Tuesday, December 29, 2015

AKU, BABY DAN DIDI & FRIENDS

Ini cara aku melayan kerenah budak kuat ngamuk ni.
Setiap hari WAJIB utk 40 minit bersama 
slot lagu DIDI & FRIENDS dia.
Bukan umur setahun tapi umur 4 bulan ye hadik hadik.

Nak tengok dia nak ade org temankan.
Maka maksu kena melayan lah ye.
skrg ni maksu dah hafal semua lagu lagu awk tau.
recyle lagu maksu masa kecik aje.
cuma ubah sikit2.
haha.

Cepat besar dan pandai ye ajiq.
Nanti makcu ajar awk main Piano/Gitar ye.
Mendidik minda.


Saturday, December 26, 2015

BERBASIKAL DI PUTRAJAYA

Sambung berpicnic lagi.
Kali ni kat PUTRAJAYA pulak.



Punya lama aku berjanji dengan anak buah aku ni.
Dari sebelum cuti sekolah sampai dah nak abis cuti sekolah.
Nak bwk pegi Berbasikal di Taman Botani.

Tak sangka aku harga sewa basikal kat 
Taman Botani dah RM4 skrg.
Qualiti Basikal pun Out sampai RM4 sejam.
Mahal betul.
Tak kan tu pun nak GST jugak.
Basikal dah lah brek tak makan.
Tayar tak cukup angin
berkarat plak lagi Sampai sejam RM4
Pigidahh..

Basikal ade seat baby kat belakang 
pun mahal kemain RM6 sejam.
Dulu aku rasa RM4 je.
Mahal biar lah sama dgn kualiti basikal.
Perbadanan Putrajaya sila sila lkah naikkan mutu basikal di Taman Botani ye.
Berkarat tapi RM4 dan RM6
Apa kejadah.
Lepas ni aku bwk beskal sendiri.




ah besar dah anak anak buah aku. 
yg baju merah tudung biru tu cousin.
"Amat,Aida,farah,fariz,farizul dan fazli"





Friday, December 25, 2015

PICNIC AIR TERJUN GUNUNG LEDANG, MUAR

Selesai satu A Famosa semalam.
Harini kita ke Air Terjun Gunung Ledang pulak.
Mandi manda sampai lebam.
Versi jeram.

1st time aku dtg sini.
sebelum ni lalu aje.
Cantik dan nyaman udara kat sini.
Tempat ni dekat jugak dengan rumah parents Kakak Ipar.

Hari ni extrem lagi lah kita.
mendaki air terjun Gunung Ledang.
utk ke kolam puteri.
tapi aku hanya mampu sampai satu kolam sebelum kolam puteri.
bateri dah kiok haha.

mandi manda.
akhirnya dpt jugak jumpa si tembam doraemontel ni.
Thanks kak ipar bwk budak ni.
lepas rindu.
anak buah sulung wey.
montel mcm aku haha







Thursday, December 24, 2015

SAFARI DAN OLD WEST

24 Dec 2016




Pukul 3 aku masuk plak kat safari.
hanya kami ber2 je.
abg, kak ipar dan pali dah balik muar.
org beranak kecik ni susah nak tggal lama2

Bergegas cari surau.
Boleh tahan jugak jauhnya surau dalam safari ni.
kita nak berhibur boleh. solat jgn lupa. tiang agama tu. ;)
Lps akak aku solat,
dia pegi tebus makanan lunch kami,
Aku plak pegi solat.
Bagus tpt ni ruangan solatnya selesa.
Aku ingat takde surau.
bagus syabas.

selesai bersolat zuhur.
terus beratur tggu lori utk masuk ke ALAM SAFARI.
kalau pada parents yg xnk atau tak berani nak bawak anak2 naik lori safari ni.
boleh aje bwk anak2 tgk mini zoo kat dalam tu.
jenuh jugak nak berjalan.
aku rela lagi naik lori sebab dah penat masa kat waterworld tu. 
haiwan dalam zone safari ni ada kandang2nya.
kita yg naik lori ni. masuk ke dalam kandang mereka.
rasanya dah mcm haiwan tu plak dtg zoo nk tgk manusia haha
ni aku ade rekod sikit.
bg gambaran pada reader semua.
kot lah nk bwk anak2 kan.
jgn risau tak bahaya pun.


