Doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah:
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو
السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Dalam ejaan rumi :
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
______________________________________________________________________________
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM EJAAN RUMI :
” ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA
BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA
AZ-ZALIM ”
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku
beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk
suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan
zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad
ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
_____________________________________________________________________________
semoga dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita
muslimah, cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh
anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan allah s.w.t dan rasulnya dan
telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. =_=
Comments