Thursday, February 13, 2014

Tak puas hati betul aku dengan Majlis perbandaran nilai ni..aku dah pun buat banyak kali surat aduan..Masih lagi boleh tutup mata.Taman perumahan aku tu ada stor simpan Lori..lori tanah yg 8-14 tayar tu..bukan sebuah je tapi ade 20 buah lori...

Lori turun naik tak kira pagi ke petang...penutup longkang kat trafic light bawah tu berapa kali dah asyik tukar penutup longkang besi..sebab patah kena lenyek kat lori2 tu....

Kereta aku pun berapa kali nyaris2 nak kena gesel dengan lori besar tu kat trafic light kat bukit exit taman aku tu...

Bila kawasan lori ofcourse ade anjing utk awasi lori dari di curi atau sebagainya...anjing dia pon banyak..Bapak anjing mak anjing anak anjing semua ada..beranak pinak....kalau dulu boleh pergi ke rumah jiran sebelah sana jalan kaki je..skrg ni tak mampu dah...

Tempoh hari nyaris2 nak kena gigit kat anjing sebab nak selamatkan kucing peliharaan jiran depan rumah...Anjing tu menyerang binatang peliharaan jiran depan rumah secara berkumpulan..ade 3 ekor anjing pulak tu kelilingi aku & kucing tu..

Kalau sentuh bab kucing...Dah 3 ekor kucing aku kena bunuh kat anjing2 tu...Padehal kucing aku tu main depan rumah aku je...bukan pegi kat kawasan dia,,,,

Paling sedih...tuan empunya anjing nampak relaks je bila anjing2 dia gigit anak kucing aku tu..boleh plak uncle tu tanya.."you nak ke anak kucing you tu?sudah mati maaa....." 
Aku rasa penumbuk aku sangat ringan tapi tak sampai je kat muka uncle tu....tak de perasaan ke uncle tu?kekadang tu aku rasa nak langgar je anjing2 tu dengan kete aku..
tapi aku ada sifat belas kasihan..tapi kenapa mereka tak ada sifat tu?
kenapa nak pikir keuntungan je?Pasal anjing ni...penah seorang anak cina yang lalu sekitar situ di gigit anjing...walaupun masa tu aku dgr jiran je yg cerita..
kalau benda betul tak kan nak tipu kan..

Lagi sakit hati ade lak bengkel baiki tayar lori selang serumah je dgn rumah aku..Generator pembukak skru tayar tu kemain bising pagi petang siang malam...

Boleh ke rumah sewa di jadikan bengkel baiki lori?siap ade stor tayar plak tu..aku rasa ada dlm 100 biji tayar dia simpan dlm tu..tayar lori tau bkn tayar kereta...kot la terbakar tayar dia tu..dengan rumah2 aku lesap rentung dijilat api!!!..tayar banyak2 tu pelbagai kejadian buruk boleh berlaku...dgn pembiakan nyamuk lagi....

Parents aku penah sekali menegur jiran tu...Tapi nak tau apa dia cakap "Kalau you tak nak bising-bising..you boleh pindah hutan..sana sunyi"..Amboii biadapkan..hey awak!!saya ni dah lama tau duduk taman tu..dah 28 tahun..sikit pun tak hormat...Biadap sangat!!! Jiran ni setiap kali aku lalu depan rumah dia mesti pandang aku semacam je..aku balas pandangan balik boleh lak dia buat-buat pandang tempat lain....geram lak aii....Dia bising kat rumah dia tu rumah sewa..bapak aku beli tau rumah tu....

Bersangkut paut dengan dorang ni jugak lagi..time nak maghrib je dia boleh bunyikan radio kereta dia kuat kuat..nape ekk dia pekak ekk tak leh dengar slow2?? Aku main gitar lektrik santai2 kat rumah pon aku tak bukak volume kuat2 sebab aku nak jaga hak privacy jiran...aku siap beli earphone khas lagi....tak nampak ke usaha aku nak jaga Privacy jiran...why jiran yang tu tak boleh nak jaga Privacy keluarga aku? 


Semalam balik dari opis nyaris2 nak berdentum dgn lori 1 tan yang hantar tayar tu depan rumah jiran..camne driver tu boleh bawak lori selaju tu kat kawasan perumahan?
Dulu pegawai MPN dtg rumah aku kemain lagi suruh alihkan kete antik bpk aku depan rumah tu konon boleh biak nyamuk dan pelbagai keburukan lain..habis yg kes panjang berjela ni camne pulak?aku tak nafikan memang ade la pegawai yg dtg buat "rush"..
tapi pelik lah..why bila dorang dtg semua anjing tak de...stor tayar kosong?lori pon sikit...

Manalah keadilan kat malaysia ni...!!!tak kan aku nak letak satu juta dpn pegawai2 tu baru nak buat sesuatu...Tapi paling pelik org taman tu pon tak de nak ngadu semua sanggup pekak kan telinga dari bersuara...Hanya beberapa org jiran je ade mengadu kata bising2..tapi sedih sikap mereka ni..takut sangat nak buat aduan kat pihak sepatutnya....tapi tak boleh nak salahkan mereka jugak...aduan macam ni selalu di tolak tepi je..almaklumlah yg buat aduan bukan rumah bunglo juta2..rumah teres je...keje pon kuli-kuli je...bukan Dato/Tan sri?dato Sri...urmm....rumah pon dah tak aman!!!! Selagi kes aku ni tak selesai..next pilihan raya...Selamat tinggal BN....

No comments:

Search