Perkhidmatan kenderaan safari ni terhenti kalau hujan je.
sebab jalan licin.
syok woo naik lori ni.
terasa betul2 berada di dunia safari.
perkidmatan lori pun agak singkat dari jam 9 pagi hingga 5ptg je
so cepat2 lah kalau nak naik lori ni.
kami sempat merasai dengan lori kedua akhir ni.
lebih kurang 30 minit jugak rasanya melalui pengalaman alam safari ni.
semua haiwan dalam cage safari semua sombong kecuali Encik beruang hitam tu je.

lawatan sambil belajar aku dgn kakak aku kat safari ni sgt singkat sebab lama sgt di water park. jadi semua haiwan dah mengantuk. hehe. hujan plak turun dengan lebat. tereprangkap aku dgn akak aku kat food court safari tu.
utk safari ni aku boleh ckp mmg best.
dan jgn buat mcm we all. satu hari langsam semua. sbb xpuas. rasa utk water park, safari dan old west kena amik masa 2 hari kot baru betul2 puas.

sebelum ke Old west.
kami berdua sempat balik hotel kejap.
utk mandi dan makan malam.
old west ni adelah sgt bosan bg aku.
tp ramai jugak yg dtg. maybe bosan 
sebab terlalu simple dgn harga tiket tu kot.

OLD WEST

Korang bagaikan melangkah ke dalam kehidupan gaya Barat dulu dulu. 
Ada bangunan bangunan lama, barangan antik.koboi dan cow girls, kaum red indian dan pertunjukan lagak ngeri.

kat Old west ni ade jugak restaurant,disko, laman bir,kedai cenderamata, taman tema kanak kanak, funfair, dan ada show koboi, binatang, bunga api.
Banyak2 show hanya show Animal Parede je boleh memikat hati aku. yang lain bosan.


SIBLING DAY OUT.




Sebabkan kami dah lama tak bergath.
plan nk pegi holiday sama-sama
Jgn ckp parents aku dah takde plak.
Parents ada. 
Tapi anak anak dah besar ni dorang malas nk ikut dah.
Anak anak pun tak nak ikut plan mak ayah dah. hehe

Plan aku dengan akak aku nak pegi Cameron Highlands.
Tapi ramai plak ckp.
Tanah runtuh.
padehal yg ckp tu tak terlibat pun dalam percutian ni.
Menghampakan.

Kakak ipar aku Whatsapp.
Katanya abg dpt 5 tiket Masuk Waterworld.
Uishh dah ada 5 tiket.
Syok woo..
Jadi lah.
Dalam pikiran kami..
elok sangatlah dah ade tiket.
tak payah nak beli2 lagi..JIMAT
before the day.
Kakak ipar aku whatsapp kena bayar lagi RM27.
Aikk kata dah dpt tiket. Why kena bayar lagi?
Bayaran utk apa pulak lagi tu?
Rupanya. 5 tiket yg kakak ipar ckp tu.
Vaucer Diskaun RM5 aje.
(Hantuk kepala kat meja)
Aduihh...
Rupanya 5 tiket yg kakak ipar ckp tu adalah pas diskaun aje..
Miss information or miss understanding.
nasib dia cakap awal.
kalau ckp esok mmg xdapek lah nak nolong.
Aku beli tiket ONLINE.
Murah sikit lah dari beli walk in.
tak tau awat murah..
tapi bkn murah sangat..
ade lah potong 2-3 ringgit aje.
Lagi satu untung beli online ni tak payah 
ko nak beratur panjang2 sampai hujung dunia tu demi sekeping tiket.
aku beratur kejap aje...
dlm 5 minit dah dpt masuk.

