KUALA LUMPUR KE JOHOR BAHRU

Sabtu 16 DEC 2017

Alhamdulillah , tak tau nak cakap apa . Lan akhirnya ke peringkat FINAL .
Memang betulah REZEKI tak pernah salah alamat . 
Rezeki Lan KeFinal  bermakna Rezeki kami sekali dapat tengok FINAL Gegar Vaganza 4 . 
Bukan kat KL tapi di Johor Bahru . 

Teruja tu memang tak tau nak cakap apalah .
Sabtu petang aku dah sampai kt rumah Admin Lkrangers . Kak nyza (Cheras). Aku macam biasalah Nak short cost menumpang rumah dia je . Terima kasih kak nyza . Bukan final je . sejak GV4 berlangsung 2x jugak aku menumpang bermalam kat rumah dia . 
Segan sebenarnya . Tapi pikir2 balik . Dah memang takde transport dah . Kak Nyza pun dah offer kan . Terima je lah . kehkehkeh .

Sebelah malam kitaorg pakat2 jumpa dengan geng2 Lkrangers penang dan kedah . Kesanggupan dorang turun dari Utara tu buat aku rasa sangat KAGUM dan TERHARU . Dari GV minggu pertama , ketiga , kelima , ke 7 dan ke8 dorang berkorban turun bagi komitment sebagai LKRANGERS yang Havoc . Terbaik betul dorang .

Malam tu malam kami borak2 dan mungkin malam perpisahan jugak . yerlah hampir 8 minggu kot berhempas pulas memberikan sepenuh sokongan pada LAN di pentas GV . 
malam tu jugak preparation terakhir Admin2 untuk ke JB .

Hampir jam 4 pagi lah admin admin LKrangers baru dapat tidur , semata nak siapkan Banner dan fans board untuk Konsert Final . Masa tu jugak lah kitaorg perlengkapkan hadiah2 untuk aktiviti bersama LKrangers didalam Bas . Saje wujudkan aktiviti ini supaya terisi masa dan mengeratkan silaturahim antara Team LKRANGERS . 

Dalam sibuk2 bungkus hadiah . tetiba teringat 2 hadiah tak beli . hahaa . 11.30 malam dah woiii . nak beli hamper utk baby newborn . Nasib ler ada Admin ASMIDAR . Terkejar2 ke Tesco beli Hamper BABY . kami yang tinggal ni siapkan ler apa yang masih belum siap . GIGIH Asmidar tu ye . masa 11.30 malam pulak baru teringat kan . hahaha .
Alhamdulillah semuanya sempat kami selesaikan . Cuma nak tunggu esoknya .

AHAD 17 DEC 2017

Iaitu harini hah . jam 6 pagi memasing dah bangun . 
Cer kiralah berapa jam je kitaorg tido ??? 
Terkejar2 amik food breakfast untuk team LKRANGERS bersarapan dalam bas .
gedeakk gedubushh .
jam 8 lebih dah kena get ready ke Check Point Bas kami .
Kat Giant Cheras .

Alhamdulillah . Team Kami ni boleh berikan komitment yang baik dari segi ketepatan MASA . jam 9 pagi kami gerak ke JB . Perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam . Termasuk berhenti ke toilet .
Banyak aktiviti yang kami susun semasa didalam bas . 

Karaoke
Kuiz 
Anugerah
Couple Meletop 
Kunyit Meletop
Fans Paling Sporting








Comments