FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2015


Happy Happy.
Nk pegi Festival Belia Putrajaya.
Aku Xnak ketinggalan lah jugak
turun padang.
(Memang buat kat padang)
Memeriahkan lagi Festival yg setiap tahun mempunyai
Keistimewaan yang tersendiri.


Nilai-Putrajaya biasa mengambil masa 30 minit perjalanan aje.
Tapi, Nama pun Festival kan?
Jem Gilos!
Sejam jugak sangkut dalam jem.
Jem kat dengkil.
Kete byk lepas tu time tu plak nak korek2 jalan.
Tutup satu laluan tu yg jd jem tu.
Aku pegi Fest ni dengan Diana.
Dia lah yg sudi temankan aku kesana sini
setakat ini (Kikihkih)
Sampai Presint 4 (Dataran Gemilang)
Pukul 2.30pm macam tu.
Ngam2 sampai bateri hp plak ajak gaduh.
Grrrrr..
Dah lah tempat parking kete tu sejauh yg amat dari tapak FESTIVAL
Jenuh jugak berjalan kaki.
Banyak kali jugak aku tanya kat diana.
Dia okey ke? jalan kaki jauh?
dia sentiasa kata "Yana okey aje"
Sebab aku rasa aku tak okey sbb jauh kot.
Hahaha.
Aku park kat Taman Rekreasi Empangan.
Betul2 depan PICC.
dan tapak festival sekitar Jabatan Peguam Negara & Jabatan Komunikasi Malaysia
Fuhhh Jenuh berjalan kaki.
Takpe kasi badan sihat.
Sambil2 tu kita bergambar dulu.
ni 1st time kot aku jalan kaki nyeberang 
jambatan arah ke dataran gemilang tu.




Superwomen nk terbang! tapi berat kan..
jadi kita jalan aje lah haha



Adik manis ni pun nak jugak bergambar hah. 
Auucakk!


Aku pun tak tau apa sebenarnya yg best kat Pesta Belia ni.
Yg aku nampak mcm banyak game2 yg Extreme yg sememangnya aku tak kan boleh main.
Selain makan. 
Okay makan2 pun ade..
gerai berlambak..
Hokay nk gumpat sikit.
ade satu gerai tu dia jual sausage cheese sebatang RM6!
Tu diaaa....
aku rasa RM6 tu kalau beli yg belum masak boleh dpt sepaket woii..
"Chokek daghah boto lahaii"
Apa lagi ekk aku buat kat Festival belia ni? 
Auummm

Aku jumpa retis woo...
Retis ni kalau jumpa kat mana2 pun dia sentiasa low profile.
Anak bini dia semua low profile.
Padehal artis fofular hokay..
Kira fofular la sebab anak buah aku pun tau nyanyi
 lagu PASTI SEMPURNA versi pelat kan.


Retis ni gigih woo..dia bwk satu family dia berniaga kat sini. 
Jual Jubah dan kurta
Hijab dan lain-lain lagi.
Paneh2 pun dorang redah jugak.
aku gelarkan dia ni Makes Money artis hehe
sebab kegigihan tu dapat rumah yg awesome dan kereta yg best2 haha.
Salute.

Aku dtg menjenguk aje. Duit tak berapa nak ade haha
gaji 10hb baru keluar.
maka berjimat cermat lah den.
thanks lan kristal sudi bergambar walaupun saya tak membeli haha

Yeayy kami di sini. Ini bukti kami di FESTIVAL BELIA


Aku sibuk nak ambik gambar poster. 
dia sibuk nyibuk. tu yg muka nya gitu.
Kawan2 aku akan jd sengal bila aku shoot guna dlsr!
Hidup menjadi jadi dengan DLSR. lebih kurang mcm tu lah.




Aku pun nak jugak sebagai bukti.
Melecet2 jari kaki woiii berjalan..
kalau boleh berjalan guna tangan aku dah guna dah.




Nasib smart gambar ni.
takde keje dia pi snap aku punya belakang ni.
kengkang okay cara jalan tu.
bigfoot berjalan.
ini bukti jugak ni.
Bukti aku balik jalan kaki nak ke parking.
letih sungguh!

kami keluar hanya berdua,.
mula2 plan beramai
lepas tu tinggal berdua.
takpe kami faham!


Aku rasa macam banyak aktiviti kat FESTIVAL BELIA tu
tapi aku tak mampu nak follow semua.
Macam penat aje.
Aku tgk muka diana dah letih semacam.
Dengan sesat lagi.
Aku ikut jalan salah..
dia pun ikut jugak.
Sorry lah hakak confuse haha
ni kalau aku sorang aje mau sesat tak jumpa parking.
dah separuh perjalanan baru sedar salah jalan.
haha.
parking sblh utara.
aku pegi cari blah selatan memang tak jumpa lah wehh..
Bingai ke apa den ni?


Sebelum kitaorg balik. 
kitaorg sempat membazir kejap kat sini.
awesome gila lukisan encik PUTAT.
5 minit aje woiitt dah siap.
kalau aku org Lidi tu mampu lah haha.
Sekeping RM10
kalau kaler RM20
cun wehh...

Tengok lah gambar kitaorg..
Cun kan..
macam kembar pun hade.
haha



Pulang mari lah pulang mari lah pulang bersama sama!
time ni tgh stuck kat trafic light..
sempat possing dulu.
dah nama pun perempuan.
alah lelaki pun ramai macam ni gak haha
sweet sweet gitu.



Jari kaki ku sakit wooo
selamat tido!


Comments