RESEPI JAGUNG MANIS

Baru dua ke tiga bulan lepas ada salah sorang makcik aku kehilangan suami dia..meninggal sakit kanser kalau tak silap...Jadi ramai rakan2 arwah sumbangkan pelbagai sumbangan dari pelbagai segi!!!termasuk lah periuk kukus elektrik...Kemain besar lagi periuk dia...makcik aku cakap kawan arwah kata periuk tu utk dia sebagai penambah rezeki..utk mula berniaga...

Aku rasa pada awalnya mesti mak cik aku tak yakin kan nak guna periuk tu hehehe....dari dia dapat sampai la aku dtg melawat dia & anak-anak baru dia berani nak mencuba..so seminggu selepas aku dtg menziarah..aku siap beli lagi bahan2 utk jagung ni..balik opis je terus shopping kat giant...

Aku sengaja beli jagung murah2..Kalau nak meniaga kena lah murahkan..nanti xbalik modal...aku beli cap giant..sebelum aku beli bahan2 ni..aku call QYLA kat Genting hahhaa tanya pasal resepi..

QYLA memang terer bab ni..Dia bagi resepi ringkas je..dia kata yg ni sesuai la nak meniaga...bleh jual dalam seringgit je...Mekasihh ye QYLA...4 tahun tak jumpa ko tetiba aku mintak resepi..dia sentiasa ok haha..nanti aku blanje eskerem malaysia yee hehehe...so dia bagi resepi ni..

So sabtu lepas aku pun bawak lah semua bahan ni..Chef aimi tunjuk satu persatu..Bermula dari penggunaan periuk kukus elektrik tu sampai lah masak jagung ni...lepas tu konon mood diet aku yang tarah satu mangkuk..sedap lak aii...Chef merasa ok!! nama pon food trial heheh

Sini aku ada share resepi tu..kot ade yang nak meniaga ke..nak cuba untuk tekak sendiri ke boleh la ambik...hehe
Hope bisnes mak cik aku yang bakal bermula isnin ni dipermudahkan lah hendaknya..





Bahan-bahan
1 cup jagung manis
1 tbsp- Majerin 
1/2 tsp susu pekat manis
secubit garam

Cara:
1. Panaskan air kukusan
2. Masukkan jagung manis dan biarkan 15- 20 mnit sehingga masak...
3. Setelah masak angkat jagung dari dalam kukus 
4. Sediakan satu mangkuk masukkan jagung dan masukkan Majerin...Gaul masa masih panas       sehingga sebati dan masukkan susu pekat dan secubit garam..gaul lagi
5. Sedia utk di hidang..makan panas2 sedap..


Comments