Selamat Menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 tahun....
Tahniah malaysia...
pagi ni ramai warga kota berpusu pusu menyaksikan perbarisan sempena kemerdekaan...
Aku & family sibuk berpusu pusu ke Taman Permata KL...
Kami ada perjumpaan keluarga...
Mat saleh panggil "Family Gathering"
Family sebelah ayah memang ada tubuhkan satu group family yang ramai...
Macam pertubuhan bangsa bangsa bersatu..
ni kira pertubuhan keluarga keluarga bersatu....
Bilangan semua waris lebih kurang 1000 orang dari pada 8 orang adik beradik atuk i ok!!!
tambah tolak campur bahagi anak menantu cucu cicit tu yang jadi sampai 1000 tu...
lepas ni bakal lebih 1000...
percaya tak aku dah ada cucu dalam keturunan ni...
almaklum lah arwah atuk ni anak ke 2 bongsu kalau tak silap...
Tapi kehadiran Gath kali ke 2 ni penyertaan ahli keluarga agak kurang sambutan..
terutama dari family adik beradik ayah aku...
Dari 70 orang hanya 3 org je wakil dari keluarga aku...
Maybe sebab date tu ramai sangat kenduri kawen...
kenduri cukur jambul kot
Jadi target kali ni tak sampai separuh pun dari yang di jangkakan...
Apa apa pun...Majlis tu tetap meriah...
Sambutan hari raya wehhh...
korang semua pasti dah habis raya masa ni...
tapi kami mood raya lagi
Open House Raya
Keluarga Besar Abdullah Bin Akob!!!
ini tak sampai separuh ahli keluarga yang datang..
kalau kumpul semua sampai tak masuk frame ko!!!
Cuba cari yang mana satu kah aku??
kihkihkih
Tahniah kami ucapkan kepada Tuan pengerusi
dan para ajk yang bertungkuslumus utk menjayakan majlis ini...
Aku memang tabikkk la kat pakcik makcik aku yang tabah nak kumpulkan sejumlah ini utk penyatuan keluarga keluarga yang mungkin tak mengenali antara satu sama lain...
aku pun mengaku aku baru tau saudara mara aku seramai ni...
aku pun baru kenal sepupu dua pupu kupupupu semua...
sebelum ni adalah tidak kenal...bukan sombong ya tapi tak kenal...
sebelum ni adalah tidak kenal...bukan sombong ya tapi tak kenal...
tapi masih belum mengenali kesemuanya lah...kena slow2..ramai kot...
Kepada saudara mara aku tu kalau jumpa tegur2 la...
aku ni kekadang ada masalah ingatan hahaha....
Comments