Time beli tiket ONLINE. cuba jugak aku cari HOTEL ONLINE. 
Semua penuh.
Nak tak nak tiket dah beli.
Kena pegi jugak.
Aku dgn akak aku satu kereta ke Afamosa.
Nilai- A famosa hanya 55 minit je.
Kami cuba cari hotel sekitar Pulau Sebang,
Alhamdulilah.
Kami dpt hotel yg selesa dengan Harga RM98.
Staff yg peramah.
siap suggestkan tpt makan yg sedap2 sekitar sana.
Terima kasih kakak staff. Lupa nak tanya nama.
Tapi kakak tu dia pakai tudung.
1st saya jumpa staff yg baik mcm akak tu.
Nama hotel tu Wangsamas hotel.
tetiba teringat Wangsamas condo plak time tu hehe


Jarak antara hotel dengan A famosa hanya 6km je.
Jadi pada korang yang nak pegi A famosa.
korang boleh ke hotel ni.
Hotel ni takde tersenarai dlm agoda atau trivago.
Kena walk in atau call terus utk booking.
Aku rasa kalau ade online.
Maunya aku dgn akak aku tdo dlm kereta aje.
Mesti korang nak ckp dekat aje dgn nilai kan?
Tapi aku dgn kakak aku dah beli semua tiket ada dalam A famosa tu.
Ni kira paling tamak lah nak merasa semua dalam satu hari.

Abg dengan kakak ipar aku hanya Masuk utk waterworld je.
dan balik muar setelah abis lumpuh di Waterworld tu.

jom jom kali ni nak share cerita satu harian di A famosa plak.
Tabah lah korang baca blog terpanjang aku ni hah.

Waterworld theme Park

Aku dengan kakak aku sampai around pukul 10 pagi.
Dah book tiket online Xpayah nak beratur panjang. 
10.15pg dah masuk dalam.

Ade beg check up.
pada korang yg nk bwk makanan luar 
sbb xnk beli makanan mahal kat dlm.
korang sorok je dlm baju korang hehe.
sbb security tak bukak pun beg,
dorang raba2 aje dari luar..
Raba beg ok..bkn raba lain..
Hamboiii.!

setelah dah lepas dari zone check beg.
Aku tercari2 loker.
nk simpan beg baju bersih.
Tak tau berapa RM. sbb kakak aku yg bayar.
Aku just keluarkan hp dan duit je.
nasib lah ade beg waterproof
 yg aku beli masa kat sunway lagoon dulu.
boleh bergambor sakan.

settle semua time mencari abg dan kakak ipar plak.
Call byk kali Xjugak dapat.
nasib laluan sama.
dpt jugak jumpa.
Kakak ipar pun tumpang hp dia kar waterproof beg aku.

sebelum start mandi manda.
kami sewa pelampung gedabak tu dulu.
pelampung 2 lubang bentuk no 8 tu RM11 sebijik.
sebelum membasahkan baju.
Jom SELFIE dulu


Hanya tangan aku je yg boleh 
masuk semua org hehe..
tangan den panjang ke? haha

Dah jom mandi manda


Mari berlalalalalalaala


Abang aku pedajal bini dia.
org tu nak naik pelampung dia pegi tolak.
mmg funny lah.
aku siap sempat snap lagi tu :O
ternganga ko lin.
Nasib ko tak berapa baik hari ni,
Abang aku jangan nak happy happy sangat ye.
Meh sini nak share jugak.
Baru beberapa minit abg aku pedajal bini dia.


Abang aku plak tercampak dari pelampung masa main gelongsor air ni.
Wkakakaa...semua org pelik pelampung siapa yg jalan dulu tu.,
Semua tak percaya tu pelampung abang aku.
Paling WIN tu. 
boleh plak senyum senyum abang aku turun dari slide tu..
kahkahkah.paling rare setakat ni.
Bila dia turun semua gelak hokay!

Aku test jugak slide ni. 
Dia punya Extreme Xpayah cakap lah.
memang menakutkan.
Lagi berat badan korang, lagi laju.
seram woo..
tapi aku tak lah tercampak atau terlepas pelampung.
Cuma tercabut tudung aje masa nak turun dari pelampung
adeyyy!. Laju betul.

