Sunday, February 12, 2017

SISTASOUL TEAM & BIRTHDAY DIYANA

Sistasoul hang out. 
Plan dah sebulan. 
Kebiasaan kalau plan plan ni tak akan menjadi.
Jenis aku last minit baru betul betul jadi.
Harap sangat menjadi.

Sebab kali ni cukup korum sistasoul.
Aku keluar rumah pukul 10 pagi.

Konon nak amik diyana pukul 10 pagi.
Ceh. Janji melayu kan.
Sempat singgah petrol pam isi minyak.
Isi angin tayar dgn isi topup touch n go lagi.
Kali ni aku ke putrajaya drive sendiri dgn kembara merah.
Sebelum aku pick up diyana kat rumah dia.
Singgah kedai kek kat taman Desa Cempaka. 
Sangat berharap kedai tu bukak pukul 10 pagi.

Secret resepi open pukul 10.30pagi.
Nak ambil diyana 10.30 pagi plak.
Alhamdullilah. Open pun kedai tu. Ngam ngam sampai baru open.

Tanda harga pun belum sempat diplay aku dah tercongok dpn kedai. 
Dlm masa 10 minit aku main tangkap je mana kek aku rasa sesuai.
Memula nak beli sepotong je. Tapi tak kan lah sepotong je.
Yg lain pun mesti nak jugak. Tak kan besday gurl je yg makan kan.
So beli lah yg besar harga RM35. Tapi aku dpt diskaun hehe. Katanya aku customer paling awal.
Macam perli je plak kahkahkah. 
Dah beli kek rushing pick up diyana plak kat JATI.
Aku sampai je dah 10.39am.
Aduii. Nak bg alasan apa ni. Nasib dia ok . Fuhh..



Kami terus gerak ke Ioi mall ikut Highway.

Nilai ni kalau arah ke IOI tu dlm 20minit je sampai.
Kalau ikut salak tinggi kota warisan dan dengkil tu
ambil masa 45minit jugak.
Kami plan awal nak pergi ke Ayer 8, Putrajaya.

Tapi di ubah ke IoI putrajaya sebab kak mas kena angkut anak jagaan dia.
Kak mas kan baby sitter sekarang. Hehe.
Jadi pilihan kita yang sesuai utk kanak kanak bwh 4 tahun ke shopping mall je lah. 
Masing masing sampai ioi mall jam 11.30 pagi.
Ada yg baru sampai car park.
Ada yg belum. Biasalah konvoi kan.
Aku sampai je dgn diyana terus ke Boat Noodles.
Kim ngidam boat noodles.
Dapat meja panjang kat boat noodles utk 7 org. 
Maybe today luck kami.
Kami tunggu dari kinrara sampai. Dalam 15 minit menunggu jugak lah.
Aikk tak de marissa? jadi kita boleh melepak ayer 8 la nanti.



Yummy. Boat noodles. Macam biasalah. Aku akan order apa yg yana order.
Sebab sampai skrg aku still tak tau menu2nya.
Aku memang sgt addict dgn boat noodles.
Yg aku tahu dia pilih sure sedap. Makan kat sini xde istilah malu.

Sebab memang konsep boat noodles makan
dan mangkuk akan bertingkat tingkat.




Kuantiti dalam semangkuk celah gigi je. Tapi kuah memang sedap.
Semalam siap ada yg repeat lagi.
Boat noodles ni semua okey sedap tapi time nak repeat bg kertas order kat waiter. Adehh..macam marah je waiter tu kat aku. Haha. Alaa..bro.
Pagi lagi tak kan bateri dah komdem. Dah kuantiti sikit sangat. Meja pun bkn besar sgt. 



Lepas makan kami ronda ronda ioi.
Ronda ronda je.





Tak membeli sangat
bukan keperluan kan haha.
Cuci mata. Cuci poket lain kali.
Kehkehkeh.
Dah penat pusing ioi dalam 1.30pm macam tu.
kami nak terus ke Ayer 8.
Konon janji nak jumpa kat round about.
Kim, kak mas dan anak2 dah pergi dulu.
Time tu lah nak pegi toilet.
Elena melambatkan perjalanan. Time tu lah nak beli mineral.
Aku yg tunggu kat luar toilet asyik ingatkan dorang.
Kim dan kak mas sila marah meii ye. Dah lambat ni nanti dorang tunggu lama.
hahaha
Eleena gelak2 je dia. Bukan salah aku tau lambat.
Salah eleena
10 minit macam tu sampai ayer 8.

Untung kak mas dapat park betul betul depan kedai.
Selalu sekitar situ full parking. 



