yeay harini , hari yang aku tunggu tunggu . punya lah lama aku simpan rahsia ni . 2 minggu oii jaga mulut semata nak simpan rahsia dari peminat Lan kristal . Lan terpilih masuk Gegar Vaganza musim ke 4 .

Memula PA LAN cakap suruh aku cari 20 orang peminat . siap mintak amik saiz tshirt bagai . konon lan ada launching album . masa ni dah tertanya tanya . Solo ke ? atau dengan Kristal . Takkan solo sebab Lan masih bersama KRISTAL . tunggu punya tunggu lepas 2 3 minggu baru aku dapat tahu hal sebenar . Hampehh betul aku kena kelentong hidup2 haha . tapi takpe aku still rasa gembira sebab lan masuk Gegar Vaganza . Padan ler lan bagi hint "Aimi ,Ko mesti suka pasal hal ni" . Hahaha . lepas aku dengan kak nyza dah tahu kami kena kunci mulut 2 minggu pulak dari kawan kawan yang lain . ok sengsaranya lah . teruja wey nak kongsi dengan dorang . Tapi ini dah masuk dalam kontrak astro . jadi secara tak langsung aku dan kak nyza kena tutup mulut jugak lah . Buat macam tak ada apa .

sebelum aku tahu pasal hal ni . Lan Kristal & sheila dah siap bagitahu . Ko dengan nyza boleh jadi admin tak? serius lah korang kami jadi admin . Kami takde pengalaman kot . tertanya jugak kepada tak amik yana . Dia kan admin Kristalovers . Lan bagi alasan . Yana handle Kristalovers . Tak boleh campur . okey aku terima tapi awal2 aku dah cakap . kalau nampak aku tak boleh sila tukar orang lain . Jadi admin ni bukan senang . komitment 100% . Masalah aku ni jauh dan kerja . hah begitu ...


Comments