UJIAN DAN TAKDIR

Kakak aku Admitted warded.
genap 14 hari kena jaga dia kat hospital.
memang asyik ulang alik hospital je lah keje aku.

4 hari pertama kena ulang alik Nilai-Seremban.
lepas tu tak mampu dah.
walaupun dekat tapi selalu sangat ulang alik jadi extra penat.
jadi kitaorg sewa hotel budget sekitar hospital.
 Walaupun budget Hotel. Syukur Alhamdulilah masih selesa.

Dari pengesahan Doktor kakak aku sah
menghidap penyakit Buah Pinggang yang kronik.
Buah pinggang dia rosak teruk. kedua-duanya mengecut.
Kami agak terkejut dengan pengesahan dari doktor.
sebab sebelum ni tiada apa tanda-tanda atau simptom dari penyakit ni.
sentiasa sihat. tapi dah takdir akak aku kot nak kena.

Dalam keluarga dan salasilah keluarga kami
memang tiada penyakit berkaitan buah pinggang. kami redha.
Walaupun pada mulanya susah nak terima hakikat ini.
terutama kakak aku lah.
Dia terpaksa berdepan dengan penyakit ini seumur hidup dia.
Air mata menitis tak dapat dibendung.
Aku masih terfikirkan kehidupan dia masa hadapan.
Aku akan membantu sedaya kudrat aku.

macam-macam terjadi pada dia kat hospital.
aku terpaksa hide. Aku anggap ini satu pengajaran pada aku jugak.
Pengajaran untuk menjaga kesihatan diri.

Tak boleh ambil ringan bab kesihatan diri.

Punca utama doktor mengesahkan akak aku
 kerap mengambil Ubat gaout dan ubat tahan sakit "PainKiller".
Dari penjelasan doktor,
Ubat ini memang mampu merosakkan
buah pinggang dalam tempoh sepanjang pengambilan ubat yang kerap.
Pembunuh senyap-senyap.

Punca lain. Suplement-suplement yang di ambil.
Kepada korang jadikan ini sebagai Iktibar.
Kita kena bijak memilih untuk diri dan nyawa kita.
Jangan ambil mudah.

Jangan percaya kalau tidak ada Testimoni yang sah.
Penyakit macam ini lambat menunjukkan kesan,
Tapi kalau dah tau agak terlambat untuk mengubati.
Aku tak memperlekehkan produk2 org. tapi kita ada akal dan fikiran.

Boleh membuat pilihan untuk diri sendiri.
Jadi cuba elakkan.

Kakak aku memang sah "Dialisis Seumur Hidup"
Ya Allah sengsaranya tengok keadaan pesakit-pesakit buah pinggang.
Dialisis ini ada dua cara. satu Hemodalisis (cuci darah) dan satu lagi 
 Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (Cuci Air)
Kedua-dua itu tak mudah.



Hemodalisis 3 bulan pertama masukkan tiub di Leher
(Allahuakbar).
Selepas 3 bulan kena buat fistular (Masukkan tiub di Pelipat lenggan).
Kena buat pembedahan.
After 1 bulan baru boleh guna.
Cuci darah 3 kali seminggu selama 4 jam.


Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis pulak cuci guna air.
(Masukkan tiub di perut) Cuci 4 kali setiap hari. 
setiap kali selama 20 minit). 

Memang azab melihatnya.
Semoga kita semua di jauhkan dengan penyakit ini.
Tidak mampu berkata apa-apa.

Bagi keluarga yang mempunyai penyakit sebegini.
Adalah satu tanggungjawab sentiasa memberikan
 sokongan kepada pesakit supaya tidak
 merasa "Down" sentiasa memberi semangat.
 Insyallah pesakit akan dapat menerima kenyataan.

Semoga kakak aku dan pesakit-pesakit Buah pinggang
dipanjangkan umur dan tabah mengharungi kehidupan.

Comments