FAMILY RAFT SLIDE

Slide yang ni kena naik sekurang2nya 3-4 org ahli.
Kalau lebih dari 5 tak akan balance.
Kami naik berempat.
Seramnyaaaaa..
Naik tangga punya tinggi.
Game ni paling terlajak laris.
Beratur paling lama.
Kalau org lain main benda ni lalu dekat lantai slide.
Kami naik jadi lain ok.
Laluan kami kat dinding dinding slide.
Merisaukan betul.
Macam naik tikar terbang.
Terhentak lagi punggung adoi.
Kakak ipar aku yg tak naik tu bgtau.
nampak dari bwh pelampung kitaorg 
macam nak terkeluar dari slide.
gila punya game.
sumpah lah aku tak nak naik lagi.
menakutkan.!!!
nak naik ni kena ada insurans anak bini.
Seram makk nyah!!!


Time ni dah rasa lega dah.
sebab dah sampai bawah.
rasa tertinggal jantung aku kat atas tadi tu.
Maybe sebab tak bertutup tu yg rasa seram gileee.


Nak turun dari bendalah ni pun satu kesukaran bagi aku haha.
Nyampah betul. tak nak naik lagi. Menakutkan.
Tapi aku bangga sebab aku berani naik menatang kuning bulat ni.
semua slide kat taman tema air ni aku dah mencuba.


BODY SLIDE WATER

Gayat gila.
 Slide ni. terbuka. bro yg jaga tu kata. tu selamat dan slow.
ye lah tu. aku try macam Xselamat je.
rasanya nyawaku dihujung dinding slide jugak. 
Tungang terbalik aku.
sampai kolam bawah aje.
tergelam timbul aku.
dalam nak mampus. kaki tak jejak pun.
Tak ready utk berenang sbb terlalu laju dari slide tu.


Ini gambaran slide tu ye.
Ade bran??


Slide big Ice cream tu kami Xboleh main sebab ada limit berat.
Tak silap dari 35kg-85kg aje.
utk 4 org saje.
yang selim melim boleh try lah.
rasanya ni lah game paling tertinggi dari game yg lain.

setiap game korang nak main.
semua kena naik tangga setinggi 30 meter ye,
naik tangga je kaki aku dah cramp.
belum slide lagi. jantung aku sekali cramp
*Sigh*

High speed slide aku tak berani nak mencuba.
Terlalu tinggi dan terlalu gayat aku nak mencuba.
yg try slide tu semua badan slim2 je.
aku ni kalau try mau kepagar depan tu melekatnya.

Banyak2 game aku main.
Game ni aku paling suka.

WAHAHA


3X dilepaskan ombak.
kat sini syok kalau hanya bergantung pada pelampung.
terasa mcm banjir tsunami.
mmg syok gila la.
tapi X extreme lah.
bagus utk org2 yg mcm kakak ipar aku hehee
beli tiket RM43 utk main ni aje.
Hahaha.

syoknya waterworld ni.
setiap pembelian tiket ada set lunch+drink.
sunway lagoon pun takdo.!
makanan dlm ni mahal gilos.
Kelebihan Sunway ade water dispenser.
kat sini jgn korang harapkan begitu ye.
memang Xakan jumpa.
hanya jumpa
Mineral water 750ml tu RM3.50
bygkanlah betapa kayanya aku saat ini 
Mineral aje wey.
Sakit kepala aku!

Cornetto kat luar RM2.50-RM3.00 tp tu kat luar,
Kat dalam ni RM5 ye habang hakak!
takde yg murah disini.
jd pandai2 lah nak hidup.
set lunch tu pun hanya boleh ambil
12.30tgh hari- 4pm je.
beratur kemain panjang lagi.
bertabah lah.

Dari jam 10pg-2.30pm selesai di Water world.
Nak sambung kat page lain plak. utk safari hehe.
ke page lain kita ye.