Kami yang sampai kemudian ni.

Turun lah bawah terus ke basikal2 berhias tu.
Ingat dorang dah turun bawah.
Jenuh kena naik turun tangga ni.
Rupanya dekat atas lagi.
Mana ada birthdy girl bwk kek sendiri. Eleena siap cakap kat aku.
Diyana siap kena pegang kek sendiri plak tu.
Habis macam mana tak tau.
Tak seprise lah kak aimi kalau birthday girl dah tau. Dah dia naik kete dgn aku.
Kan dah banyak kantoi.
Lps tu dia bawak ke hulu kehilir kek tu dalam ioi. Konon nak makan kat boat noodles lah kek tu. Last2 makan kat taman.
Kena carefully gila bawak kek.
Lagi cantik. Birthday girl plak tu pegi hantar balik keke tu kat kereta aku. Sebab susah nak jalan dlm ioi bwk kek. Haha. 
Jumpa dah kak mas anak2 dan kim dpn marry brown.

Siap turun bawah then naik atas balik Sebab kat bawah panas.
Pegi depan marry brown balik. 
Celebrate situ je. Haha. 
Takde keje turun naik tangga. Work out sblm makan kek haha.







Kami buat2 tak malu je sambut besday kat situ. 
Tgk line clear je. Siap nyanyi lagi tau. Hehe. 









Happy birthday diyana. May allah swt bless you and your life. 
Your health and happy always tau!. 





Nampak kegembiraan birthday girl nampak kek pelangi dia tu haha.
potong kek. makan kek.






Eleena pun siap bawak kek jugak.

Indulgence secret resepi tu.



Walaupun sepotong tapi harga makan 8 hengget jugak tuh.

kami makan sama-sama dgn gembiranya haha





lepas makan masing masing nak hapuskan lemak kek tadi.
berbasikal lah kita.
penat lahai. ade plak yang tak kayuh tuh.
dah lah takde gear.





beskal rupa kereta ni boleh naik 7 orang tau.
harga RM35. 2 hala je. lebih kurang 300 meter pegi 300 meter balik.
sebenarnya mahal. dulu kat taman tamadun islam kuala terengganu harga RM35 pusing 
taman tamadun tu sampai pitam. yang ni lahai...




selengkok dua je.
tapi cukup lah bagi korang jenis malas nak kayuh tu. 
sebab memang penat sebenarnya.
Makan kek sudah.
berbasikal sudah. lepak lepak tepi tasik.
sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa.









Alhamdulilah cuaca agak redup berbanding dtg dgn haziq aritu.
Birthday girl belanja eskerim.
Thanks diyana.






Aku telah pun dengan jayanya merosakkan diet aku arini.
demi mu diyana haha.
Tgh hari boat noodles 3 cup+green tea blended+kek pelangi+eskerim. 
perghh dasat punya KM aku kena buat esok ni.

paling kurang 12km kena cover balik haha.
dah boring lepak lepak.
possing possing ala ala model tepi tasik
anak kak mas pun dah abis main bubble baloon.
sepakat nak lepak minum pulak.
tgk minum pulak.
ini bukan sekadar minum je ni.
Singgah Marry brown
mereka makan lagi.






Bahaya betul hahaa..
Aku order lah kentang goreng saiz kecik.

budget lah kot tak gemuk ahaha.
banyak melantak dah wey.

risau risau.
Sepanjang seharian kat putrajaya tu fikiran aku tak berapa tenang.
sebab pelik mana pgi RM200 aku.
Hilang ke atau salah letak,
dalam dompet cukup-cukup ada RM100 je.
mana lagi RM200.
sepanjang hari fikiran terkenang duit tu haha.
masing masing dah penat,





pakat nak balik dah.

sebelum balik sempat hantar kim ke petrol pam kat Presint 8.
meter minyak berkelip katanya
aku tak tau sangat area situ,
nasib lah diyana dah pro sekitar situ.
kalau tak bertolak kete korang balik puchong tu.

kami bersurai kat petrol pam.
dan kami balik dengan haluan masing2 haha.
haluan? laluan lah. haha.
Aku dengan diyana satu kereta balik ke NILAI.
Nasib belum jem teruk kat dengkil.
biasa jem tahap gaban.
after 40 minit sampai NILAI.
sebelum aku balik sarang aku.
hantar Diyana balik sarang dia dulu.
dah amik anak org kena pulangkan balik.
Aku sampai rumah 10minit selepas hantar diyana.
masuk bilik tgk duit aku RM200 tu melambai lambai je atas almari.
Jilake betul!

video

No comments:

Search