Kenapa Telinga Berdesing?

Baru-baru ni, telinga aku kerap berdesing
eh tak.bukanlah selalu ada masa masanya
penah dulu ade cikgu sains aku bagitau
bila telinga berdengung atau berdesing, maknanya ada org yang meninggal..

sebab cikgu aku bgtau,
nama kita tercatat kat sehelai daun kat pokok.(xtahu pokok ape & kat mana)
bila nyawa diambil, daun gugur,kalau daun tu terkena daun yang tertulis nama kamu,
masa tu telinga kita berdesing.

masa tu, kita ucap la inalillah. sedekah la al-fatihah.
tak tahula sejauh mane kebenarannya


ada jugak orang lain kata
kalau telinga berdesing ni,
ada orang tengah mengata kita.

(sape plak yang mengata aku ni,baik korang taubat)
Errrrmmmmm......ini pon taktau la.

tapi.mengikut saintifiknya,
telinga berdesing tanda awal pekak.
amalan mendengar mp3 ipod nano atau pon jamming
di mana mendengar muzik pd frekuensi yg tinggi,
akan menyumbang ke arah ini.


PERHATIAN.
fakta hari ini.
jika mendengar atas 85 desibel, sangat bahaya!

yang selalu dengar mak aku membebel baru 60 desibel,
sape pegi konsert rock kapak da 115 desibel,
dan bunyi kapal terbang dipandu pilot kacak 140 desibel,
manakala muzik di ipod atau mp3 buatan china kau adalah 100 desibel!

dan kekerapan mendengar atas 85 desibel ini,
akan menambah risiko pekak.
ingat, pekak la badak.

jadinya,
apa punca telinga aku berdesing?
nampaknya kena korek telinga lepas ni.
mungkin jugak sebab terlalu sgt mendengar  cik bedah gelang bergosip

kat mesyuarat tingkap....

Comments