NILAI-PERLIS


28 MAY 2016

Dah lama tak berBlog. sebulan lebih dah kot.
Jadi selamat menulis bagi aku dan selamat membaca bagi korang.

Hari ni perjalanan yang Jauh aku dengan Family.
NILAI - PERLIS utk menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan sepupu aku
ANIS LIYANA BINTI ALIAS
6-7 Jam cam gitulah.
Tapi jadi lebih jauh bila Abah aku ni singgah-singah.
Sambil berjalan makan makan.

R&R
1st Singgah Dengkil utk Breakfast
2nd Singgah Tapah untuk Lunch
3rd Singgah Sungai Perak (hi-tea)

Dinner aku kat Kuala sepetang
Makan Mee Udang Mak Jah yang pemes sangat tuh.
ehh jupp..baru pasan mee udang yg pemes tu dkt area kg big bos lah.
Lan kristal..
Waahhh agak setiap kali dia balik kampung memang dia tarah mee udang je kot hehe


RM 9.50
udang ade 6 ekor semua Fresh fresh lagi..
nyum nyum.

malam sikit kami gerak ke Kedah plak.
Tapi punye lah full hotel sampai takde kekosongan.
erkk...
nak tak nak kena terus ke Perlis.
Mungkin rezeki dapat la satu hotel.


Metro In kat Arau.
budget hotel yang sangat selesa
harga pun RM 108 je.
berbaloi lah utk 1 malam.
lagipun pukul 2 pagi kot baru check in.

Kami tunggu kakak dan Family abg aku dari banting.
dorang jenis yg drive tanpa henti.
kalau bapak aku xder lah..
memang henti2 sampai aku rasa Utara tu mcm kat Sydney plak :P 

6pagi dorang sampai dah kuala perlis.
disebabkan pagi lagi.
kami still bermalas malasan nk berpisah dgn katil hotel.
jadi suruh mereka pegi ke KTH Homestay kat Mata ayer dulu.
Biar dorang check in dulu.


Aku dapat maklumat hometsay ni dari blog link ni 
kepada yang suka kepada suasana ala kampung.
tempat ni adalah pilihan yang tepat untuk korang

KTH Homestay dan cottage
ni best tau.
meh aku share gambaran sikit 


Ada pantry boleh masak

Mini swimming pool.

Bilik yang selesa+ada ekon+tv ade astro lagi.

Mesin basuh dan juga ampian baju disediakan.
semua tu RM70 okeys
berbaloi price dia bagi
siap dpt diskaun lagi RM20 hehe
T.kasih empunya homestay..
semoga murah rezeki

kat sini tempat nak cari makanan no problem.
kalau hari ahad ada pasar tani kat simpang nak masuk KTH ni.
slide sebelah Flyover je.
ada jugak kedai makanan berhampiran.
nak tahu lebih banyak INFO klik lah link aku bagi tadi.

Malam ni Majlis pernikahan sepupu aku, Anis dgn pasangan,Firdaus. 
Orang Mukah kau!!!
Jauh naw naw!!
rasa kali ni kali ke 4 kot aku sampai ke
rumah bakal pengantin ni.
dalam tempoh 10 tahun hehe.
Pakcik aku kawen dengan org Mata ayer perlis,
Maka ada lah sedara aku org Utagha.

Lepas isyak majlis bermula.
dinikahi oleh bapa pengantin sendiri.
iaitu pakcik aku "Alias bin Zamrose"
jangan tanya why nama atuk aku macam tu.
aku kan keturunan matsaleh sesat..puii..
hanya sekali lafaz firdaus sah sebagai suami kepada anis.
terharu,sayu,gumbira pun ade.
perasaan bercampur gaul.
tahniah anis.




29 MAY 2016

Si montel ni pun ada memeriahkan majlis.
lepas kesatu tangan ke tangan yg lain kena dukung kena gomol.
lain kali jgn nak comel sgt ye ajiq.

semua org geram dengan kau.
termasuk bapak pengantin.
semoga anis dapat anak secomel ajiq.
ajiq nak buat gefren nanti hehe.

Parents ajiq dari banting.
yang gelap tu abang aku.
hehe.
hye cousin baru, jaga my cousin elok2 ek.
semoga kekal ke jannah.
:)

tema dorang dusty pink.
ayoo kaler ape tu..
aku pakai purple
 same dengan khemah makan pun jadilah hehe
lawanya cousin aku.
sebelum ni selalu selebet sakai je kan.
aku keturunan comel2 sebenarnya saje low profile :)
haktuiii..


Kami family from selangor
semua ada kecuali family Pak itam & anak2 pak ngah & parents aku
mak usu aku nampak muka je. 
cer cari mana makusu aku hahaha
kesian...
aku dah abik ruang membesar kehkehkeh


 Dengan muka tak malunya aku & hakak aku.
kami makan kenduri 2x.
ape ade hal rumah saudara sendiri kan.
tetiba plak kawan kakak aku nak makan nasi minyak.
yes boleh.
tapi dia sampai 4.30pm.
melepak aku dari 12.30 sampai 4.30pm
sempat balik homestay kejap.
balik berak haha.
datang balik tak jugak sampai2.
padehal kuala perlis-mata ayer je 
20 minit tp aku kena tggu mcm
perak-perlis



InshAllah Anis takde aral melintang
Kita Jumpa di MUKAH september nanti.
majlis sebelah lelaki pulak









Comments