SHOPPING & KARAOKE
Thanks skandal teman hakak mu ke sini .
Alkisahnya aku dah lama idam idam nak beli Jubah kat butik ni .
Tapi masalah saiz pulak .
saiz kat sini paling besar XL je .
aku pulak masa datang sini saiz XXXL .
Tak tertunailah hayat murni aku tu .
Dulu Mak aku temankan .
last last yang dapat baju mak aku .
macam aku cakap tadi punca saiz lah .
tapi since 6 bulan berdiet ni rasa macam dah boleh beli .
sebelum aku pegi sini . siap dah try jubah mak aku saiz XL tu .
yang best tu muat pulak aku saiz jubah mak aku .
means datang sini tak payah nak test kat fitting room .
aku memang malas dengar perkataan fitting ni .
lagi lagi ko pakai tudung lilit lilit terbelit .
Dah tau saiz . dah senang hatilah kan .
grab je lah kaler apa ko rasa sesuai .
tapi kaler yang aku suka dah takde stok .
sales girls butik ni pandai pulak dia cari kan kaler yang sesuai dengan aku .
tetiba terjatuh hati dengan kaler dia bagi tu .
terima kasih adik manis AKMA .
xsure dia CIK atau PUAN .
sebabkan kaler dah terhad .
aku datang pun dah last sale .
grab sehelai je lah . sebab kaler tu je yang aku suka .
next time datang lagi cari pattern baru pulak .
Aku beli Jubah Delaila kaler maroon
Sejak badan dah makin susut ni . Saiz baju dah mesra dengan aku .
so akan banyak koleksi baju dalam wardrobe nanti .
peninglah mak aku dengan wardrobe aku nanti . Hahaha .
tengah sibuk sibuk pilih baju . tetiba lan kristal keluar dari rest room .
uishh . segan plak rasa haha . kebiasaan apa apa hal mesti jumpa wife dia .
dia dah ade pinjam kejap untuk bergambar .
bukti yang aku turun bagi support haha .
masa ni kak sheila tak sihat . abang lan kata akak lepas makan ubat .
tak per biarkan kak sheila berehat .
lepas shopping kami nak pegi round round butik yang lain .
memandangkan parking sekitar situ adalah payah nak dapat .
kami jalan kaki je .
tapi harini aku betul betul dapat park depan Building Butik lan kristal .
itu namanya rezeki anak anak . anak apa ? anak tekak adalah .
tak semua shop lot kami pegi . kami jalan kaki ke Street Food Karnival .
konon nak usha Booth Lan kristal kat sana lah . Kot kot ada kaler yang aku berkenan dengan saiz XL . tapi hampa . Takpe itu bukan rezeki aku .
Pusing pusing karnival dalam suasana
ketika hujan renyai adalah sangat romantik .
aku dengan diyana ni pegi pasar malam hujan .
pegi karnival hujan . small matters lah bab hujan ni .
sebab kami memang romantik ala ala memori daun pisang .
Kat sana kami beli pebret kami iaitu Otak Otak .
sedapnya . tekak dia dengan aku sama kali ni .
biasa dia tekak korea aku tekak malay . kali ni kami sehati sejiwa .
10pcs otak otak RM 8 . Rasa dia memang sodap . nyum nyum .
Aku sempat beli Pasembor lagi . not bad boleh tahan .
diyana makan anak ketam goreng .
anak ketam tu belum ahkil baligh lagi dah kena goreng . haha .
kami makan kat Food Court PKNS .
semua settle situ je dengan jayanya .
perut lapar bagaikan lepas berenang di lautan . walaupun ko sekadar berpanas hujan berembun di Karnival tu je .
otw nak ke food court tadi . ade pulak sorang sales girls ni main tarik je aku .
dia test produk dia kat tangan aku .
tak sampai hati nak elak sebab dia mengandung .
dah sapu sapu . lepas tu paksa beli . kepantangan betulah .
dah lah sebelum tu dia tanya diyana tu anak aku .
bingai plak . tak kan dia nampak muka aku 45 tahun pulak .
aku muda belia lagi tau . baru 30 nak masuk 31 tahun .
rasa nak speechless pulak aku masa tu ,
diana tahun ni 20 . tak kan lah aku dpt anak umur 11 .
huduh sepang betul permainan hakak tu .
memula aku sentap jugak . lama lama pikir macam kelakar pun ada ,
agaknya dia cakap macam tu sebab aku tak beli produk dia .
kalau aku beli agaknya dia cakap aku ni anak diyana pulak kot . haha .
aku paling tak suka cara marketing main tarik tarik orang ni . terus main sapu je .
kot lah kulit orang tu jenis sensitive ke . kang dah aniaya orang je .
jangan kaut untung tapi memudaratkan kesihatan oarang lain .
kat akhirat nak cakap apa ? ko jangan ingat ada talian hayat .
Satu pkns aku tawaf dengan diyana . takda apa sangat pun .
tak ubah macam KM plaza seremban je .
Kami gerak balik . jalan kaki ke depan butik lan kristal semula .
harini aku dengan yana berjalan kaki hampir 6000 langkah haha ,
terbakar apa yang kami dah telan tadi .
Okey now dah balik . nilai dengan bangi 20 minit je , dokek yo .
tu sebab aku mampu drive haha .
kesesakan bangi masih aku dapat lenjan dari KL .
glurp . tak tau jalan sebenarnya .
kalau tau silap silap klcc aku lenjan hahaha .
tapi kami belum balik rumah .
kami balik negeri kami je dulu . balik daerah kami .
singgah kompleks sukan airport pulak .
training tekak . tadi kaki , mata , perut semua dah training .
kita training tekak kat dreamtel karaoke . kehkehkeh ,
sejam cukup . dah karok balik lah apa lagi nak .
hantar diyana then menuju ke rumah ku syurgaku .
Habisss .