Saturday, February 2, 2013

Oreo Cheese Kek

Asalamulaikum geng blogger!!!....Sorry lambat taip resepi Request korang sebab tak berapa sihat laa sejak kebelakangan ni..Mood lari hehe...So hari ini saya taip Resepi OREO CHEESE CAKE tu yee...Sape yang rajin nak buat silakan....Resepi ni saya ambil dalam sebuah Majalah Masakan juga so sama sama kongsi ilmu yee....Kepada yang kreatif boleh mengubah-suai la Resepi ni...UP TO YOU Omputehh cakap hehe..Ok jom mencuba resepi ini...

OREO CHEESE KEK @ KEK KEJU OREO

+Untuk Base @ Tapak kek+

-120g- oreo cookies yang dihancurkan...
**Saya suggest kat korang beli oreo yang camni jee...**


-100g-Unsalted butter (Mentega tanpa garam)(cairkan)


+Filling+


250g-Cream cheese (krim keju)- Philedhepia (jenama lain pon boleh)
200ml-Whipping cream (krim Putar)
70gm- Gula (nak manis tambah lagi jadikan 120gm)
1 1/2 Tbsp- serbuk gelatin (hati hati pilih gelatin beli yang halal!!)
40ml-lemon juice (saya gune sunquick)
5-10 keping oreo yang dipatah patahkan


+Cara+


1. Wrapping springfrm @ loyang dengan Aluminium foil (mudah nak keluarkan kek, nanti tak akan melekat)


2. Untuk Base hancurkan biskut oreo dan campurkan mentega cair tekan tekan kasi mampat dalam loyang sehingga rata semua ruang simpan dalam peti ais (chiller) selama 30 minit!!


3 .Dalam bekas lain larutkan geletin dengan lemon biarkan...


4. Dalam mixer pukul cream cheese dan gula sampai kembang...


5. Masukkan Whipping cream pukul lagi dalam 5 minit..


6. Masukkan larutan gelatin bersama lemon tadi...


7 .Last sekali masukkan oreo yang di patah patahkan tadi dan masukkan ke dalam loyang


8. Atas kek tu pandai pandai lah nak hias...(saya letak kan kepingan oreo kat atas tu)


9. Chillkan selama 4 jam dalam chiller....dah keras baru boleh makan 



SNAPCAKEOREOCHEESECAKE>SNAPCAKEOREOCHEESECAKE>SNAPCAKEOREOCHEESECAKE



SNAPCAKEOREOCHEESECAKE>SNAPCAKEOREOCHEESECAKE>SNAPCAKEOREOCHEESECAKE






SNAPCAKEOREOCHEESECAKE>SNAPCAKEOREOCHEESECAKE>SNAPCAKEOREOCHEESECAKE


No comments:

Search