Novel : Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Citer ni tengah hangat kat Astro mustika HD....Disebabkan kat umah aku xde Mustika..so nak jugak lah aku tau sampai abis citer ni...aritu ade di tayangkan hanya 3 episod yang pertama kat Astro Prima..Dapat lah tgk sikit...jln citer best...Lelagi pelakon dia "Nelydia Senrose" pelakon ni dulu pames dlm citer SpaQ Tv3...Dah besar dah dia haha...dah umur 20 thn...Makin cantik...



Sinopsis

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
_______________________________________________________________________________

Aku pon dah habis baca buku ni..so ending dia memang Happy lah...tapi nak jugak tgk kat series dia kat TV..Ada di tayangkan kat Astro Bella...Aku pun sblm ni tak de astro bella ni..tapi astro tengah buat promotion..dari 31 Dec 2013-15 Feb 2014 dapat tgk free...yeayy!!!

Ni dia bukunyaa....ada 626 muka surat...2 hari aku amik masa nak khatam kan...!!!Sebelum ni aku adelah bukan ulat buku yee..bukan Novellas Reading pon..sebab cite ni je bahaha...


Buku ni harga Rm 24.00

Aku beli kat POPULAR GIANT NILAI
Penulis nya E-Man Sufi..
Perempuan tak silap...

Memang Terbaik!!! Tapi aku tak dapat nak confirm lah dlm series tu sama tak dengan dalam novel ni kan kan...terpulang pada pelakon menjiwai watak ni..tapi aku rasa ok kot..pelakon Star2 tu..Selain Nelydia ade 
Iqram Dinzly, datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati dan lain2...citer ni 60 episod ye..skrg baru 15 episod...bape bulan plak nk abis ni...setiap hari isnin selasa rabu je lak tu..setengah jam je

Comments