Saturday, December 10, 2016

MOVIE TIME


Walaupun kami ada perbezaan umur,
Tapi kami mempunyai minat yang sama.
Kami suka
GENRE MUZIK YANG SAMA
BERMAIN ALAT MUZIK
MOVIE
PHOTOSHOOT
MAKAN MAKAN
JALAN JALAN
HIKING
TALKING
LAUGHING
Boleh dikatakan memang banyak persamaan.

Kekadang sampai time sengal dia ni
memang boleh bikin aku pusing jugak.
i loved her attitude <3
dah aku tak nak puji dia sangat.
kang kembang seperiuk pulak.

Harini hari hang out sedunia.
base on planning aku nak pergi Karnival MAHA.
Aku dah siap siap nak keluar tapi terpaksa Cancel
Adalah reason yang kukuh.
Aku bangun pagi siap2 tapi duduk rumah.
Dah terbiasa dah macam ni. Haha
Dah tak keluar,
Jadi aku decide nak duduk rumah layan mata.
Tapi tetiba dapat whatsapp.



Tetiba bersemangat nak keluar balik.
Aku dah siap siap terus mintak bapak aku hantar ke KTM Nilai.
Eleena Pick Up aku kat LRT rumah dia.
Aku dari Nilai-Bandar Tasik Selatan Naik Komuter
Dari Bandar Tasik Selatan ke LRT tu Naik MRT.
Lebih kurang Sejam jugak perjalanan tu.
Gagah nak keluar punya pasal kan.

Around 12tengah hari sampai kat LRT tu.
Mak dia ajak kita singgah makan dulu kat rumah.
Haha. Aku ni sebenarnya adalah dalam keadaan SEGAN. :P
Takpe slumber je lah. Baru macho. Bhabhabha.

Nak berkawan dengan anak orang kena kenal Family dia jugak.
Adey...dah macam Bercinta pulak. No no.!
In case apa apa senang sebenarnya.
Baik parents dia, Adik beradik dia,
ipar duai dia semua baik baik orangnya.
Sedap makcik masak,
Bermula lah detik leburnya sebuah "Perjalanan Diet"

Konsep persahabatan Kami
"Lepak,Makan,Laughing,Makan, Talking, Makan"
Konsep ni tak akan berubah sampai bila bila.
Ni baru makan kat rumah dia,
Belum makan lepas MOVIE kang, Ayoyo.

Dia Drive! mak oiii, laju laju nak pergi mana?
Ioi puchong je pun.

Sampai-sampai je terus beli tiket wayang,






FILEM DESOLASI





Lepas tu makan,
Yes makan!
tu baru kudap kudap mesra belum makan yang heavy lagi.
Dia makan Sushi, Aku konon nak maintain balik lah diet tu,
Terbeli dan termakan Waffle.
flavor Coklat dgn peanut pulak tu.
Dekat mana nak dietnya tu?
Hancuss!!

Movie time 1.45pm
Actually, 1 year kot dah tak tengok wayang ni.
Biasa tengok kat Astro First je lah.
Sebab takde geng terdekat nak layan Movie melayu ni.
Kakak aku plak jenis "English Movie addict"

memang payah nak ajak berMalay movie ni.



Harini eleena tengok Movie "Paklang" dia berlakon.
Menampilkan Syamsul yusof (watak Aiman) sebagai pelakon Utama.
Filem ni mengenai seorang remaja yang nak hidup dalam dunia dia sendiri. Jenis tak nak masalah yang belenggu kehidupan dia. Sampai dia nak semua orang kat dunia ni lenyap. Nak duduk kat dunia sorang-sorang.(KL tanpa Manusia).

Dalam cerita ni (Watak Aiman) bawak 2 watak dalam satu cerita. Berikteraksi dengan dunia yang nyata dan satu lagi boleh berikteraksi dengan alam Roh.
Filem ni bukan filem kosong-kosong. Walaupun nampak sikit tahyul. tapi ada moral of story nya. Pengarah cukup bijak mendidik penonton dengan dakwah Fiem ni. korang mesti pergi tengok. Belum ada lagi kot pengarah Muda macam Syafiq Yusof gunakan hampir keseluruhan cerita dengan Teknik CGI. macam real kot.

Pelakon-pelakon pun Star star okay!
Selain pelakon utama, Ada Bella dally (heroin filem ni) Jalaluddin Hassan (Supporting Actor), Aida Khalida, Pekin Ibrahim, Jacky kam, C.Kumaresan & Siraj Alsagoff.
Durasi filem lebih kurang 1 jam 45 minit.
Filem ni filem Fiksyen Malaysia :)

Pemulaan cerita agak mendatar sebab nak cipta persoalan. sampai aku sendiri agak blur. tertanya tanya cerita apa ni. Tapi the end dia memang terbaik. segala persoalan aku terjawab di akhir cerita.
Hot dialog yang aku suka
mendalam maknanya.


"Adakah kita solat sebab 'nak sesuatu' dari Allah, atau sebab Allah memang 'berhak' disembah?"


"Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir"



"Kebahagiaan yang sebenar adalah di syurga"



habis movie kami makan lagi....
Kan aku dah cakap tadi.
Teras persahabatan kami adalah MAKAN.
tadi konon nak ulang sushi.
Tapi macam nampak Pizza Hut.
Habis lah hahaa.

Tak payah nak fikir banyak.
Aku memang makan Pizza harini dengan eleena.
Hancur berkecai diet aku dan Iman aku.
Hahaha

1 cup of mushroom soup with garlic bread
&
3 slice of pizza.

erkkk
EAT CLEAN sesat tak jumpa aku.
HAHAHA.

Dah makan means dah kenyang.
Dah kenyang hari dah petang,
Hari dah petang aku kena pulang,
Kita jumpa lagi akan datang

Terima kasih awak bawak kita jalan jalan, Belanja pop corn
nanti kita teruskan legasi makan-makan ni dengan
dua org kakak yang selalu sibuk tu pulak ok!

AKU MAHU PULANG!
















































































































































































































































No comments: