3 bulan kan,
Anak buah aku ni lambat sikit.
Bapak asyik keje oversea je.
Tak berkesempatan.





Herot herot lah rambut ko ajiq hahaha
dalam 20 orang jugak yang caras rambut ko ajiq,
Hahaha.




Alhamdulilah syukur kehadrat illahi.
Majlis berjalan dengan lancar.
ramai jemputan yang hadir.
dah rasa macam kenduri kawen plak.
lenguh lenguh kaki dgn badan nih.
Hahhaah..

terima kasih kepada semua keluarga dan saudara mara yang terlibat. Bersama-sama menjayakan majlis ini. Jasa korang amat kami hargai.

Search