Monday, April 27, 2015

27 April 2015

Happy Monday!
Hari ni aku Cuti-Cuti malaysia.
Semata nak jumpa dengan "Bff" yg di sayangi hehe.
Plan nak meet ni dah berbulan bulan,
 berminggu minggu,
 berhari hari,
 berjam jam,
 berminit minit,
 tapi last last hampa.
Janji melayu kan.

So hari ni kira hari menjadi lah,
27 April tarikh Keramat haha
Plan dulu nak pegi "Mid valley" tapi dah muak kan?
Sumpah muak dengan Mid tu.
Dari zaman sekolah
bawak ke zaman kolej
sampai zaman bekeje
situ aje tempat berlonggok time Weekends.
So cari kelainan katanya,
Nak meet kat IOI putrajaya pulak.
Hokay! Aku suka sebab dekat dengan Rumah aku,
Boleh Drive sendiri.
Jimat tenaga haha.

Sehari sebelum tanya jugak pada Eleena dan kimy tau ke jalan pegi IOI?
Mereka like as Confident level
macam menyakinkan
jadi,aku tak lah amik port sgt dorang sesat ke tak.

Aku gerak keluar dari rumah pukul 9.45pagi.
Sebelum tu aku memang keluar
hantar Mak dan hantar menu sarapan pagi kat Masjid.
Pukul 10 Pick up Eila kat taman depan taman perumah aku.
Nilai Perdana.
Sekali lalu aje. 
Apa salahnya ambik sekali kan,
Kesian plak kat yana dari Desa jati
kena pulak pusing2 amik Eila kat Nilai perdana .
Dah lah sblm ni penah eksiden kat roundabout
Hampir dgn rumah kitaorg tu. 
Risau gak dengan budak montel tu haha.


Lepas amik Eila.
 Amik plak Yana yang dah sedia ada depan Nandos Giant Nilai.
Gerak dari sana pukul 10.10 pagi.
Ade org tu dah offer touch n go dia.
Jd jimatkan touch n go anda hehe.
T,kasih yana.

Kami sampai IOI pukul 10.45 pagi.
Awal gila sampai.
Shop pun byk X bukak lagi.
Klakar lak aku dgr ayat Eila
"Kita ni sampai awal macam nak tlg org sini bukak shop plak"

Tak sampai 10 minit dapat call dari Eleena,
Dia tanya aku IOI tu kat mana,
Mestilah aku cakap kat putrajaya.
Tanya presint bagai.
Ini yg lemah ni.
Aku jwp 12 kot haha.
Tak ingat lah presint berapa.
yg penting dekat dengan Alamanda.
Puas aku suruh dia pakai Gps kat hp.
Rupanya Gps dia problem.
Habihhh....
Kena plak keluar IOI balik amik dorang depan Everly hotel Putrajaya,
Aku yg yakin sgt dorang tau
itu pun sebab kim penah cakap dia penah lalu ioi.
Jadi aku rasa dia dah tahu lah kat mana kan IOI tu.
So mari kita sesat bersama-sama.
Pusing2 Putrajaya.
Otw nak cari dorang.
Kim ckp minyak kete dia tgh Nazak plak.
Adoii...aku tak tau lah Petrol pam kat Putrajaya tu kat mana.
Satu hal plak.
Guna gps jugak cari kat mana Petrol Pam terdekat.
Gps pun banggang.
Suruh terus lepas tu suruh uturn plak.
Main-main ko ekk Gps..

setelah hampir sejam sesat cari petrol pam
dengan gps tahap banggang haram jadah tu baru lah jumpa petrol pam.
Apa daaa petrol pam dalam taman perumahan.
Buat lah kat luar2 tu.
Org putrajaya aje ke yang nak isi minyak?
Org yg dari alamanda..ioi tak nak isi minyak?
Grrrrrrr!
Paling cincai pun letak lah signboard Pam station
utk senang org luar nak cari kalau sampai masa urgent tu.

