Saturday, July 9, 2016

RAYA KE KE-4


Happy Sabtu day.
Hah. semalam Off raya. Hari ini sambung semula.
Memandangkan abang aku dah habis beraya di Kampung Wife dia di Muar.
Turn balik Nilai pulak.
Plan adik beradik nak beraya rumah pakcik makcik sebelah Ayah pulak.
Kat Beranang, Selangor.

Memandangkan Pakngah tinggal kat Pedas, Rembau. Negeri Sembilan
Kami bermula dari sana.
Abang aku dan family dia pun dari Muar terus ke Rembau.

Aku suggest kat abang aku jumpa kat somewhere area.
bukan apa takut dorang tak jumpa simpang je.
korang kan selalu lupa hehe.

Tapi kata kakak ipar aku, "Abang kata dia ingat"
okes. Kami jalan dulu, Jumpa kat rumah pakngah.
Punya lah baik punya anak buah.
no fon pak ngah pun aku Xsave.
nasib no anak-anak dia ada.
kalau tak kitaprg dtg memang orang takde kat rumahlah.
Mak ngah pak ngah pergi kenduri.
eksaited betul ek raya ke 4 dah buat kenduri kendara.
Kami sampai sana pun around 12.15 tgh ari,
padehal janji 12.30 tu.
Advance timing hehe.

Sampai2 je memang takde org kat rumah.
sambil-sambil menunggu tu.
usha orang keliling.
line clear je
aku dengan kakak aku apa lagi
"Selfie"
Virus selfie yang melanda bagi semua org dihari raya.
Nak bergambar ala ala suasana kampung je.
budak bandar kan.
Aku belanje gambar possing di raya ke 4 ni untuk korang haha.





Sementara tunggu pak ngah, makgah dan family abg aku.
Kita borak sambil selfie.
syoknya suasana kampung wey.
nyaman je. terasa macam aku duduk kampung dulu.

Abg aku sesat? adoii kata tau jalan.
Nasib Line Maxis kuat send Location kat Whatsapp.
Kalau tak korang pusing2 lah cari lorong kampung mincing lama tu haha.

Anak sulung pak ngah dan wife dia rupanya pegi
kedai beli something nak masak utk kami,
buat susah-susah je korang kan.
15 minit kemudian family abang aku pun sampai.

Yeayy ajiq! Rindu ajiq! Ensem der dgn baju melayu dia tu.
Songkok ada tapi ntah tercampak mana ntah.
Ajiq dpt geng dgn abg putra. Cucu pakngah.
rasa masa dah besar je kawan dengan abang abang.
comel haha. dedua comel.

Pakngah dgn makngah balik je.
 Kami makan makan,
borak borak then balik.
Eh X balik lagi.
Singgah kg Seperi, Pedas ada open house kawan sekolah abang aku.
Masa pegi tu nampak orait je tak sesat abg aku tu.
So kami balik dari open house tu tak konvoi. Asing2 

sempat singgah kedai runcit beli listerin utk kakak aku.
Raya raya sakit gigi memang tak syok.
lama jugak berhenti.
abang aku dah jalan dulu.
tapi pelik. ntah bila tetiba ada kat belakang kereta kami.
Aikk...Macam mana pulak tu. Magik! haha
Rupanya dia salah simpang.
Konvoi jugak lah nampaknya ke highway.
Aku dh biasa dah rembau tu.
selalu ikut parents balik sana.
Eh balik sana? kampung sana? eh tak lah.
Cousin aku ramai kat rembau. hehe.

Otw nak balik ke arah Nilai.
Kakak aku sakit gigit berdenyut2.
katanya suruh Wasap abg aku berhenti kat RNR
 suruh aku naik kete dia beraya kat beranang..
Akak aku nak balik rumah. Sekali tu boleh pulak jem seremban ke KL.
Masuk simpang seremban ikut jalan Labu.
Acaner nak tukar ketenya. kalau tak sampai RNR lagi.
tanya tu pun boleh marah marah.
Org sakit gigi kan semua org nak dimarah eh..
adehhh...

Mesej abg aku suruh amik kat Nilai.
Balik rumah dulu.
Aku agak dah kalau balik rumah dulu memang takdenya lah nak pegi cepat.
sempat memasing membuta dulu.
kehkehkehkehkeh,
dalam pukul 4pm gerak ke Beranang.
ajiq nak collect duit raya. :)
Sampai beranang around 5pm.
Rumah Maklang+Maklong+Pak itam.
3 rumah wajib bil hari raya.
Senja2 baru balik. nasib sempat solat kat rumah.
Fuhhh penat beraya.

No comments:

Search