Sunday, December 25, 2016

RONDA MALAM KRISMAS

DATING time.
Dengan cara kami keluar berdua boleh tenangkan fikiran kami.
biasalah aku dah tak ramai kawan yang single mingle macam aku ni.
ada adik angkat ni pun dah cukup buat aku sentiasa di hargai. cewahhh.


Kami jalan jalan malam Krismas.
Salji takde tapi hujan renyai renyai ada.
Cantik dan meriah suasana kat sini.
walaupun bumi di hujani gerimis malam.

Makin hujan makin ramai.
maybe dorang rasa sama macam kami
hiburan malam minggu.
bawak keluarga berhibur dgn cara mereka.
korang nak bawak family dan anak anak kesini amatlah sesuai.
Parking pun banyak.
Game utk anak anak pun banyak.
aku dah bawak anak buat kesini
kali ni bawak adik adik plak lah.


Kat Entrance korang dah boleh nampak dinasour tu.
bukan kecik ye. sangat lah besar.
agak kalau kena pijak sure arwah.
tapi hanya kepala dia aje bergerak ke kanan dan kiri.
memerhati dari atas kot.
dan dianasour tu bisu kot. takde bunyi pun.
 tak pun dinasour pemalu. senyap je.
mungkin jugak spesis dinasour senyap haha.
 sebelah kanan hujung kat lot parking ada "Optimus prime"
Tinggi betul. teruja tengok. tapi kat area dada robot tu je apa tah benda pusing2 tu. yang lain kaku.


Bumble Bee, megatron, starscream,ironhide,Berricade dan yang lain-lain semua tak duduk bumi. Hanya Optimus Prime je membatu disitu. kot ada yang lain2 gempaq jugak kot.
lepas ni ada kot filem transformers shooting kat Malaysia. Lokasi utama Bazar sentral Nilai 3. kehkehkeh. merapu lebih lah aku kan.


Dah puas jalan-jalan sana sini. jalan jalan cari makan pulak lah.
korang kot sesat dan lapar boleh cari adik manis pakai shawl kuning tu.
Rojak buah dia dengan laksa dia sangat superb.
Harga pun berbaloi.

lagi berbaloi makan panas2 laksa tu.
Land mark kedai sebelah blkg transformers tadi tu je.
sebelah brader jual SATAR.
Korang harus Cuba. Tapi harus ingatlah. Bazar ni setiap hari sabtu dan ahad je. diulang kembali sabtu dan ahad je. hari lain memang tak bukak.

video

Ni di antara robot robot yang wujud kat bazar sentral. 

 sebelum balik kita possing dengan budak lampu ni.
kat sini lebih kurang MINI ICITY lah.
Start buka 5pm-11mlm.

Kalau pegi sini jangan lupa masuk dalam Mall bazar sentral.
Amik gambar. Dinding, Atap. syiling semua 3D.
Sekian sampai disini saje.
Balik tido.
Hujan masih renyai,

No comments:

Search