Selesai semua. time ke IOI lah kita.
Bayangkan lah dari 11 pagi sampai 12.30 tgh hari baru kes selesai haha.
tu dia. Bak kata yana "Kita lebih lama dalam kereta aje dari lama kat IOI tu"
Takpe kita belajar dari kesilapan.
Kim ko ingat sebelum masuk putrajaya tu sila isi tank minyak penuh ya!

Park kete aje dalam IOI terus menuju arah Food court.
Lapar gila kot.
Padehal dah lantak mee goreng pagi td.
Maybe sebab stress sesat tu kot.
Lapar kembali.
Aku makan korea food weh.
Berjinak-jinak sebelum pegi Korea.
Ha-Ha-Ha
Nampak macam tah apa apa
Aku nampak macam Kobis letak mayo. 
Ayam+bawang+Cili dah macam sambal ayam masak merah pun ada.
Lepas tu kuah sup dgn nasi putih.
Sekali bila lalu aje kat tekak..
Sedap lah haii...
Nyumm nyummm...

Masa makan tu aku sangat stress.!
Bukan stress pasal makanan 
dan bukan pasal sesat tadi,

Tapi stress sebab kena paksa main Ais Skating
Alahhhhhh
Malas lah. Kalau jatuh sakit dia.
Mak aii macam nak retak tulang pinggul.
Dulu 1st berjinak-jinak mencuba ice skating ni
santai bersama EWALAF2014 atau dulu org panggil IQWAL.
itu pun lebih kurang 5 tahun yg lalu.
Tapi dia punya ngilu sakit tu masih terasa haha.

Bunyi pun dah terpaksa.
Jadi main pun tak ikhlas la.
Mana nak ikhlas kalau terpaksa,
takut tau. takut sakit.
aku bukan kecik orgnya,
Sebelum main dah tinggal kan wasiat kat yana,
Kalau main lepas tu kaki badan sakit.
Yana kena drive kereta akak balik nilai.
Ha-Ha-Ha

Yana pun kena paksa tapi dia tetap tak nak main.
Ko lepas yana. Tapi akak yg tak lepas.
Aku bukan apa sian plak kat Cik saiko kita
Nur Eleena Ahmad Isa
kemain lagi ayat mendalam dia dengan
 Nur Kamalia khalid tu.
Katanya 
"Berkorban dtg sini sampai sesat2 dengan kereta ada lesung pipit
 belah pintu kanan tu semata nak jumpa aku kat ioi
"
okay sangat saiko terpaksa.
Redha.

Sebelum Melangkah masuk ke Gate ICE SPACE tu.
IOI Black out. Jadi aku pikir Ice skating pun mesti takleh main sebab black out.
Adoii sekali ice skating tu boleh plak main, 
Walaupun sistem computer OFF



Arghhhh Tension bermula kembali.
RM 25 utk skating sampai lebam
RM10 utk Glove bodo-bodo
Ok pakai kasut dulu bah!.
Cuak Cuak Cuak Cuak!!!

Nampak tak muka terpaksa aku tu?
puas aku bagi alasan semua tak jalan.
kena lah aku main jugak hah,

Kita tgk muka Mastermind ni.
Dia tgh happy tu.
kita tunggu dan lihat
ha-ha-ha

Muka eksaited nak main tu. 
Ha-ha-ha

1st time melangkah masuk.
Bergantung2 kat dinding kaca tu.
Aku pun same aje dengan dia ni.


Takpe kim slow slow

Aku pun sama. Bergantung kat tepi.
Ais tepi2 tu memang tak rata so agak licin.
bila aku ketengah sikit baru lah ok. urmm
patut ada pemegang lah kat dinding tu.baru senang.
ni struggle nak cengkam dinding tu sebab belum ada confident.

