Reunion Gaya 2015


24 APRIL 2015


Harini Aku kena follow parents pegi 
Gath Reunion Maktab dorang kat Hotel De Palma Shah Alam

Bukan aku nak pegi sangat pun.
Ayah yg ajak.
Nak kenalkan aku dengan kawan-kawan dia kot.
Gath sekolah aku pun aku jarang pegi haha
ni pun kira terpaksa jugak.
Sebab kena jadi Minah Photografer!
Nak gambar kenangan katanya.

Pendaftaran masuk utk ambil bilik dan daftar kehadiran
Jam 2ptg dewan tingkat 1.
tapi we all sampai 1.30pm.
Sempat singgah mapley dulu,
makan nasi lemak.
Lapar kot.
tengah hari plak kan.

pukul 2pm aku teman mak masuk utk penghantaran
Ayah aku sambung mengeteh.
Naik aje level 1 ada lah 3-4 org dah berada di meja pendaftaran.
Mak aku org pertama yg daftar kehadiran.
Yang lain belum sampai.
Eksaited bona dtg awl tu.


Disebabkan tak biasa dgn area De palma shah alam tu.
Aku siap beli maps woii kat kedai buku bg kat bapak aku.
Bapak aku mana nak percaya dengan GPS bagai ni.
Dia nak cara lama jugak.
Macam study Georafi pun ade aku rasa.
Cari koordinat segala haha.

Kalau sesat aku masih mampu hidup dengan maps kertas tu.
GPS pun boleh menangis tgk aku haha


Kami dapat aje bilik terus naik atas.
Otak aku pikir tido aje
Tapi 2 jam kemudian kena turun bawah pulak.
Kena Minum petang.
Bukan makan sangat pun,
Masa kami turun pun dah pukul 5pm.
Makanan  pun antara aku nampak dgn tak aje.

Mak aku makan tu xsangat tapi borak.
Chit chat chot dengan kawan lama tak jumpa dia.
Aku terabai kat sebelah. urmm

Golak sakan omak den. Sembang apo lak tu?
Abah den ni sibuk kek sembang pompuan napo lak tu.
Nak ngurat yg mana satu? haha

Parents aku duduk pulak sambung sembang.
Aimi sila buat hal sendiri ya.

Dia ke meja seterusnya plak.
YB Samsiah Ahmad ni haha
Tweet! nampak tak pakcik tu usha camera i uols! hehe
Ni pun geng2 mak aku kot
Veteren dah semua.
Aku pun rasa veteren plak dalam majlis minum petang ni.
Haha


Byk lagi Gambar tapi aku nak terus ke Jamuan makan malam pulak.

Lepas minum ptg ni we alls balik Bilik.
Otak aku still pikir pasal nak tido aje..
Sleepless sebab sehari sblm ni aku siapkan tempahan 
Kek yg bertimbunan.
No rest demi sesuap nasi.
Jadi kepala ingat bantal aje.
Aku balik bilik utk rest 2 jam 
sebelum Turun utk Dinner pulak.


Disebabkan mak aku di tugaskan jadi Emcee malam Dinner ni.
Aku kena temankan mak aku
Keluar awal dari bilik.
Agaknya apa perasaan jadi emcee depan seratus org tetamu?
Haha..kalau aku boleh pengsan kot.
Sbb jd Emcee ni kena pandai main bahasa.
Aku biasa perform aku nyanyi apa yg di hafal so biasa aje lah.
Salute lah kat mak aku ni..


Sebelum bermulanya majlisMak aku discussion dengan teman satu maktab dia.


Uncle ni umur sebaya bapak aku.
Tua dari mak aku setahun aje,
Memang sporting uncle ni.
Nama dia Jamaludin Kadir
Pernah menjadi pelakon satu ketika dulu.


Drama yg aku penah tgk dia belakon dulu
"Perempuan Isteri Dan ..."
"Yusuff-TV3"
"Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel""Astana Idaman"



Salah satu gambar yang dapat aku google,
Uncle ni sangat sporting dan Humble.
Aku pun segan jugak dengan dia sebenarnya haha
Tapi dia sangat okey.
Dia tau aku penyegan dia lah yg banyak tegur aku ajak borak.


Ok sambung cerita.
Uncle ni lah yg guide mak aku.
Time bila mak aku perlu bercakap dan stop.
Haha..syabas mak buat yg terbaik malam tu
Sampaikan aku pun takde geng nak borak 
nasib ler ada Henfon Berwhatsapp aje
keje aku dengan kakak ipar kau.
Kalau tak mati kutu jugak aku.


Dinner ni start dari 8.45 Malam sampai lah jam 11.30 malam.

Penat woo tahan mata.
Biasa aku ptg2 tido kali ni tak dapat.
Majlis Dinner Berakhir dgn Jayanya..
Makanan tu aku puji..Sedap!
Tapi tang bili aje lah aku kurang berkenan.
takpe lah itu biar aku aje yg tau haha.
Masuk bilik utk tdo jam 12 tgh malam.



25 APRIL 2015

Buat pertama kalinya bagi tahun 2015 aku
bangun seawal 5 pagi utk siap2 mandi bagai.
Check out pukul 8 pagi wehh..
Bekfest pukul 7 pagi..
Uwaaa aku ngantuk gila!
Bila dah Check out aku simpan beg dalam kereta aje,
settle bekfest semua siap2 naik bas nak pegi PUTRAJAYA.
Gelak kawan-kawan aku bila dorang tau aku melancong ke PUTRAJAYA
Ok gelak gelak.
Padehal tu lah tempat aku kena pegi atas urusan keje.
Ha-Ha-Ha
Rare punya trip.
Shah Alam-Putrajaya-Shah Alam-Nilai
Urmmm..


Takpe pengalaman kan.
Sekurang-kurangnya aku dapat naik Cruise FREE.
 lepas selesai naik Cruise yg bawa pusing satu tasik putrajaya tu.
Time utk Lunch plak.
Lunch kat rumah Pakcik Satibi.
Makk aiii besauuu umah dia..
Umah dia dekat aje dgn gate UITM shah alam tu.
Ternganga aku tgk rumah dia.
Besar gedabakk...
Atas bukit pulak tu.
Kayosss Gilosss!
Pakcik tu salah seorang Ex-Maktab Gaya jugak.
Batch senior dari bapak aku kot.
Tiang rumah dia pun dah sebesar pemeluk.
Tuan rumah Humble aje.
Salute!
Sebab terpegun sgt tu xsempat nak ambik gambar rumah 
Hahaha.


Lepas makan time utk balik hotel amik kereta masing2
tak sabar aku nak balik tido dengan aman.
tido kat bilik hotel tu lahaiii tak selesa sungguh.
pehal gatai2 pun xtau.
xkan ada sesemut plak...
urmm..

Ok habis..dah sampai rumah time utk tdo mati.












Comments