Istanbul Aku Datang

Salam semua...

Hari ni saya dah pon meluangkan masa menonton dua buah filem..filem melayu dan filem english...kedua dua filem ni jalan cerita sama hebat...Filem pertama saya tengok tadi filem ISTANBUL AKU DATANG..starring by Lisa surihani,Beto qushairy,Tomok,Aizat...Jalan cerita nie mengisahkan tentang gadis bernama Dian yang terbang ke Istanbul untuk berjumpa dengan kekasihnya kat kota istanbul....kekasih dian tu ambik course Medical kat sana...Tau ke sape kekasih dian tu? ;D Sape lagi kalau bukan Tomok...Watak tomok kali nie agak menyerlah dari filem lakonan Tomok dalam mantera...tu citer sains fiksyen....Filem istanbul aku datang ni cerita love story...




Mehh saya rungkai sikit sikit dari filem istanbul aku datang nie....Lisa (dian) ke istanbul ingin bertemu kekasihnya Azad (tomok) mendambakan supaya azad melamar dian sebagai tunangannya...Sampai je dian ke kota istanbul macam macam yg berlaku selepas azad meminta dian mencari rumah yang sesuai pada dian...puas jugak dian mencuba dan mencuba mencari rumah sewa sekitar kota akhirnya dapat jugak..tapi kesian dian kena tipu kat warga tempatan...sebenarnya rumah sewa tu dah disewa oleh orang lain iaitu haris (beto) pelbagai kejadian dan kerenah yang mengelikan hati berlaku di antara dian dan haris...

Hubungan dian dan azad agak kabur bila azad datang ke rumah sewa dian dan ternampak seorang lelaki tempatan bersama dian kat dalam rumah tu..(azad sangka lah kekasihnya tu curang..)...azad terus membawa diri dan pulang kerumah...lisa menangis teresak esak macam kecewa dengan apa yang terjadi...itu semua salah faham je...Haris cuba menenangkan Dian dengan menghulurkan bantuan untuk memulihkan keadaan...haris bertemu azad di rumah azad...keadaan agak tegang...Kemarahan azad begitu menyerlah...semua di jelaskan oleh haris dan Dian dianggap satu penipuan yang direka...pergolakan berlaku antara azad dan haris apabila haris berang mendengar kata cacian oleh azad kepada dian....Perbalahan antara azad dan haris berlaku dan cuba di halang dian...

tiba tiba loceng pintu kedengaran...Melisa...sape melisa?melisa tu kekasih azad...bertapa kecewanya Dian bila dapat tahu yang azad ada kekasih iaitu melisa....Dian teringat seribu alasan setiap kali dian mengajak azad keluar bersama...rupanya azad punya kekasih yang lain...pergaduhan antara melisa & dian berlaku...sampaikan ditekup ais krim dirambut dian...dan sehingga mendengar sendiri dari mulut azad yang melisa kekasihnya...lalu dian melarikan diri tanpa berpaling pada azad...

Haris mengekori dian dari jauh..sehingga ke rumah sewa mereka...haris membersihkan sisa ais krim yang terlekat dia rambut dian...di bilasnya perlahan lahan...selepas itu hubungan haris dengan dian mulai rapat...sebelum dian pulang ke Malaysia...Haris membawa dian bersiar siar sekita kota dengan menaiki skuter..indah dan romantiknya pasangan ini...walaupun masih ragu ragu pada diri masing masing...sewaktu keluar bersama haris bagaikan terpikat pada dian...dian buat begitu....Selepas pulang dari bersiar siar..di tangga rumah sewa mereka kelihatan Azad sugul...Mahu bertemu dan memujuk kekasihnya untuk kembali kepadanya...Masa tu kelihatan haris macam cemburu je...

Azad memujuk dan merayu supaya dian menerima kembali dirinya buat kali kedua...Azad mengeluarkan kotak cincin dan dihulurkan kepada dian...esoknya..dian bersiap meninggalkan rumah sewaan bersama azad..haris tidak kelihatan..mungkin rasa sedih sebab dian nak balik malaysia....Masa dian dan azad masukkan beg dalam but kereta...Haris berlari meluru kepada Dian...haris tidak membernarkan dian meninggalkan dia..sebab hatinya terseksa kalau dian tiada disisi...Azad mula rasa tergugat...Azad cuba mengalih perhatian dian dari mata haris...di akhir cerita...dian memilih Haris sebagai pasangan tapi bukan Azad...Di akhir cerita nie azad kesal diatas kesilapan yang dilakukan...

Ok dahh habis...hehehe...macam cerpen kan...cerita ni ringgan je tak susah nak bawak masuk kat pemikiran korang hehehe.....so sape yang belum tengok pergi tengok....Sape minat ngan Mamat sejarah mungkin berulang nie baik luangan masa pergi tengok ok....TERBAIKKK....



Comments