Time ni aku dah ke tengah sikit.
kira dah ok aku punya balance.
walaupun masih ada rasa nak tersungkur haha,
Kalau tak cuba mana kita tau yg kita mampu lakukan.
Slow-slow pasti boleh.
jangan lah belum cuba tapi dah kata tak nak,
betul tak?

Takpe kita bg can dia possing2 dulu haha
Possing pertama.

Possing kedua. 
dia punya kaki dah terbukak besar tu.
otw aje lagi tu.
Untung lah ada Crew lawa leh tolong dia kan. haha

Kemain kuat lagi dia genggam tangan aweks ni.
Muka kim dah merah tu. Takut ekk..haha

tabah lah wahai eleena.
Lepas aje aku simpan henfon kim pun gedebush,

jatuh terduduk.
 alahh sian plak aku nengok nye.
probnya aku mmg tak boleh tolong ko.
aku pun tak confident bertahan berdiri bila tolong ko.
Pasti aku pun akan jatuh jugak.
Boleh terbelah ais tu kalau aku jatuh.
retak seribu pun boleh.
Nasib lah ada Crew IceSpace dtg tolong.
Memula sorang.
lepas tu lagi sorang.
Akhirnya Kakaku dapat jugak bangun.
Agaknya kalau xleh bangun.
Maunya si kim ni merangkak pegi ke gate tu haha
Aku xleh lupa betul lah.
Lawak gila.
Maafkan aku kim.
Memang klakar!.
Sebab aku terbayangkan aku diwaktu dulu.
Same aje mcm ko.
Tapi aku bangun sdiri takde pulak crew nak dtg tolong aku,

Urmm.
 Amacam kim?
Stress tak main Ice skating?
Mula2 main memang terasa gila berpeluh kat dahi.
peluh tu jatuh ke ais tu boleh beku tau,

Aku pun sama jugak macam kim.
Tapi aku still boleh balance lah,
Mehh aku pun nak kongsi pengalaman meluncur.
Aku tak tau lah aku meluncur atau mengensot aje sebenarnya.

Aku pun nak share gambar aku meluncur ni hah.
with eleena.
Bagi aku lah. Ice skating ni adalah game paling stress bagi aku,
Sampai skrg ni.
Sakit2 lagi keting dan betis aku ni hah.
Tangan yg mencengkam dinding tu pun sakit oii...
sakit sampai ke bahu,

Lepas ni jgn nak cuba extreme2 sgt ye kim.
Haha.
byr RM25 tapi main kejap aje.
Nasib lah duit dapat refund balik.
Sebab IOI black out.
1st timelah aku pegi shopping mall terbesar ni boleh plak bLack Out.
Tutup terus ko.
So smlm we all main FREE la kan haha.
Ice skating ni terpaksa ditutup sebab kuasa elektrik yg digunakan utk bekukan ais  Xberfungsi sebab tekanan elektrik Xde.
Urmm tak berkesempatan aku nak bergambar.
Dpt sekeping ni yg clear pun cukup la.
Haha
Lepas kena keluar dari Ice space tu.
We all balik lah.
Yana ajak pegi Alamanda sambung lepak,
Tapi apa ada kat sana?
kim ajak taman botani.
Dalam hujan renyai tu lah we all bergambar2 haha.
Kau ado?
Byk gak gambarnya,
Aku tempek sekping dua aje lah ye.
Simpanan peribadi aku haha


Kami lah anak cucu cicit San Goku.
Nak buat nice shot ni aje,
Kitaorg kena lompat lebih kurang 10x.
Cramp perut aku haha


Sebelum balik. Kitaorg sempat singgah Alamanda untuk dinner,
Berjalan dari pagi ke Malam ko!
Mak kol 2x.
Bapak kol 1x.
tanya bila nak balik haha.
7.55pm aku baru sampai rumah.
Hujan terus renyai lagi sampai ke tengah malam.
Kepala aku still pening sampai hari ni haha.

































No comments: